Sabtu, 27 September 2008

Konsep Moden

Setelah menghabiskan sisa2 dan baki2 masa yang tertinggal di rumah sebelum mejelang 'idulfitri (sebetulnya disebut begini, bukannya 'aidilfitri) aku selaku penulis asal segala entri dalam blog ini menggunakan peluang teknologi internet untuk membincangkan dan memberikan pendapat sendiri melalui fakta2 yang tepat bersam para pembaca. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk tidak membincangkan perkara2 yang berkaitan dengan segala 'emosi semasa' diriku sendiri. Setelah melayari beberapa laman blog, aku sendiri dapati bahawa blog dijadikan medan penulisan diari masing2. Itu adalah hak tuan empunya diri.

Memandangkan aku tidak mahu terlibat secara langsung dengan mereka yang sedemikian tanpa memberikan impak yang baik terhadap diri sendiri, aku akan menulis segala yang berkaitan dengan isu2 semasa terutama dalam bidang agama yang kurang diberi perhatian.

Konsep ini berteraskan perbincangan pendapat berdasarkan fakta2 yang diambil dari Al Quran dan hadith2 Rasululullah S.A.W. Mereka yang sudi memberikan pendapat besertakan dalil2 aqli dan naqli (hujah akal dan hujah dari nas2 Islam) amatlah digalakkan bagi memperkembang idea dan mencetuskan budaya sihat dalam kalangan pembaca.

Bagi entri2 yang tidak berkaitan sama sekali dengan keagamaan, akan disertakan dengan sokongan pendapat dan suara2 yang boleh mengukuhkan perkara yang berbangkit. Inisiatif ini diambil atas dasar merperingatkan para pembaca dan diri sendiri yang selama ini sudah jauh terpesong. Kadangkala, aku sendiri terpedaya dengan cakap2 orang tanpa usul selidik sejauh mana kebenaran tersebut (taklid).

Diharap agar usaha ini mencapai objektif utama melahirkan generasi yang berani berhujah tanpa mempercayai sesuatu perkara secara membabi buta.

-penulis-

Tiada ulasan: