25hb Ogos 2008:
Ku sangkakan hujan lebat di tgh malam, rupa2nya xdak jadi apa pon. Cillaka!!Bersusah payah aku tanam impian nak tgk suasana pilihan raya dengan sorakan, makian, cacian, dan gemaan suara yang menyokong serta membangkang, tapi semuanya hanyalah satu 'faktab'an.
Tapi xleh nak salahkan orang yang berkempen jugak. Aku pun silap jugak. Sape suruh ko pegi sana pukul 12 tgh malam?Orang lain pun da penat bercakap dah. Igtkan habis kempen ni aku boleh balik bilik, rupa2nya.......
Lepas melepak kat booth gerakan pemuda induk BN sampai pukul 2 pagi, kami (aku, mirrul, mad anas, ucop, abg. kery) pun berangkatlah masuk ke dalam kereta untuk balik ke pulau semula. Dalam perjalanan (atas jambatan masa tu), mad anas dengan cilakanya menyogok abg kery (driver) suruh lepak kat mana kat kawasan pinggiran bandar pastu tido hotel yang murah2. Pantang dicabar, orang tua 2 pun dengan selamba menyahut cabaran mad anas tanpa mengambil kira kadar tahap mengantuk kami bertiga.
Sampai2 kat Batu Feringghi, kami terus mencari chalet untuk disewa *xnak mahal pulak kan?* Semua amik keputusan bijak untuk pulang ke USM. Tiba2 si drebar ni belok kat simpang nak masuk Padang Kota. B***s*t btol la weh. Dengan kad poker yang ada di tangan, kami main menda 2 sampai kol 5pagi. Si drebar ni pulak dok meronggeng dan berdengkur nyenyak dalam kereta yang baru dia basuh *by hand tuh*.
pukul 6pagi, drebar yang baru bangun tidur membawa kereta bersama kami yang terfaktab hampir 6 jam ke Taman Tun Sardon untuk menunaikan solat subuh. Selepas itu, kami menyantap sarapan beramai2 di gerai *area2 situ jugak*. Lepak sambil melihat kugiran orang buta bermain keyboard sehinggalah pukul 8.30pagi, kami menerima seruan untuk pulang ke kamar masing2 atas dasar tahap mengantuk yang gila bab*.
Kami semuanya tiba kat Restu hampir pukul 9 pagi. semua orang yang keletihan terus menuju ke kamar masing2 untuk beradu. Ngantuk gilo pakcik smalam. Xdapek den nak nolong lagi do. ZZZZZZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan