Ahad, 24 Ogos 2008

Hari2 akhir sebelum ramadhan

Aku masih terpinga2 di rumah sambil bermain bersama anak buah yang baru 3 minggu je hidup dalam dunia fana ini. Kekadang budak kecik ni buat aku berfikir, 'kan best kalau jadi baby. Nak apa just nangis jer'. Sebelum fikiran aku merewang lagi jauh, baik aku masuk bilik men internet.

Sesampai je bilik, aku disemakkan dengan kehadiran abang aku yang cuba mendominasi komputer. Cis! Cis! *orang nak main, ko pun nak main*. Lagi bertambah tension. Lalu, aku amik inisiatif lain dan terus mengambil hp. Aku tepon member aku ajak lepak kat Kajang.

Membawa diri dalam hujan, dalam pukul 4 cenggitu lepas hujan reda, aku gi la Kajang untuk berjumpa kawan-yang-baru-nak-ingat-Malaysia. Lepak ngan adiknye yang penah terjebak dalam gejala rempit, kami berborak sampai hujan yang turun balik 2 berenti buat kali kedua. Agak2 lebih kurang 3jam jugak la lepak kat kedai mamak 2.

Malamnya pulak, aku lepak lagi ngan diorang. Kali ni kami lepak kat kedai makan Melayu sambil tgk kekalahan Selangor *sigh*. Dalam rancak berbual, Ijam (adik member aku) ajak gi Bukit Langat malam nih. Aisehmen, apasal ko ajak malam ni?Aku da nak gerak pagi besok gi Penang. Argh! Makin semak otak aku kerana xdapat lepak sama2 ngan diorang. Seberangkatnya diorang ke tempat tersebut, aku pun mengundurkan diri balik rumah dengan perasaan hati yang luluh. Anyway, Thanks for the hangout. Memang best. Macam2 lawak rempit yang aku baru blaja. Siapla korang sume kat Penang!

Tiada ulasan: