Isnin, 2009 November 23

Pedulikah Kamu?

Aku baru habis menonton cerita House M.D episod yang terbaru. Ada satu babak yang menyebabkan aku berfikir sejenak. Babak yang menyaksikan sesi soal menyoal antara seorang doktor (Cameron - pernah menjadi kegilaan aku. Sekali lagi, PERNAH!) Dia mengajukan soalan kepada pesakit yang berumur 17 tahun, dan pesakit itu menjawab "....and i'm following his tweet..." Muka Cameron dan Chase agak tercengang dan mulutnya hampir terbuka luas menunjukkan reaksi ke'tiada-idea'an mereka. Dengan pantasnya, pesakit itu membalas, "look, its gonna take a while to explain that."



Ya, aku memang belum terjebak dengan mendelaah itu lagi. Mungkin satu hari nanti atau mungkin tidak langsung. Bergantung kepada situasi. Lupakan yang itu. Aku cuma mahu sampaikan, sepandai mana pun kamu dalam ilmu dan penyelidikan, kamu tidak akan jadi pakar dalam 2 perkara sekaligus. Jadi, untuk mereka yang berjenis provokatif terhadap tindakan yang aku lakukan, kamu harus sedar kamu bukan berada dalam situasi aku dan kamu hanya mendengar cakap-cakap orang sekeliling dan terus taklid buta. Kamu memang bijak mendalami sesuatu yang dilakukan oleh orang lain sehingga pandai menjatuhkan hukuman. Seeloknya pergilah mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan apa yang kamu sedang lakukan. Kamu sedar kamu juga sama situasinya dengan aku walaupun kita berada dalam bidang yang berlainan? Jadi, hukumannya bukankah sama? Apa gunanya membazir masa untuk mencari kesalahan orang lain? Buat rugi masa dan tenaga kamu sahaja. Tiada apa pun yang kamu untung. Maaf, sekali lagi aku beremosi.


p/s: Aku tak pefom minggu ini. Ramai sangat yang cedera. Harapan tinggal kepada simpanan sahaja. Cis!

Selasa, 2009 November 17

New Obsession?

Never have thought in mind I would go researching over something that i really "master" on. Just out of luck, I found something that occurs to be so cool and interest. I'm so overrated and obsessed (hopefully cling onto it) on CALABASH and MEERSCHAUM. Thanks to ***, obsession is one part of the club requirement. Welcome to the club man. Watch it on my new post. I'm going to be super young cool, educated and persistent person. Yeah, that is so called NEW AGE. But still, this is just the beginning and i'm a newbie.


Oh oh, there is another:- Virginnia Coffee Well Blended and brand new relaxation method (Ceh! Nama macam tajuk chapter dalam Physics Waves)


*** - He is a conservative, trendsetter and hardly to find one like him. Yeah I know, you're most welcome.

Jumaat, 2009 November 13

Perhatian

Wahai pengguna enjin portal google sekalian, kamu telah masuk dalam halaman yang betul cuma topik sahaja yang tidak betul. Deskripsi oleh google memang tak salah, cuma kamu malas mencari entri yang penat aku tulis panjang-panjang. Ini penyelesaian untuk bagi mereka yang mahu install maxis broadband dalam ubuntu kamu------>klik sini!



p/s: Aku sudah update kepada versi 9.10. Grafik memang yang terbaik, tapi malangnya, banyak masalah kepada sambungan internet dan pengubahsuaian pembesar suara (volume). Sedikit kelecehan dan memerlukan RAM yang agak tinggi. Bak kata orang, macam Windows Vista la.

Kestereotaipan Orang Ramai

Lagu tema; Joget Manalah Jodoh by Ali Mamak ft Abon


Meluahkan emosi menerusi bait-bait lagu dan mengekspresikan diri dalam bentuk muzik kerana kurang lagu yang diperdengarkan tidak mencerminkan emosi. Bagi yang terlalu rasional, dipersembahkan melalui pelan perangkaan yang selalunya adalah perniagaan. Semuanya terlalu rasional sehingga tiada unsur emosi. Jadi, orang yang memulakan perniagaan menerusi muzik dapat menggabungkan kedua-dua elemen ini. Aku respek weh. Sebenarnya, apa yang aku nak cakap aku cuma boleh sampaikan emosi aku terhadap kengkawan yang setia sampai sekarang; dengarlah lagu Sondre Lerche - To Be Surprised. Ini coretan bermakna untuk kau orang yang terus menyokong aku. Sekian, tolonglah hayati.



Rabu, 2009 November 11

Gerakan Wahabi? Apa Tu?

Aku pernah terbaca artikel tentang gerakan Wahabi dan juga dikenali sebagai Muhammadiyyah di rantau Asia Tenggara khususnya di Indonesia pada awal 50an dulu dalam akhbar Utusan Mingguan (08/11/2009). Seperti yang aku dengar sipi-sipi ke telinga aku dari mulut orang, gerakan ini adalah gerakan sesat yang berteraskan salafiyyah (golongan 4 kurun sebelum - zaman khulafa ar-rasyidin sehingga para tabi' tabi'in). Rencana yang aku harapkan membawa kepada perkenalan aku terhadap gerakan ini berakhir dengan kehampaan kerana ajaran-ajaran yang dibawa tidak diceritakan secara khusus menyebabkan aku tertanya-tanya adakah benar apa ajaran ini telah memesongkan akidah golongan ahlul Sunnah?



Berbalik kepada ajaran pemesongan akidah yang direncanakan, persoalan tauhid yang telah dibawa dipecahkan kepada tiga;1)Rububiyyah 2)Uluhiyyah/Ubudiyyah 3)Asma wa Siffat. Hal ini yang merunsingkan aku. Dimanakah pemesongan akidah yang berlaku? Aku masih tertanya-tanya sehingga sekarang. Ulasan yang diberikan oleh penemuramah seolah-olah telah diinterpretasi secara salah. Gerakan ini seolah-olah membezakan ketiga-tiga cabang tauhid tersebut. Aku cuma menyokong hujah bahawa gerakan ini menolak secara total sifat 20 Allah yang terkandung dalam ajaran tauhid Asma wa Siffat. Seterusnya, penulis artikel tersebut menekankan kepada persoalan mengapa tauhid itu sendiri terbahagi kepada tiga sedangkan tauhid merupakan pokok kepada akidah umat Islam. Tambahan lagi, perjuangan gerakan ini telah diperkembang oleh Ibni Taimiyyah seolah-olah Ibni Taimiyyah itu sendiri macam Ayah Pin.



Jadi, kemusykilan aku bertimpa-timpa. Pertamanya, sepanjang aku menuntut ilmu dari peringkat sekolah menengah sehingga ke pengajian tinggi, tauhid itu cabangnya ada tiga seperti yang di atas. Persoalan akidah juga banyak diambil dari kitab-kitab tulisan Ibni Taimiyyah untuk dijadikan bahan rujukan. Jika betul sekalipun, adakah sistem pembelajaran di Malaysia telah diWAHABIkan? Bagaimana mahu menyelesaikan perkara ini sedangkan persoalannya terlalu berat kerana mencakupi sudut akidah dan pegangan. Justeru, sistem pembelajaran yang sedia ada sebenarnya digunakan untuk memesong akidah umat Islam di Malaysia. Berdasarkan pemahaman aku, cabang-cabang tauhid itu sebenarnya dikhususkan kepada umat Islam. Perkara yang membezakan orang Islam dan orang Kafir adalah pegangan kepada tauhid Uluhiyyah dan Asma wa Siffat.Semua agama yang ada dalam dunia ini berpegang kepada tauhid Rububiyyah.



Kedua, persoalan yang timbul adalah merangkumi ibadah-ibadah yang mereka lakukan seperti tidak berdoa selepas sembahyang. Bagi aku, mereka bukan tidak berdoa cuma tidak berdoa secara berjemaah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Mereka ada alasan tersendiri seperti mereka menganggap doa merupakan penutup solat. Jadi, mereka bertindak untuk melakukan solat sunat terlebih dahulu sebeum mereka berdoa. Inilah yang aku cuba sampaikan kepada penulis artikel tersebut. Dimana kredibiliti kamu sebagai seorang wartawan?Hanya mendengar sebelah pihak sahaja tanpa mengambil kira hujah-hujah dari pihak yang satu lagi.



Aku tidaklah memberatkan bahawa gerakan Wahabi ini tidak bahaya dalam soal akidah. Cuma, aku berharap, persoalan-persoalan seperti ini tidak boleh dihuraikan dengan sambil lewa kerana melibatkan akidah ramai umat Islam. Jika mahu diringkaskan sekalipun, ringkasan dari temuramah itu harus mempunyai isi yang padat dan mudah difahami. Sekurang-kurangnya, para pembaca dapat memahami apa yang kamu cuba sampaikan. Aku rasa orang yang ditemu bual itu telah menghuraikan dengan panjang lebar, cuma wartawan tersebut mengambil jalan pintas untuk memendekkan dan mengeluarkan artikel yang menarik untuk dibaca hanya untuk memperkukuh strategi pemasaran. Maaf. Ini cuma andaian.

Jumaat, 2009 November 06

Entahlah

Akhir-akhir ini mood untuk menulis semakin pudar. Aku pun tak tahu kenapa. Aku ada terbaca blog mana entah, dia cakap bila kamu mula sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti jadi mood untuk menulis itu mula hilang. Betul ke? Aku rasa cuma aku ketandusan idea untuk menulis. Kadang-kadang idea datang mencurah-curah seperti coklat melimpah ke ladang gandum ketika aku mula mahu memejamkan mata. Malangnya, waktu itu aku terlalu malas untuk membuka laptop ini dan menghadapnya semata-mata idea itu masih segar. Malang yang terjadi, aku masih mengHARAPkan idea tersebut masih berlegar-legar di kepala hotak aku ini ketika aku bangkit dari ulitan mimpi. Ceh. Nampaknya mimpi telah menguasai permainan minda aku. Sudahnya, aku pun sampai terlupa perkara yang lebih penting yang sepatutnya dilaksanakan hari ini. Dan ia akan terus menjadi perkara yang sama setiap hari. Aduh, ayat ni memang aku tak boleh pakai;


"Hari esok masih ada."


p/s: Selamat menghadapi peperiksaan formal terakhir. Aku tahu kamu semua dah malas nak sambung belajar.


Jumaat, 2009 Oktober 30

9 Bulan Genaplah Sudah

Mula terdetik hati ini untuk merindui kenangan silam tapi apakan daya, itu semua hanya memori. Memori untuk dipahat dalam kepala buat selama-lamanya. Sekurang-kurangnya aku pernah mengalami dan merasai itu. Kini, aku hampir matang cuma bidang berlainan. Selok-belok aku sudah mula fahami namun masih banyak yang perlu aku lalui untuk sampai ke tampuk 'berjaya'. Mungkin kamu melihat aku sebagai satu idea radikal yang rugi. Ini pendapat masing-masing dan aku tidak menidakkan itu. Pandangan dan pemerhatian adalah satu perkara subjektif dan tiada betul/salahnya. Pernah juga sekelumit hati ini kerugian itu ada benarnya, namun aku perlu tabah untuk hari seterusnya. Tidaklah ini menjadi angan-angan semata yang akhirnya membebankan aku bertimpa-timpa.


Aku tahu alam ini satu tampuk perubahan besar buat aku yang masih terapung di awangan. Sekurang-kurangnya alam ini jugalah yang membuka hala tuju sebenar aku setelah sekian lama aku mencari. Kamu akan merasainya satu hari nanti cuma yang membezakan kita aku bermula dengan diriku sendiri. Tiada siapa yang mampu menghulurkan bantuan. Biasalah. Inilah lumrah kehidupan Melayu. Jadi, jangan salahkan orang atasan bila kamu meminta pertolongan, ditolak bulat-bulat. Alasan; waktu aku susah dulu kamu ada sumbangan kepada aku?; terlalu biasa aku dengar dan setiap kali ucapan itu aku teringat akan kata-kata; hidup bermakna pada memberi.


Cetusan kecil ini memberi makna yang besar kepada aku. Biar seteruk mana kamu ditohmah, biar sekejam mana kamu difitnah, banyakkanlah memberi daripada menerima. Oh ya. Aku juga pernah merasai waktu itu. Maafkan aku. Mungkin aku pernah memberi reaksi negatif kerana waktu itu emosi menguasai diri. Setelah sekian lama, aku sudah mula imun dengan provokatif-provokatif biasa. Tiada apapun yang dapat menghalang impian aku lagi. Aku menantikan saat itu untuk KABOOM!


p/s: Selamat menghadapi peperiksaan kengkawan. Semoga berjaya menggapai impian hendaknya.