Memaparkan catatan dengan label sequal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sequal. Papar semua catatan

Selasa, 21 Julai 2009

Berehat Seketika Dari Harapan Itu

Setelah lama aku mengamati dan memikirkan pasal topik yang aku nak bagitahu kat kau orang, barulah aku tahu kuasa artikel ataupun tulisan/coretan berfungsi. Selama ini kita selalu mendengar kuasa pena itu jauh lebih tajam daripada kuasa pisau tapi kamu tahu kenapa?


Aku cuma mahu kupas satu isi sahaja kerana aku hanya dapat yang itu. Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca setia mereka ibarat mereka berkata-kata benda yang sama kepada pembaca mereka secara virtual. Yang peliknya, pernah tak kamu terfikir kenapa isi yang disampaikan tepat menusuk di dada pembaca mereka sedangkan kalau dengan kata-kata mereka agak susah menyampaikan isi dengan baik?


Ini jawapan aku setelah puas membaca forum-forum dan blog-blog ter'sohor'. Dalam sesuatu artikel, isi yang disampaikan disusun mengikut ayat yang teratur dan kemas kerana si penulis mempunyai banyak masa untuk menyusun ayat mereka. Jika dibandingkan dengan bercakap, kamu perlu lebih banyak pegalaman untuk berbicara dan sampaikan isi kamu dengan sebaik mungkin. Hal ini tidak dapat dilaksanakan oleh kebanyakan orang. Konsepnya, masa menentukan segalanya. Keperluan petah bercakap dan kehebatan dalam menyampaikan hujah secara spontan amatlah penting dalam sesebuah komunikasi melalui pertuturan. Jadi, sesebuah artikel memberi lebih banyak peluang kepada orang yang ada banyak isi untuk disampaikan tetapi tidak tahu menyusun isinya dengan kemas ketika berbicara.


Maaf, mungkin aku ada 2 isi. Yang kedua, para pembaca perlu membaca keseluruhan artikel pengarang bagi memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Implikasinya, peluang untuk menghentam/mencelah penyampaian si pengarang tidak berlaku. Segala isi yang cuba disampaikan dapat disampaikan kepada pembaca secara total. Biarpun sedikit hujah yang kuat, penyampaian itu sempurna seterusnya menjadikan para pembaca dapat menerima pandangan si pengarang. Itulah apa yang berlaku sekarang. Cuba kamu ajak mana-mana blogger yang hebat untuk berdiskusi tentang sesuatu perkara secara bertutur. Aku tak fikir semua blogger dapat menyampaikan hujah mereka dengan kemas. Mungkin hanya segelintir atau tiada langsung. Maaf. Ini cuma pendapat.


Contohnya blog ini. Kamu terpaksa baca sampai habis bukan kalau kamu nak tahu isi yang aku cuba sampaikan. Betul tak? Kalau diajak berdebat di restoran Nasi Kandar Istimewa (takda tempat lain ke?), aku mungkin kalah.


p/s : Kan aku dah agak. Memang takkan ada orang yang minat punya pasal artikel ini.


Isnin, 20 Julai 2009

Minggu Baru Harapan Baru?

Sudah hari Isnin. Maka dengan ini saya merasmikan majlis penutupan minggu harapan. Minggu yang penuh dengan debaran berakhir jua. Aku sedikit terkilan kerana penutupnya tidaklah seperti yang disangka-sangka. Sekurang-kurangnya biarlah satu yang menjadi sudah cukup membahagiakan aku.


Ya! Kali ini aku pula yang SAMPAH. Sedang asyik menatap wajah minah Arab dalam bas sewaktu perjalanan pulang ke rumah, ditambah pula dengan awek gig yang aku jumpa di stesyen Bandar Tasik Selatan menyebabkan aku alpa seketika tentang barangan peribadi. Cilaka lu! Aku ada 5 ringgit pun nak kebas ke? Kau mengambil kesempatan terhadap diri aku yang sedang bersempit-sempit untuk naik tren yang terakhir.


Lupakan seketika pasal itu. Aku mahu lebih fokus minggu ini. Aku telah diberi tugasan akhirnya. Aku mungkin sibuk sepanjang minggu ini. YAH! Aku boleh menjadi fokus. Maaf rakan-rakan. Atas ke'fokus'an melampau ini aku mungkin berjauhan dengan kamu semua buat seketika cuma mood aku hari ini hanya mahu membincangkan topik yang melibatkan sedikit perahan otak dari kau orang (maksudnya pandanganlah).


Apa pendapat kamu terhadap sistem perbankan yang telah terbahagi kepada 2:

1. Konvensional
2. Islamik


Kalau boleh tolong huraikan hujah sekali ya. Aku cuma nak buat kertas kerja.


p/s: Konfem orang tak nak komen.

Isnin, 13 Julai 2009

Masih Dengan Harapan Itu

Aku ada harapan baru dan hanya diketahui oleh 3 orang sahaja (rakan seangkatan aku lah. Kalau orang lain aku tak tahu). Kalau dah namanya APAN, tetap juga harAPAN itu kembali semula kepada aku. Apa salahnya namaku sebegini? Oh tidak. Semua harapan itu diletak atas bahu aku. Kau tunggulah nanti!


Rakan-rakan seangkatan, mari menuju ke pintu harapan! Dengan ini, saya mengisytiharkan minggu ini adalah MINGGU HAR-->A.P.A.N(kool)!!!


p/s: Kalau kau orang rajin, cuba kira berapa banyak perkataan "harapan" yang aku tulis sejak bulan lepas (aku tahu kau orang memang malas gampang).

Rabu, 8 Julai 2009

Harapan Oh Harapan

Minggu lepas aku bergelumang dengan harapan. Minggu ini masih dengan harapan lama. Sekurang-kurangnya harapan lama itu ada yang sudah terkabul. Alhamdulillah.


Cuma tinggal 2 harapan sahaja lagi. Satu harapan yang paling besar pernah aku dengar dan satu lagi harapan bulan Mei lepas. Kamu pernah menerima harapan paling besar? Sebagai contoh, mahukah kamu bekerja sebagai orang bawahan yang jumlah gaji bersihnya melebihi orang atasan sekarang? Aku menunggu dan mengharap itu. Oh bulan Januari. Aku menunggu kedatangan tarikh keramat itu! Aku hampir tidak percaya (maksudnya aku masih percaya lah) tapi aku tetap mengharap. Aku peduli apa!


p/s: Mirrul, sama-sama kita menunggu ya!

Selasa, 21 April 2009

Yang Tahu Semua

Maaf. Aku seorang STALKER bangsat!

Rabu, 8 April 2009

Macam Kau Seorang Sahaja...

Lagi 8hari untuk genap sebulan aku tidak menulis dalam blog ini. tik tok tik tok. Malangnya, hati aku memberontak mahu menulis walaupun terpaksa bergadai maruah menulis di hadapan geng mulut beso. Ah! Maafkan aku Wandi mencuri masa-masa terluang kamu tatkala mendapat USMHotspot. Aku kagum dengan kamu kerana berjaya menubuhkan satu bala tentera tokusatsu sehinggakan Mirrul yang sangat tegar dengan obsesi terhadap cerita perang sanggup menonton Ultraman.

Kebelakangan ini, aku sendiri terjebak dalam dunia artis. Ya! Hakikat awal hanya bermain gitar untuk mencuri tumpuan gadis namun aku mula berani melangkah setapak kehadapan untuk bermain gig dan membuat persembahan malam dinner RINTIS. Mungkin pengaruh kawan-kawan dari budak SENI kot. Walaupun gig lepas aku terpaksa mencabul maruah aku lagi dengan menjadi poser As I Lay Dying, namun aku bangga dengan pencapaian diri aku sendiri. Maafkan aku Arel, Depri, Nik (tak perlu kot) kerana aku tak diberi kesempatan untuk belajar lagu berkenaan dengan lebih teliti.

