Alhamdulillah. Ucapan pertama aku kerana berjaya mengekalkan 'rentak' ramadhan selama seminggu *seminggu jo pon*. Aku amat bersyukur diberi peluang meinkmati segala keindahan da kemegahan panoramaMu ya Allah. Masih lagi diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dengan mendekatkan diri kepada agama yang selama ini telah banyak kali aku tinggalkan.
Dan aku terus bersemangat kerana Engkau masih lagi memberi dorongan dan galakan kepada hambaMu untuk beribadah dengan memberikan segala macam nikmat isi duniawi. Engkau telah menunjukkan kepadaku, "kun fayakuun". Engkau permudahkan jalan bagiku untuk menempuh segala pancaroba yang datang. Kadang2 aku terlalai seketika tapi Engkau masih lagi memberi nikmat tak terhingga kepada hamba2Mu yang bergelar muslim.
Dalam keghairahan mengejar nikmat syurgaMu itu, terlintas sejenak di kepala aku menyatakan bahawa selama ini aku merasakan diri aku begitu bodoh dan hina embawa watak dalam hidupku sendiri. Aku melihat berbagai jenis makhluk yang Engkau telah ciptakan, akhirnya aku mengerti satu perkara:
"Manusia selalunya alpa dengan kesalahan orang lain sehinggakan kesalahan itu akan jatuh keatas dirinya kembali."
Ah!Aku kini sedar betapa teruknya aku meghentam dan memandang serong terhadap orang2 yang kurang mementingkan agama. Kau telah memberikan banyak petunjuk agar aku sedar dan kembali kepada pangkal jalan. Dengan kata yang mudah, Engkau menyuruhku agar jangan berkata buruk sekalipun kepada orang disekelilingku.
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, aku harap segala urusan duniawi dan ukhrawi akan Kau permudahkan. Bukakanlah jalan yang luas bagi diri aku untuk mencapai tahap para sahabat beriman denganMu. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan