Ahad, 13 Disember 2009

Kahwin Oh Jodoh

Mood: Senario - Sebelum Dan Sesudah.


Ramai kawan-kawan aku sudah mula merancang untuk berkahwin. Yang dah berkahwin pun ada. Perbualan serius ini diakhiri dengan hilai tawa sinis yang sebenarnya merobek perasaan hati seseorang yang memulakan humor tersebut. Malangnya, orang itu tepat ditujukan kepada aku. Damn! Mula hati ini berdetik, sudah tuakah aku? (persoalan biasa bagi remaja yang merangkak ke alam dewasa). Dari sudut positif pula, aku memikirkan komitmen yang terpaksa dilalui oleh pasangan ini. Mereka tampak bersedia untuk mengharungi masa depan yang tak tahu mana hala tujunya dengan tegar dan berani. Wah! Aku kagum dengan mereka. Biarpun terpaksa berhadapan halangan yang dua kali ganda lebih dahsyat (iyalah, dah ada 2 komitmen; diri sendiri dan keluarga), hari-hari yang sukar itu ditempuhi juga dengan kudrat yang ada. Iya, aku tahu Allah takkan menguji hambaNya dengan ujian yang mereka tak mampu. Firman Allah Azza Wa Jalla;



لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak akan memberi dugaan kepada manusia kecuali mereka mampu menanggungnya...(Al Baqarah:286)



Aku mula terfikir, sampai bilakah aku harus membujang dan terus berseronok dengan gelaran solo? Tidak cukupkah waktu lalu? Aku tak tahu jawapan itu. Terlalu subjektif bagi aku, mungkin. Mulalah di benak pemikiran aku ligat memutarkan rintangan-rintangan yang bakal dihadapi. Sudah bersiap sediakah aku untuk itu? Jika aku sudah bersedia, mampukah aku mempunyai sesorang yang bersedia untuk melalui saat itu bersama-sama dengan aku?(Cerita lain).



Aku faham.Kalau dikaitkan dengan realiti, peredaran zaman sudah mula pandang ke belakang. Maksud aku, era ini mula menunjukkan ciri-ciri era retro zaman 70an yang menggalakkan kahwin muda (jangan salah paham. Umur 20an ya. Tidaklah terlalu awal). peringkat awalan perubahan trend adalah melalui fesyen lagak ala retro yang sudah lama dipelopori (dah 3 tahun kot) dengan pemakaian Ray Band, seluar warna warni dan macam-macam lagi seolah-olah takrifan sejuk (cool) itu mengikut istilah "lagi old skool lagi kool".



Masalahnya, itu dari segi fesyen. Hal ini membabitkan komitmen, kesediaan kamu terhadap tanggungjawab yang lebih besar. Lain ceritanya. Ibu bapa juga banyak memainkan peranan sebenarnya. Rata-rata keluarga zaman sekarang tidak lagi mempunyai anak sehingga berbelas-belas malahan banyak keluarga yang mempunyai anak tunggal. Jadi mereka amat risau andaikata mereka tidak sempat menatap kebahagiaan berumah tangga anak-anak sebelum mereka memejamkan mata buat selama-lamanya.



Mungkin trend atau mungkin tidak. Aku tak tahu. Kamu tepuk dada tanya selera sendiri. Hey, persepsi orang tidak sama bukan? Jangan samakan aku dengan kamu. Ini pandangan stereotaip.



p/s: Sudah lama aku tak letak entri yang panjang-panjang. Aku sebenarnya masih dalam keadaan terkejut (shock) semasa menulis. Aliran idea tu mencurah-curah macam coklat mencurah-curah ke ladang gandum.

p/s2: Otak aku mula memutarkan nostalgia-nostalgia lampau. Aku rindu saat itu. Apakan daya. *sigh*

p/s3: Aku kena tipu. Dan akan aku tunggu saat itu.

Tiada ulasan: