Khamis, 4 September 2008

Ramadhan Al Mubarak

Semakin hari semakin menjadi-jadi. Itulah pandangan seorang yang bergelar sebagai muslim dan menunaikan rukun Islam yang keempat (@ketiga) iaitu puasa. Aku semakin tertanya-tanya kemanakah hilangnya rasa segan dan silu pelajar-pelajar USM. Ingin mengulas sedikit ketidakpuashatian terhadap gejala yang semakin menular dalam kalangan pelajar itu sendiri.

Mahu tidak mahu, orang Islam telah diturunkan ke atas mereka kewajiban untuk berpuasa. Paling menyakitkan hati, ada di antara kenalan aku sendiri yang tidak mengambil peduli akan hal ini. Pada kebiasaannya, ayat-ayat seperti "rileklah, puasa je pun" berkumandang sayup-sayup di corong telinga aku. Kepala hotak kau berjambul!!!!Suka-suka kau je ambik remeh pasal nih. Ya! memang aku sedar kalau bab agama disentuh, kurang orang yang akan mengambil serius. Mana tidaknya, kalau hidup sudah penuh disogok dengan segala macam duniawi, memang susahlah nak letakkan hati walau untuk sementara ke arah agama.

Sebenarnya, aku sendiri hampir terjerumus dalam masalah ni. Aku terlalu rindukan zaman kegemilangan semasa aku berada di bangku sekolah. Keceriaan menyambut Ramadhan tak dapat digambarkan. Suasana yang terbentuk lebih meriah berbanding menyambut ketibaan bulan Syawal. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Yang penting, aku sangatlah berbahagia semasa zaman itu.

Perkara-perkara yang kini aku anggap remeh pun sangat diambil perhatian. Suasana yang 'agama' itu telah menjadikan satu kesempurnaan berpuasa bagi diri aku. Ah! aku terlalu merindui saat-saat manis ketika itu. Namun hakikatnya, sekarang aku terpaksa menempuh lebih banyak cabaran dan dugaan. Aku tahu, kebanyakan pelajar-pelajar USM menjadikan pelajaran sebagai prioriti utama mereka tapi, mereka secara terang-terangnya menolak prioriti agama di tempat kedua. Aku kesal.

3 hari Ramadhan berlalu, sudah mula menampakkan perubahan yang mendadak. Kebanyakan daripada mereka sudah mula meninggalkan solat tarawih. Memangla solat tarawih itu hanyalah sunat, tapi kalau da masuk hari ketiga kau da malas, apa kes? Peluang yang ada ini janganlah disia-siakan. Aku memohon dan berdoa agar Allah mengukuhkan hati, mempermudah jalan bagiku untuk lebih banyak membuat pahala dalam bulan ini.

Sebagai seorang rakan, aku masih lemah untuk menegur secara lisan. Andai kata sesiapa pun yang membaca, aku doakan agar pintu hati mereka terbuka untuk mempergunakan ramadhan sebagai platfom mengubah diri dari buruk kepada baik. Insyaallah, Allah sentiasa disisi hamba-hambaNya yang tidak pernah putus asa.

Rakan-rakan, teruskan pertempuran menetang hawa nafsu!!yah!yah!

Tiada ulasan: