Ahad, 3 Mei 2009

Kebosanan Mengira Detik Yang Berlalu

Seperti biasa, aku dalam kekancahan dilema apabila berada di rumah. Aku mahu pulang ke sana SEMULA!

Saja mahu update. Sebenarnya hari ini aku nak berkongsi sedikit ilmu agama memandangkan ini kertas peperiksaan akhir yang aku ambil minggu lepas. Dalam sejarah perkembangan AGAMA itu sendiri, sebenarnya terdapat 3 teori dalam perkembangan pemikiran manusia terhadap agama.

TEORI 1. Agama merupakan sesuatu yang direka-reka oleh manusia untuk kepentingan pihak yang mencipta agama (dominasi terhadap pengikut agama oleh pemerintah).

Ini merupakan satu teori yang disokong oleh perkembangan penguasaan gereja-gereja terhadap eropah pada kurun ke-16. Ilmu sains masih tidak dapat berkembang pada masa itu kerana kezaliman pemerintah.

Karl Marx pernah berkata, agama merupakan candu kepada manusia.

TEORI 2. Agama akan lenyap melalui peredaran masa.

Hal ini pula membincangkan tentang kemajuan ilmu sains pada kurun ke-18. Fahaman gereja-gereja Katolik menolak terus penemuan-penemuan sains yang baru menyebabkan penganut mereka mula berfikir bahawa gereja-gereja ini sebenarnya mendominasi mereka atas sebab tertentu. Contohnya, Gallileo Gallilei (camni ke eja nama dia?) menemui bahawa bumi sebenarnya yang beredar mengelilingi matahari sedangkan ajaran yang dibawa pada masa itu bumi adalah pusat kepada semua sistem. Jadi, mataharilah yang sebenarnya mengelilingi bumi.

Augustus Comte (Bapa Positivisme) pernah menyatakan tahap pemikiran manusia sebenarnya ada 3 tahap:
i. falsafah agama
-masih mempercayai benda-benda metafizikal tanpa ada sebarang hujah yang menyokong.
ii. falsafah abstrak
-dalam keadaan separa percaya dan masih perlu menerima pembuktian saintifik.
iii. falsafah realisme
-semua perkara yang berlaku boleh diungkaikan melalui pembuktian saintifik. perkara-perkara 'misteri sains' ditolak terus sebagai perkara yang tidak logik (metafizik).

TEORI 3. Agama adalah sesuatu yang berkekalan dan tidak akan lupus oleh peredaran zaman.

Pembuktian ini adalah berdasarkan kejayaan tamadun Islam yang semakin pesat seiring dengan kegemilangan zaman sainsnya. Pada masa itu Eropah merupakan zaman kegelapan manakala Islam dapat berkembang maju walaupun agama menjadi cara hidup mereka. Perkembangan mereka hanya dapat diketahui oleh masyarakat Eropah apabila mereka mula berlayar ke serata pelusuk negara dan melihat perkara-perkara yang mereka anggap mustahil adalah benar.

Teori 2 sebenarnya tepat kerana skop pandangan mereka sebenarnya hanya tertakluk kepada zaman kegelapan Eropah yang didominasi oleh penguassaan gereja. Jadi, teori ini diterima untuk hujah perkembangan Kristian. Islam tidak boleh dikaitkan langsung dengan teori 2 kerana tamadun Islam pada waktu itu tidak pernah didominasi oleh penguasaan masjid-masjid. Perkembangan tamadun Islam bergerak seiring kemajuan bidang ilmu sains.

Sekian sahaja untuk hari ini. Harap terhibur.

p/s: Sumber rujukan Abul A'la Al Maududi, Asas-asas Islam. Dalam scribd pun ada.

4 ulasan:

NA berkata...

oooo...bosan2 tulis blog agama r???idup apan!!!

Apan berkata...

cis cis!da balik hnyalah tinggalkan harapan!whaha sem depan bley jamm free *wink wink*

NA berkata...

ces....aku da taw...mst iaku terlepas punye jamm free

eswandyasre berkata...

skali lagi tugasku hanya memberi sedikit sokongan di tepi....