Rabu, 11 November 2009

Gerakan Wahabi? Apa Tu?

Aku pernah terbaca artikel tentang gerakan Wahabi dan juga dikenali sebagai Muhammadiyyah di rantau Asia Tenggara khususnya di Indonesia pada awal 50an dulu dalam akhbar Utusan Mingguan (08/11/2009). Seperti yang aku dengar sipi-sipi ke telinga aku dari mulut orang, gerakan ini adalah gerakan sesat yang berteraskan salafiyyah (golongan 4 kurun sebelum - zaman khulafa ar-rasyidin sehingga para tabi' tabi'in). Rencana yang aku harapkan membawa kepada perkenalan aku terhadap gerakan ini berakhir dengan kehampaan kerana ajaran-ajaran yang dibawa tidak diceritakan secara khusus menyebabkan aku tertanya-tanya adakah benar apa ajaran ini telah memesongkan akidah golongan ahlul Sunnah?



Berbalik kepada ajaran pemesongan akidah yang direncanakan, persoalan tauhid yang telah dibawa dipecahkan kepada tiga;1)Rububiyyah 2)Uluhiyyah/Ubudiyyah 3)Asma wa Siffat. Hal ini yang merunsingkan aku. Dimanakah pemesongan akidah yang berlaku? Aku masih tertanya-tanya sehingga sekarang. Ulasan yang diberikan oleh penemuramah seolah-olah telah diinterpretasi secara salah. Gerakan ini seolah-olah membezakan ketiga-tiga cabang tauhid tersebut. Aku cuma menyokong hujah bahawa gerakan ini menolak secara total sifat 20 Allah yang terkandung dalam ajaran tauhid Asma wa Siffat. Seterusnya, penulis artikel tersebut menekankan kepada persoalan mengapa tauhid itu sendiri terbahagi kepada tiga sedangkan tauhid merupakan pokok kepada akidah umat Islam. Tambahan lagi, perjuangan gerakan ini telah diperkembang oleh Ibni Taimiyyah seolah-olah Ibni Taimiyyah itu sendiri macam Ayah Pin.



Jadi, kemusykilan aku bertimpa-timpa. Pertamanya, sepanjang aku menuntut ilmu dari peringkat sekolah menengah sehingga ke pengajian tinggi, tauhid itu cabangnya ada tiga seperti yang di atas. Persoalan akidah juga banyak diambil dari kitab-kitab tulisan Ibni Taimiyyah untuk dijadikan bahan rujukan. Jika betul sekalipun, adakah sistem pembelajaran di Malaysia telah diWAHABIkan? Bagaimana mahu menyelesaikan perkara ini sedangkan persoalannya terlalu berat kerana mencakupi sudut akidah dan pegangan. Justeru, sistem pembelajaran yang sedia ada sebenarnya digunakan untuk memesong akidah umat Islam di Malaysia. Berdasarkan pemahaman aku, cabang-cabang tauhid itu sebenarnya dikhususkan kepada umat Islam. Perkara yang membezakan orang Islam dan orang Kafir adalah pegangan kepada tauhid Uluhiyyah dan Asma wa Siffat.Semua agama yang ada dalam dunia ini berpegang kepada tauhid Rububiyyah.



Kedua, persoalan yang timbul adalah merangkumi ibadah-ibadah yang mereka lakukan seperti tidak berdoa selepas sembahyang. Bagi aku, mereka bukan tidak berdoa cuma tidak berdoa secara berjemaah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Mereka ada alasan tersendiri seperti mereka menganggap doa merupakan penutup solat. Jadi, mereka bertindak untuk melakukan solat sunat terlebih dahulu sebeum mereka berdoa. Inilah yang aku cuba sampaikan kepada penulis artikel tersebut. Dimana kredibiliti kamu sebagai seorang wartawan?Hanya mendengar sebelah pihak sahaja tanpa mengambil kira hujah-hujah dari pihak yang satu lagi.



Aku tidaklah memberatkan bahawa gerakan Wahabi ini tidak bahaya dalam soal akidah. Cuma, aku berharap, persoalan-persoalan seperti ini tidak boleh dihuraikan dengan sambil lewa kerana melibatkan akidah ramai umat Islam. Jika mahu diringkaskan sekalipun, ringkasan dari temuramah itu harus mempunyai isi yang padat dan mudah difahami. Sekurang-kurangnya, para pembaca dapat memahami apa yang kamu cuba sampaikan. Aku rasa orang yang ditemu bual itu telah menghuraikan dengan panjang lebar, cuma wartawan tersebut mengambil jalan pintas untuk memendekkan dan mengeluarkan artikel yang menarik untuk dibaca hanya untuk memperkukuh strategi pemasaran. Maaf. Ini cuma andaian.

4 ulasan:

Alexia Aqram berkata...

tak semestinya wahabi itu tetap di rujuk sebagai wahabi apan.

cuba kau lihat ijtihad2 yang terkandung dalam ikutan imam shafiee.

ada banyak persamaan.

ia adalah sekadar pilihan. tak sepatutnya jadi permusuhan.

Apan berkata...

aku nye update mesti br keluar kat blog ko.tau dah.klo tak da lama ko komen.

mslhnya aku bkn cr konsep permusuhan ataupun menolak terus wahabi. aku cuma nak tahu apa tu wahabi. aku terbaca kat artikel utusan aritu, die ckp cenggitu la.mana aku tau.

*dah sah ko tak abis baca.

Alexia Aqram berkata...

baca 2 kali dah.

just nak bagitau aku setuju bahawa ada amalan dalam wahabi bukanlah sesuatu yang dangkal.

tu jer.

Apan berkata...

oh2.klo cmtu,prediction ak yg blog ak lmbt update kt blog ko misti btol kan?kan?

xdela.aku cuma slh paham sket.maaf