Ahad, 6 April 2008

BAHASAKU

Keadaan memaksa aku menjadi seseorang yang berlainan dari identitiku yang sebenar. mengapakah? Haish. Mesti korang tertanye kenapa aku cakap cenggini. Haha. Bukannya ada pape pun. Aku pernah terpikir sampai bila aku nak jadi hipokrit sedangkan aku sendiri orang Malaysia. Tapi bila pikir balik semuanya bermula dengan satu seruan kerajaan yang menyarankan penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Aik? Xkan itu pun bley jadik isu.Memang xdapat dinafikan yang korang akan kata benda ni mengarut . Mungkin korang semua belum pernah terlintas dan sedar isu ni merupakan satu titik tolak yang mengubah persepsi dan tingkahlaku seseorang. Pelikkan? Isu ini sengaja diketengahkan bukan untuk menjatuhkan mana2 pihak tapi sebagai satu batu loncatan bagi pihak majoriti yang mempunyai suara minoriti (realitinya bangsa melayu sekarang) bersuara kembali. masih tertanya2?Isi yang aku cuba ketengahkan bukannya isu politik dan bukannya suruh korang menentang kerajaan. TIDAK SAMA SEKALI!! Bukan untuk menyatakan ketidakpuashatian diri sendiri tapi merasakan sudah tiba masanya aku beranikan diri sendiri untuk menyedarkan semua rakyat yang bergelar 'bangsa Melayu' bangkit. Bak kata wira Melayu zaman dahulu Hang Tuah "xkan melayu hilang di dunia." Tapi cuba korang semua amik masa xsampai 30 saat pun. mana letaknya 'melayu' tersebut?sedangkan bahasa melayu pun telah ditukarkan jadi bahasa Malaysia, tanah melayu da tukar jadi Malaysia.Hakikat yang berlaku bermula bila tun mahathir sendiri melihat orang melayu sangat lemah dalam penggunaan bahasa inggeris lalu beliau mewujudkan satu cara mengatasi masalah ini bagi menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu. Tapi pabila dijalankan satu bancian baru2 ini (xbaru sangat la 2006), didapati bahawa lebih 70 peratus orang melayu kurang memahami bahasa melayu sedangkan itulah bahasa ibunda mereka.apa sudah jadi?menurut bancian itu lagi, pendidikan bahsa inggeris diberi keutamaan yang lebih berbanding bahasa melayu dalam setiap 8 daripada 13 keluarga yang terdapat dalam malaysia. Bukankah itu satu penghinaan terhadap bahasa Melayu?Memang bunyinya nampak macam aku ni seorang yang kolot 'gila' dan 'kampung' bila cakap macam ni. Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan orang melayu itu sendiri xpernah nak menghargai bahasa ibunda yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia itu sendiri sedangkan dalam parlimen pun setiausaha agung parlimen membenarkan ahli parlimen menggunakan bahasa inggeris. Apa sudah jadi? Kemungkinan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar akan kekal adalah?2020?Bagi pendapat aku sendiri, bahasa itu bukanlah satu perkara yang remeh disebabkan oleh kita sendiri yang menggunakan bahasa tersebut. Walaupun perkara ni nampak remeh,hakikatnya inilah satu propaganda yang boleh membangkitkan semangat patriotisme di kalangan masyrakat Malaysia itu sendiri. Malangnya apakan daya seorang insan yang lemah dan tiada kuasa macam aku ini nak mengetengahkan isu di dalam malaysia? Mungkin dengan cara inilah aku dapat mengetengahkan isu ini.Rata-rata bangsa Melayu lebih suka menggunakan bahasa inggeris daripada bahasa Melayu kerana mereka menganggap sesiapa yang bercakap dalam bahasa inggeris lebih matang dan 'kool'. Betul ke? Ini hanyalah sekadar pendapat individu sahaja. Jangan di salah tafsir pulak. Sepatutnya, bahasa Melayulah yang patut kita banggakan selama ini. Jangan biarkan bahasa ibunda kita dimamah zaman.Tidak sekalipun terlintas di hati ini untuk mengkritik sesiapa mahupun menjatuhkan maruah orang lain ataupun membuka pekung dan aib sestengah orang, tapi untuk menyedarkan diri sendiri dan bangsa yang seangkatan denganku. Walaupun isu ni dikategorikan sebagai isu yang sangat sensitif tapi bagi aku sampai bila bahasa Melayu mahu dijatuhkan oleh oleh bahasa luar. Memang xdapat dinafikan propaganda penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik itu satu tujuan yang murni, kita seharusnya menerima itu sebagai satu persaingan bahasa yang sihat dan bukannya menolak tepi bahasa ibunda itu sendiri. Cubalah kita menanamkan semangat patriotik yang tinggi dalam jiwa setiap insan yang bergelar melayu dan menggalakkan persaingan yang sihat antara satu sama lain.Tambahan, aku juga xmahu dilabel sebagai orang yang kuno. Aku sangat kagum bila dapat jumpa orang yang menguasai pelbagai bahasa. Memang xsalah kalau nak menguasai bahasa asing. Lagi bagus ada la. Tapi jangan sampai kita alpa yang bahasa ibunda kita adalah bahasa Melayu. Janganlah menolak tepi bahasa Melayu walau sehebat mana pun kita dalam penggunaan bahasa lain.Betulkah semua ini dapat membangkitkan semangat patriotisme yang sekian lama menghilang? Mampukah isu ini mengetengahkan kembali martabat bahasa melayu dalam dunia? Semua ni hanya angan2 kosong kalau masih xde sorang pun yang sedar dan menyokong apa yang aku katakan ni. Ditegaskan di sini bahawa aku bknnya nak jadi seorang yang sangat bersifat perkauman. Namun hakikatnya penggunaan bahasa melayu sangatlah kurang berbanding bahasa lain. Contohnya, kita sendiri akan cuba untuk bercakap dalam bahasa inggeris jika bangsa lain bertanya kepada kita sedangkan mereka juga adalah rakyat malaysia. Aku sendiri pun sama gak. Kita biasalah. Nama pun insan. Selagi digelar manusia, kita tetap akan lupa dan kepada orang yang masih ingat, luang2kanlah sedikit masa untuk mengingatkan kepada orang yang lupa. sebab itulah manusia diciptakan secara berkelompok untuk saling memperingati antara satu sama lain.Dengan kata lain, isu ini sengaja diketengahkan untuk memperbaiki segala kelemahan yang selama ini orang anggap adalah remeh. Bukannya xsuka dengan perubahan tapi kita patut mengekalkan yang lama selagi yang lama itu masih elok. Dalam iklan pun ade kan?Semoga apa yang ditulis dalam blog ini dapat membangkitkan semangat cintakan bahasa ibunda. Cubalah kita jadi cam orang Jepun. Mereka sangat mengagungkan bahasa mereka sendiri. Lagipun ini juga berlandaskan dasar perdana menteri Malaysia yang keempat - dasar pandang ke timur. Biarlah kita mengharungi segala rintangan secara bersepadu. Kita xnak orang luar menindas kita sendiri walau dalam penggunaan bahasa. Sama2lah kita memperjuangkan kembali keagungan bahasa melayu. Renung2kanlah….

Tiada ulasan: