Ahad, 26 Oktober 2008

Maaf Kengkawan Terutamanya Aleeph, Broadbandku.....

Siapa tahu pasal margin call hah?bley terangkan kat aku?Pening a......

Khamis, 23 Oktober 2008

Susah Nak Cakap

Dalam perjalanan menuju destinasi yang ditunggu, aku terlihat sekumpulan manusia yang betul-betul dahsyat, menggambarkan diri sendiri sebagai seorang gengster yang berpengaruh serta senantiasa berada dalam kondisi yang betul sedangkan perilakunya langsung tak betul. Itulah hakikat yang aku belajar dari kehidupan manusia.


Memang susah untuk memuaskan hati sendiri. Apa perasaan kamu bila disuruh beratur untuk menaiki keretapi tetapi 'mereka' tidak mengendahkannya? Pengumuman secara terbuka sudah dibuat namun masih ada yang tegar (kebanyakannya) untuk berebut-rebut. Salah seorang rakan aku pernah cakap, orang Malaysia ni semuanya nak cepat. Nak masuk cepat, nak keluar pun cepat-cepat. Haish. Sampai sekarang aku pelik.


Kita teringin benar mahu di'amerika'kan tapi tingkahlaku dan sikap mereka kita tidak ambil peduli. Segala macam fesyen, bentuk filem, lagu-lagu, semuanya bercondong ke arah Amerika tapi, sikap mereka yang suka beratur, mementingkan disiplin, sedikit pun tidak diambil peduli oleh orang kebanyakan. Semakin hari semakin teruk. Yang buruk mudah sahaja lolos dalam budaya kita.


Ini pula cerita lain. Almaklumlah, agak lama aku tidak menghabiskan masa untuk menulis. Awal pagi semalam, pengalaman menarik aku boleh ceritakan kepada pembaca semua. Aku dan rakan-rakan (4 orang kesemuanya) berjalan-jalan untuk menghabiskan masa-masa awal pagi yang tidak boleh dibazirkan dengan tidur kerana terlalu lama tidur siang, meronda-ronda tanpa hala tuju di sekitar Pulau Pinang. Akhirnya, kami bersepakat untuk mencari orang yang sedang buat 'projek' pada waktu-waktu begini. Pukul 2.30pagi, terjumpalah kami dengan sebuah kereta yang dimiliki oleh orang Cina. Pelbagai lakonan telah dilakukan supaya mereka tidak mengesyaki kami sedang berskodeng. Setelah agak sekian lama, kami berempat keluar daripada kereta untuk menyergah mereka ini.


Akibat dari perasaan cuak yang melampau, pasangan ini terburu-buru beredar dari kawasan tersebut sehingga kereta yang dipandu terpelosok ke dalam longkang. Memang kelakar habis. Kemudian disusuli aksi kejar-mengejar. Seronok rasanya apabila meletakkan situasi seorang pegawai jabatan agama ke dalam diri sendiri. Kini, aku mengerti memang berat tugas mereka menjadi seorang pegawai agama. Terima kasih kepada semua yang selalu bertungkus-lumus untuk membasmi maksiat di Malaysia. Aku sangat menghargai usaha murni kamu semua.

Rabu, 8 Oktober 2008

Aku, Dia dan Kamu

DIA,
aku masih mencari,
kemanakah si DIA pergi,
ku amat merindui,
tatkala aku sunyi,
memandang ke arah langit ciptaan Ilahi,
rupanya dia senantiasa disisi,
bersama menadah tangan mohon diberkati.


KAMU,
berani mempertahan sesuatu,
gah di persada satu ketika dulu,
makin lupa, alpa dan terburu-buru,
membuatkan aku semakin keliru,
entah ke mana hilang hala tuju,
menyerang tanpa berkubu,
sehingga menusuk ke dalam kalbu.


AKU,
masih terpinga-pinga,
mencari dimanakah si DIA,
menggali isi dunia,
menjawab persoalan segalanya,
merungkai persoalan di minda,
mengambil tindakan sewajarnya,
tanpa mengira usia, bahasa mahupun bangsa,
mendalami ajaran yang Maha Esa
supaya nikmat dirasai diredha oleh-Nya


Akhir-akhir ini,
berita indie sayup kedengaran,
memecah hening kesunyian,
sesudah penat menyambut keriangan,
perosak suasana keberkatan,
hentam-menghentam menjadi pilihan,
sedangkan mereka di sana bersorak keriangan,
tatkala melihat zaman kejatuhan,
sesama bangsa mencetus pergaduhan.


Rupa-rupanya,
aku silap selama ini,
sekian lama sudah menyepi,
ku ingat habis setakat ini,
tiba-tiba,
dari entah mana datangnya,
menimbulkan cerita-cerita,
melaga-laga sesama mereka,
semata-mata mahu menjadi popular.

-----------------------------------------------------
Korang buat puasa 6 tak?