Lagi-lagi minggu ini. Aku masih terpinga-pinga mencari nota untuk peperiksaan akhir. Cis! Kenapa aku masih dalam mood MALAS tahap gampang? Come on la brader, MAA101 bukannya semudah yang disangkakan. Tetiap malam aku berhibur membeli tanah-tanah untuk menjadi JUTARIA, menonton DMC dan bergelak ketawa bersama geng mulut beso. Malangnya, semua itu hidup mereka, bukannya hidup aku. Aku hilang hala tuju. Semuanya berlaku luar jangkaan. Mungkin aku tersasar dari jalan tuhan.

Aku perlukan minggu refreshment. Minggu depan menjadi titik tolak permulaan minggu baru. Aku nak balik rumah!Ya Allah, permudahkanlah jalan untuk aku berubah.

Aku ada sedikit ulasan isu semasa. Aku tidak berharap BN akan kembali bertakhta. Aku cuma harap orang Melayu tidak jadi seperti Melayu yang selalu diperkatakan. Melayu hanya 2 perkara: tak tepati masa, rasuah.

p/s:Aku perlukan rumah sebagai platform perubahan hari-hari hiburan aku. Mula kembali ke pangkal jalan.

p/s2:Maaf kengkawan. Ini hanyalah tribute untuk sesiapa yang suruh aku buat. Aku benci perempuan malam dinner itu. Dia menakutkan aku. Cis cis.

Selasa, 10 Februari 2009

Sebelum Maghrib


Mungkin ini salah satu entri aku yang agak luar biasa. Kita akan berbincang sedikit pasal hawa nafsu lelaki ya? Hari ini aku tertarik dengan satu amoi yang baru lepas melintas jalanraya. Jadi aku terfikir, adakah manusia yang sejantina aku mempunyai pendapat yang sama?

Pernah tak kau orang terlintas bahawa wanita yang berpeluh itu seksi?Mula-mula aku langsung tak sokong. Malangnya, lama-kelamaan melalui pemerhatian aku sendiri, wanita yang berpeluh (lepas bersukan la) tampak sangat seksi pada pandangan kasar aku. Cillaka kau amoi! Mereka seolah-olah memerangkap aku ke dunia fantasi. Aku tak tahu lah. Normal ke tak aku ni? Ataupun ini cuma plagiat (bak kata monyet laut)?



*p/s:Kalaulah wanita yang baru lepas bersukan tiba-tiba menerpa ke arah aku dan mintak nombor telefon aku, aku mesti tak tahu nak buat apa ibarat seorang wanita hot datang kepada kau dengan gaya kewanitaan meminta nombor telefon kau.

p/s2:Kau orang memang cillaka memaksa aku update blog!

Sabtu, 7 Februari 2009

Kerana Balik Rumah Lambat...

Kawan-kawan, hari ini kita cuba keluar daripada topik agama ya!Hari ini aku lebih tertarik untuk membincangkan isu kemunduran pembangunan yang berlaku di bahagian pantai timur. Skop perbincangan ini tidak merangkumi masalah politik dalaman (mungkin ada tapi tak banyak) tetapi lebih kepada sebab-sebab utama kemunduran kawasan mereka.

Berdasarkan pengamatan aku sendiri semasa perjalanan bercuti ke kampung, aku banyak melihat petempatan yang berselerak dan kawasan yang mundur berlaku di bahagian pantai timur terutama kawasan yang terletak di bahagian selepas Banjaran Titiwangsa (semak buku Geografi Tingkatan 3). Perubahan ini mula ketara apabila melihat kependudukan Kuantan yang terpisah kepada 2 bahagian (kalau ikut jalan lama):
1. kawasan selatan
2. kawasan utara

Jadi, sejenak aku berfikir, mereka sebenarnya mundur bukan atas sebab ketiadaan bajet yang mencukupi untuk pembangunan. Sebenarnya, faktor kawasan yang terlalu luas dan dominasi pemilikan tanah menyebabkan mereka masih jauh tertinggal dalam pembangunan. Terlalu luas tanah yang dimiliki yang hanya dibina sebuah rumah dalam sebidang tanah itu. Hal ini menunjukkan penguasaan tanah yang tidak konsisten kepada setiap penduduk menyukarkan projek-projek pembangunan.

Kedua, kemunduran terhadap pembinaan pusat-pusat bandar yang menyediakan akses pelbagai seperti institusi perbankan dan sebagainya. Contohnya, Mayabank yang paling berhampiran dengan kawasan felda Jerangau adalah sejauh 28km dari kawasan felda itu sendiri. Akses yang terlalu jauh menyukarkan penduduk sekitar mengambil peluang untuk berurusan dengan pihak bank dan mereka lebih rela menyimpan duit di bawah bantal daripada menyimpan di bank. Pendapat aku, 'orang kampung' sebenarnya tidak tahu untuk membelanjakan pendapatan mereka. Jadi, 'orang kampung' sebenarnya lebih kaya daripada orang bandar. Pernahkah kamu terfikir bahawa dengan meletakkan satu pusat beli belah yang besar (contoh Pavillion) di kawasan kampung banyak mempengaruhi kawasan sekitarnya?Kependudukan dan mentaliti mereka sedikit sebanyak dipengaruhi kepada pembangunan. Langkah ini mungkin mengambil masa yang agak lama tapi ianya memberi impak yang sangat besar.

Jadi, jelaslah bahawa kawasan yang sangat luas menyebabkan kekurangan akses ke bandar. Inisiatif yang paling berkesan ialah menambahkan bilangan bandar di kawasan pantai timur untuk memajukan orang Malaysia. Barulah keadilan dan hak pembangunan sama rata dapat dijalankan. Kepada pelabur-pelabur, gunalah peluang anda untuk melabur pembangunan kawasan pantai timur (buatlah satu Times Square kat pahang ke, terengganu ke).

p/s: Mamat direktor memang hebat menulis walaupun tak power main bola!

Jumaat, 30 Januari 2009

Kena Ikat Dekat Pokok Kerengga...

Oh! 2 post dalam masa satu hari. Wohoooo. Saya dahsyat! Ok2. Kita berbalik kepada topik yang kita ingin utarakan. Memandangkan generasi aku dan akan datang nampaknya kurang ilmu pengetahuan bab agama, apa kata kita buat satu ruangan ilmiah sikit di sini. Amacam? Daripada terus menjatuhkan inisiatif orang lain, dan terus kritik tindakan yang mereka ambil, lebih baik aku sendiri yang ambil tindakan kan?

Anak-anak murid sekalian, apa kata hari ini kita membincangkan maksud tersurat surah Al-Fatihah dahulu.

Maksudnya;

*1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.
3) Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4) Yang menguasai hari pembalasan.
5) KepadaMu lah kami berserah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan.
6) Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.
7) Iaitu jalan yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan kepada mereka yang Kau murkai dan mereka yang sesat.
AMIN-perkenankanlah.

Anak-anak sekalian, harap dapat hafal ya. Semoga solat lebih khusyu'. Renung-renungkan dan selamat beramal.

*p/s1: sesetengah tafsiran menganggap bahawa basmallah juga termasuk dalam ayat surah Al-Fatihah.
p/s2: maaf, tiada encoding Arabic kerana aku hanya sekadar menumpang laptop orang lain dan aku berada dalam keadaan malas untuk mencari dan pastekan dalam blog ini.

Aku Pernah...

Kita tinggalkan sementara isu perbincangan Palestin yang tak pernah sudah itu. Topik hari ini wahai kawan-kawan sekalian adalah cara berdakwah yang sangat 'berkesan' dan 'efektif' oleh sekumpulan remaja untuk membendung gejala sosial melalui penghapusan komuniti-komuniti yang terlibat.

Sebenarnya, isu ini aku baru tahu selepas membuka myspace yang sekian lama tertutup. Muncul satu golongan yang menggunakan laman myspace untuk membendung masalah sosial yang ditimbulkan melalui kegiatan bepersatuan a.k.a berkomuniti. Pada mulanya, aku terbaca mesej yang dihantar kepada sebuah komuniti dalam malaysia ini. Komuniti yang satu lagi menghantar mesej itu bagi membangkitkan isu kesedaran agama terhadap semua komuniti-komuniti yang bergerak secara inDIE dengan membuka pekung dada mereka.

