Sementara mencari dan berseronok baca blog orang lain, teringin pula nak buat satu entri. Bila nak tulis pasal Arsenal menang, head SAMPAH wannabe ini dah buat pulak! Nak tulis pasal Obama, banyak sangat orang tulis. Lagipun, aku bukannya tahu sangat pasal Obama. Kalau wikipedia tu penipu, memang sah2 la aku kena tipu.
Tiba-tiba, sekumpulan pelajar USM - Scientist Wannabe - berkumpul dalam sebuah ruangan khas membincangkan masa hadapan yang sangat 'cerah'. Kami berpakat - nak cari RUMAH SEWA - (maaflah karem, kami tak peduli pun kau nak ikut ke taknak. Janji aku dapat duduk luar). Sogokan kepada beberapa kenalan seangkatan atas dasar kehilangan tonggak belajar utama - ketiadaan Abg. Khairi kerana latihan industri di Perlis - mereka pun bersetuju dan memulakan langkah 'mahu ada jalan'.
Seingat aku, perkara ini telah lama dibincangkan kepada rakan-rakan yang bersekongkol sekali. Akhirnya, keputusan ini menjadi satu realiti buat kami (aku sebenarnya). Dengan kemudahan awam seperti 2 buah kereta dan 3 biji motosikal, aku rasa ini mungkin satu perubahan aku sebagai seorang pelajar yang cuba belajar hidup susah dalam proses pembelajaran. Macam menarik dan ekstrim bunyinya. Maksudnya, kami lebih didedahkan dengan lebih banyak dugaan untuk ponteng ke kelas. Kau orang agak-agak apa kata mak aku nanti hah?
*p/s: Aku taknak satu keluarga aku tahu yang aku nak duduk luar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan