Penat berjalan-jalan mencari Melayu Minimalis di kota Metropolitan(tak pernah jumpa pun) selama 3 hari, aku tidur macam orang mati tadi. Melampau sangat aku berjalan-jalan sampai buat rumah sendiri macam hotel tumpangan. Akibat dari gangguan telefon yang kuat sangat berdering, aku terjaga dari mimpi-mimpi enak waktu maghrib untuk menjawab panggilan yang agak merobek hati aku.
Apa agaknya perasaan korang bila salah seorang ahli keluarga kamu yang betul-betul kamu harapkan sokongan daripadanya tiba-tiba secara spontan menyuruh kamu berhenti mengambil ijazah dan mengambil diploma tapi dalam bidang lain? Apa kes? Rilek la dulu cik abang oi! Bagilah adikmu ini menghabiskan saki-baki pelajaran yang tinggal di universiti itu dulu. Nanti bila aku sudah graduasi dengan 'tak berapa nak cemerlang' baru boleh fikir pasal subjek yang kau suruh ambil.
P/S: Tadi adik kau dah tolong tengokkan tempat yang kau cakap. Sanggup ke bayar rm 1000?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan