Rabu, 17 Disember 2008

Kali Ini Aku Pula Yang Chillaka

Aku melayu skeptikal. Aku melayu tipikal. Kadangkala mahu me'rebel'. Mahu juga hidup sebagai minimal. Menggambarkan melayu lain sebagai tipikal.

Tapi tiada satu pun aku fikir sangkut paut dengan aku. Sedangkan aku juga sama seperti mereka. Cuba merendah diri tapi sentiasa meninggi. Mungkin ini hala tuju diri. Penyebab kemusnahan diri. Prasangka-prasangka buruk cuba ditepis tepi. Tapi tidak berdaya malah lebih membela diri. Melihat kehancuran diri sendiri, jika berterusan begini.

Aku akan lebih gigih berusaha. Qada dan qadar terserah kepadaNya. Menadah tangan mohon rahmat dan limpah ruah Yang Maha Esa.

2 ulasan:

I Am Rebel berkata...

rebel macam aku jer.

ada gak kejayaan dari takde langsung..

hehe..

Apan berkata...

mungkin selama 19tahun aku da rasa kejayaan.masa inilah life is turning down ntuk ak. mgkin kejayaan ak bkn arah cni ke.sapa tau btol x?