Khamis, 18 Jun 2009

Inspirasi 25 Tahun TV3

Aku ada sedikit perasaan terkilan terhadap tv3 berpunca daripada sebuah rancangan setiap hari Rabu jam 9.00 malam. Mulanya rancangan ini memaparkan masalah-masalah sosial yang berlaku dalam negara ini. Bagusnya rancangan ini. Apsal aku terkilan?


Penerimaan skop tajuk itu amatlah menarik untuk dibahas dan dipertonton kedapa orang ramai sehinggalah timbul isu sindiket peminta sedekah jalanan timbul. Pada awal rancangan tersebut, skop perbincangan lebih mengutarakan kepada peminta-peminta sedekah jalanan 'haram' yang dikepalai oleh seseorang individu untuk mengaut keuntungan dengan mudah. Mereka membahas perkara tersebut sehingga para penonton mengeji tindakan mereka sebagai manusia yang mencari rezeki dengan mengambil jalan yang hina. Aku masih boleh terima part tersebut. Yang menjadi masalahnya, kenapa golongan-golongan sekolah Tahfiz juga digolong dalam seperti ini?


Aku bukanlah seorang yang sempurna baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Sekurang-kurangnya, aku tidak akan menimbulkan satu persepsi negatif terhadap agama. Ya, memang kerap pelajar-pelajar dari sekolah tahfiz meminta derma agar sekolah mereka dapat dinaik taraf. Isu yang mereka bawa seolah-olah mengeji tindakan sekolah tersebut untuk mendapatkan bantuan. Hal ini boleh menimbulkan persepsi tidak baik terhadap mereka justeru martabat sekolah tahfiz runtuh. Orang ramai akan mula memandang serong kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut dek termakan pengaruh rancangan ini.


Kes tidak puas hati 1: Cuba kamu fikir, kalau kita tidak membantu mereka, siapa lagi yang sanggup menghulur bantuan? Nak harapkan kerajaan mahupun kementerian pendidikan, jangan haraplah boleh dapat atas alasan sekolah mereka tidak mempunyai sistem pendidikan yang normal seperti sekolah-sekolah kebangsaan yang lain.


Kes tidak puas hati 2: Adakah kamu menderma kerana Allah ataupun kamu menderma kerana tujuan si peminta? Memang banyak kes penipuan berlaku dalam Malaysia ini, tapi, seingat aku Islam menyuruh kamu membantu orang lain secara IKHLAS. Kamu tidak perlu pertikaikan apa yang mereka akan lakukan atas sumbangan kamu. Kalau kamu pertikaikan, bukankah kamu tidak ikhlas dalam memberi sumbangan tersebut? Segala sumbangan yang digunakan oleh peminta untuk apa sekalipun tujuannya terserah kepada Allah. Yang penting niat kamu untuk membantu mereka. Selalunya aku tengok pelajar-pelajar ini menggunakan sumbangan ini ke saluran yang betul. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala tindak-tanduk hambaNya. Biarlah mereka nak buat apa sekalipun dengan sumbangan tersebut. Yang penting adalah niat dan keikhlasan kamu untuk menyumbang.


Kes tidak puas hati 3: Hanya sebab satu sekolah, semua sekolah jadi mangsa. Dalam rancangan tersebut ada mengulas, "aktiviti kokurikulum sekolah diadakan dengan menjadikan setiap pelajar menjadi penjual bahan-bahan yang dihasilkan oleh pihak sekolah." Apa masalah tv3? Dia orang bukan jual dadah pun. Sekolah itu cuma menjual barangan-barangan yang kamu sering kaitkan dengan agama sahaja. Itu pun boleh jadi kes kah? Mungkin tindakan pihak sekolah menjadikan para pelajarnya penjual itu yang salah tapi mereka tidak mengambil jalan untuk membantu mereka dari segi kewangan malah menambah beban mereka dengan menolak permohonan untuk dijadikan sekolah yang sah atas sebab aktiviti ko-k mereka tidak sesuai (seperti kenyataan di atas). Cubalah cari jalan tengah. Luluskan sekolah mereka bersyarat pun cukuplah. Pantau aktiviti 'kokurikulum' mereka. cukuplah dengan syarat tersebut. Aku rasa sekolah diorang tak lulus mesti sebab politik.


Aku bukan nak menyokong tindakan mereka 100 peratus. Mereka itu saudara seagama kita. Daripada mengenakan hukuman, baik kita membantu mereka. Sekurang-kurangnya, dapat pahala percuma ya tak?


p/s: Aku sebenarnya kesian tengok diorang belajar dengan penuh keperitan. Aku hanya boleh tolong doakan kejayaan mereka, dan membantu tenaga sahaja. Almaklumlah, ekonomi tengah meleset sekarang ni. Kalau kamu semua diminta sumbangan oleh pelajar tahfiz, apa kata kamu bawa masuk mereka ke dalam rumah dan melayan mereka seperti tetamu dahulu. Barulah mereka rasa dihargai oleh masyarakat. Kebanyakan pelajar adalah anak yatim. Pandai-pandai fikir lah ya.

3 ulasan:

NA berkata...

Kokurikulum adalah seperti kadet puteri dan kadet remaja. Kan ini kokurikulum yang dianjurkan oleh rasulullah.

Malaysia mmg da terlalu jauh dalam lubuk hedonisme (mcm aku) dan terlalu memandang jauh ke barat (mcm aku gak).

p/s : jgn slhkn aku sbb mengagungkan barat. Aku lahir di negara sebegini. Mgkin kalau aku lahir di afganistan aku akan jadi taliban.

eswandyasre berkata...

berat benar persoalan yang kamu hujahkan .....aku terkesima lalu secara berkhayal aku telah tertaip mesej ini sambil melahap ulat sagu dengan gembira.

Apan berkata...

try lah layan.bkn semua orang sama persepsi macam aku