Terdapat satu kajian psikologi yang melibatkan perwatakan manusia terserlah melalui kumpulan bulan kelahiran masing-masing. Pada mulanya agak sukar untuk aku menerima hakikat ini. Lama-kelamaan, aku akhirnya akur dengan statistik tersebut kerana secara tidak langsung sedikit sebanyak ia mencerminkan diri aku yang sebenar di hadapan orang sekeliling.
Dalam kajian tersebut, personaliti orang yang dilahirkan pada bulan yang sama seperti aku lahir selalunya suka menipu akan tetapi mereka ini tidak pernah hipokrit. Kenyataan ini mencetus banyak persoalan dan keraguan. Mana tidaknya, kenapa orang yang suka menipu boleh dikategorikan dalam bukan hipokrit?
Kamu juga semestinya sukar untuk menghadapi situasi sebegini. Sekian lama aku mencari jawapan, akhirnya aku dianugerahkan ilham sedikit demi sedikit untuk memahami situasi orang yang suka menipu tanpa berlaku hipokrit pada orang lain. Secara jujurnya, beratus manusia dalam list hidup aku pernah aku tipu tapi sedikit pun aku tidak pernah menunjukkan bahawa aku ini hipokrit. Untuk jawapan yang lebih memuaskan hati kamu, cari sendiri lah ya.
p/s1: Padanlah adik aku kata aku ini lurus bendul. Chillaka kau!
p/s2: Biarkan aku dengan ketaksuban baru aku - siapa tahu dalam surah mana disebut tentang semua makhluk akan sujud kepada Allah pada malam lailatul qadar silalah kongsi ilmu ya? Bukannya rugi pun kalau kongsi ilmu.
2 ulasan:
eayhnca;vecljkmwleai;agaklehmehgaewmem.naerwefdwefwefwfewfefgbnhmhg,m,relaxlahapankoolgneahwr,aem.ghmqklmxf,2wmxfh;,q,23ofxp23,fpi2hgvof23hmg3
eh tak sengaja.
sgguh mendalam maksud encik!
Catat Ulasan