Selasa, 21 Julai 2009

Berehat Seketika Dari Harapan Itu

Setelah lama aku mengamati dan memikirkan pasal topik yang aku nak bagitahu kat kau orang, barulah aku tahu kuasa artikel ataupun tulisan/coretan berfungsi. Selama ini kita selalu mendengar kuasa pena itu jauh lebih tajam daripada kuasa pisau tapi kamu tahu kenapa?


Aku cuma mahu kupas satu isi sahaja kerana aku hanya dapat yang itu. Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca setia mereka ibarat mereka berkata-kata benda yang sama kepada pembaca mereka secara virtual. Yang peliknya, pernah tak kamu terfikir kenapa isi yang disampaikan tepat menusuk di dada pembaca mereka sedangkan kalau dengan kata-kata mereka agak susah menyampaikan isi dengan baik?


Ini jawapan aku setelah puas membaca forum-forum dan blog-blog ter'sohor'. Dalam sesuatu artikel, isi yang disampaikan disusun mengikut ayat yang teratur dan kemas kerana si penulis mempunyai banyak masa untuk menyusun ayat mereka. Jika dibandingkan dengan bercakap, kamu perlu lebih banyak pegalaman untuk berbicara dan sampaikan isi kamu dengan sebaik mungkin. Hal ini tidak dapat dilaksanakan oleh kebanyakan orang. Konsepnya, masa menentukan segalanya. Keperluan petah bercakap dan kehebatan dalam menyampaikan hujah secara spontan amatlah penting dalam sesebuah komunikasi melalui pertuturan. Jadi, sesebuah artikel memberi lebih banyak peluang kepada orang yang ada banyak isi untuk disampaikan tetapi tidak tahu menyusun isinya dengan kemas ketika berbicara.


Maaf, mungkin aku ada 2 isi. Yang kedua, para pembaca perlu membaca keseluruhan artikel pengarang bagi memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Implikasinya, peluang untuk menghentam/mencelah penyampaian si pengarang tidak berlaku. Segala isi yang cuba disampaikan dapat disampaikan kepada pembaca secara total. Biarpun sedikit hujah yang kuat, penyampaian itu sempurna seterusnya menjadikan para pembaca dapat menerima pandangan si pengarang. Itulah apa yang berlaku sekarang. Cuba kamu ajak mana-mana blogger yang hebat untuk berdiskusi tentang sesuatu perkara secara bertutur. Aku tak fikir semua blogger dapat menyampaikan hujah mereka dengan kemas. Mungkin hanya segelintir atau tiada langsung. Maaf. Ini cuma pendapat.


Contohnya blog ini. Kamu terpaksa baca sampai habis bukan kalau kamu nak tahu isi yang aku cuba sampaikan. Betul tak? Kalau diajak berdebat di restoran Nasi Kandar Istimewa (takda tempat lain ke?), aku mungkin kalah.


p/s : Kan aku dah agak. Memang takkan ada orang yang minat punya pasal artikel ini.


Tiada ulasan: