Dalam perjalanan menuju destinasi yang ditunggu, aku terlihat sekumpulan manusia yang betul-betul dahsyat, menggambarkan diri sendiri sebagai seorang gengster yang berpengaruh serta senantiasa berada dalam kondisi yang betul sedangkan perilakunya langsung tak betul. Itulah hakikat yang aku belajar dari kehidupan manusia.
Memang susah untuk memuaskan hati sendiri. Apa perasaan kamu bila disuruh beratur untuk menaiki keretapi tetapi 'mereka' tidak mengendahkannya? Pengumuman secara terbuka sudah dibuat namun masih ada yang tegar (kebanyakannya) untuk berebut-rebut. Salah seorang rakan aku pernah cakap, orang Malaysia ni semuanya nak cepat. Nak masuk cepat, nak keluar pun cepat-cepat. Haish. Sampai sekarang aku pelik.
Kita teringin benar mahu di'amerika'kan tapi tingkahlaku dan sikap mereka kita tidak ambil peduli. Segala macam fesyen, bentuk filem, lagu-lagu, semuanya bercondong ke arah Amerika tapi, sikap mereka yang suka beratur, mementingkan disiplin, sedikit pun tidak diambil peduli oleh orang kebanyakan. Semakin hari semakin teruk. Yang buruk mudah sahaja lolos dalam budaya kita.
Ini pula cerita lain. Almaklumlah, agak lama aku tidak menghabiskan masa untuk menulis. Awal pagi semalam, pengalaman menarik aku boleh ceritakan kepada pembaca semua. Aku dan rakan-rakan (4 orang kesemuanya) berjalan-jalan untuk menghabiskan masa-masa awal pagi yang tidak boleh dibazirkan dengan tidur kerana terlalu lama tidur siang, meronda-ronda tanpa hala tuju di sekitar Pulau Pinang. Akhirnya, kami bersepakat untuk mencari orang yang sedang buat 'projek' pada waktu-waktu begini. Pukul 2.30pagi, terjumpalah kami dengan sebuah kereta yang dimiliki oleh orang Cina. Pelbagai lakonan telah dilakukan supaya mereka tidak mengesyaki kami sedang berskodeng. Setelah agak sekian lama, kami berempat keluar daripada kereta untuk menyergah mereka ini.
Akibat dari perasaan cuak yang melampau, pasangan ini terburu-buru beredar dari kawasan tersebut sehingga kereta yang dipandu terpelosok ke dalam longkang. Memang kelakar habis. Kemudian disusuli aksi kejar-mengejar. Seronok rasanya apabila meletakkan situasi seorang pegawai jabatan agama ke dalam diri sendiri. Kini, aku mengerti memang berat tugas mereka menjadi seorang pegawai agama. Terima kasih kepada semua yang selalu bertungkus-lumus untuk membasmi maksiat di Malaysia. Aku sangat menghargai usaha murni kamu semua.

1 ulasan:
Operasi SampahSociety akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada kakitangan di Headquarters SampahSociety berpusat di USM Pulau Pinang menghadapi Final Exam pada 3 November hingga 23 November.
Sehubungan dengan itu, diminta kepada anggota SampahSociety yang lain dapat bersama menumpukan perhatian kepada perjuangan Final Exam ni. Bagi mereka yang tidak menghadapi peperiksaan, mohon mendoakan kepada anggota yang lain agar kecermelangan dapat dimetrai bersama.
Pihak kami mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan Dengan Jayanya". Lakukan yang terbaik demi harapan ibu bapa, bangsa, agama dan negara.
Sekian,
Yang Di-Pertua Sampah Society.
Catat Ulasan