Ramai tak antara kamu semua yang dengar Radiohead? Aku baru nak berjinak-jinak dengan Radiohead. Maaflah kalau aku ter kebelakang sedikit. Kenapa selama ini aku dengar dari banyak mulut yang mengatakan Radiohead ni best? Setelah aku melayan semua lagu diorang, hanya beberapa sahaja yang telinga aku boleh terima. Maaf sekali lagi jika ini mencetus kemarahan. Ini hanya pandangan dari pendengar yang baru nak dengar dan nak kenal. Lagu yang digubal terlalu eksotik sehingga mengecamukkan hati aku. Aku sendiri pun tak faham apa yang mereka cuba sampaikan. Ya, aku tidak menafikan mereka hebat dalam penggunaan instrumen-instrumen dan gajet-gajet pelik tapi tidak semestinya lagu yang cuba digubal itu boleh jadi sedap untuk didengar. Mungkin ini ekspresi mereka semasa mencipta lagu kot.
Kepada yang baru berjinak dengan Radiohead macam aku, aku sarankan kamu jangan dengar semua lagu mereka. Takut nanti kamu hilang impresi kagum kamu terhadap mereka. Dengarlah lagu-lagu mereka yang disarankan oleh pendengar-pendengar setia Radiohead kerana mereka lebih mengetahui kugiran ini lebih banyak daripada kamu. Aku sedang mendengar semua lagunya buat kali kedua. Mungkin impresi kedua mengubah segalanya. Siapa tahu.
p/s: Maaf buat kali ketiga. Ini cuma interpretasi lagu-lagu mereka dari pandangan aku. Suka hati aku lah!*macam tajuk cerita pendek yang tak menang adwave haritu* Kalau masih tidak berpuas hati, jangan timbulkan ini sebagai isu dan terbitkan dalam blog kamu. Kalau nak buat juga, silakan. Aku tidak menghalang sebab nanti korang mesti promote blog ni bukan?wahah.
p/s 2: Baik layan Tokyo Ska Paradise Orchestra. Lagi best. Hoh! Promote lagi.

3 ulasan:
jika teruja dengan tokyo ska parADISE,saudara boleh mencuba permainan incredible crisis untuk pelantar playstation.hasilnya.....pasti mengujakan.cubalah.
radiohead pelik...kreatif dan mgkn avant garde dlm musik...ape2 pn oasis je yg boleh dilayan...satu susuna musik bol;eh buat 3 lagu...kwang3
@ kesatria: playstation da kena jual!xbley men game dah.
@monyet laut: tgu post aku pasal oasis pulak!
Catat Ulasan