Jumaat, 12 Jun 2009

Selamat Hari Lahir

Oh Maxis. Kenapa kau memang celaka?Aku pakai kau bukan untuk menerima kecelakaan kau. Semuanya untuk menyenangkan aku tapi akhirnya menyusahkan aku jugak. Ini tribute kepada semua pemanggil bertuah semalam. Maaf kerana baru hari ini aku terima mesej panggilan tidak dijawab (missed call) semalam sedangkan hp aku sentiasa dalam keadaan terbuka (on). Lagi-lagi untuk mirrul. Sebenarnya aku tunggu kau telefon aku, alih-alih aku pulak yang bersalah rupanya. Maaf ya mirrul. Aku memberi harapan sekali lagi. Petang ni boleh tak?

Oh. Terlupa. Selamat hari lahir yang ke-23/24 (tak ingat tapi aku tahu kau lagi tua) kepada si aneh. Haha. Aku simpan tarikh lahir kau dalam hp aku (semua pun ada sebenarnya. Tunggu jela hari kamu ya).

p/s: Wahai rakan-rakan penyewa. Aku tak dapat mencari rumah lagi. Tolong aku carikan ya.

3 ulasan:

eswandyasre berkata...

aku sekarang termasuk dalam rangkaian rakan penyewa kau..jadi,marilah kita sama2 membuat bentuk ikan bilis yang sangat unik!!

Apan berkata...

oh yeah!dah tmbah geng UNO!

Syarifah Hadli berkata...

Uuuu. Thanks Apan. =)