Buat si penghantar mesej kepada komuniti berpusat di Penang, Islam tidak suruh umatnya membuka kesalahan orang lain semata-mata demi mengajar dan memberi pendidikan. Banyak cara lagi yang kamu semua boleh ketengahkan daripada memburuk-burukkan kesalahan orang lain. Cubalah mengetengahkan idea dan konsep baru supaya mereka ini sedar dan insaf (macam fenomena RAIHAN). 

Aku bukan mahu menyalahkan kau orang semua. Kamu juga sedikit sebanyak membuka mata aku terhadap kedegilan remaja yang terlalu mem'barat'kan diri sendiri (semuanya nak jadi Amerika). Tapi Islam itu datang dengan cara yang suci. Perlaksanaan syariah dan terapan akidah juga datang dengan suci dan murni. Tiada paksaan dan berlebih-lebihan dalam agama. Allah mencipta manusia dengan akal untuk manusia berfikir. Bukan untuk membabi buta dengan mempertahankan ego atas nama agama. Kamu nak jatuhkan semua komuniti adalah satu tindakan yang sangat bodoh.

Jadi, aku mencadangkan kamu satukan semua komuniti-komuniti yang kamu cuba jatuhkan, kemudian buat satu perkumpulan untuk membincangkan masalah yang timbul. Kita hanya manusia yang mampu untuk menyampaikan hukum. Manusia bukan sama sekali PENGHUKUM! 

Rabu, 21 Januari 2009

Masa Kecik-Kecik Dulu...

Agak berkurun laman ini menyepi. Rasanya aku sudah 'terpanggil' untuk menyemakkan laman ini dengan post-post yang baru (kot.)

Seingat aku, isu Palestin - Israel sudah menjangkau usianya yang ke-42. Isu yang sam masih lagi berulang. Banyak kali aku membaca surat khabar dan media-media yang berkaitan menyiarkan isu yang sama. Dan setiap kali mereka utarakan adalah kekejaman Israel itu sendiri dengan menyelar tindakan Hamas (pejuang politik Ghazzah/gaza) sebagai kumpulan pengganas.

Dari sudut pandangan aku, tindakan Hamas itu menembak 'beberapa' das tembakan keatas bumi Israel (kononnya), yang hanya satu das tembakan tepat pada sasarannya adalah tindakan untuk meraih simpati dan memberitahu kepada seluruh dunia keperitan hidup yang sedang mereka alami sekarang. Ringkas kata, mereka hanya mampu menyampaikan mesej dengan cara tersebut supaya rakyat Islam di seluruh dunia tahu dan mengerti mesej yang ingin disampaikan.

Tapi, dalam kesusahan dan keperitan hidup mereka, sebahagian besar dari media menggunakan peluang ini untuk menyelar mereka sebagai 'terrorist'. Alasan ini digunakan untuk mencabul perjanjian genjatan senjata 10tahun seterusnya mengambil peluang membunuh rakyat besar-besaran.

Tindakan rakyat Malaysia memboikot produk Israel adalah sebagai tindakan susulan untuk menyokong tindakan menghalang Yahudi dari terus berleluasa membedil rakyat Palestin secara berterusan. Bagi aku sendiri, memboikot barangan mereka memang satu tindakan murni tapi seolah-olah kita terpaksa menanggung kesempitan barangan. Maksudnya, produk-produk Islam kurang dieksploitasikan ke antarabangsa menyebabkan tampungan terhadap produk Israel yang telah diboikot kurang. Akibatnya, kekurangan bekalan boleh menyebabkan ekonomi sesuatu negara jatuh merundum seterusnya menjatuhkan lagi maruah Islam yang pernah dikenali di seantaro dunia pada kurun ke-16.

Masalah yang orang Islam sendiri, kita sebenarnya sedang berada dalam kemelut ilmu. Kekurangan ilmu menyebabkan kekuatan umat Islam itu sendiri dipandang rendah oleh orang kebanyakan. Bayangkan, hampir 3trillion umat Islam di seluruh dunia, hanya 3 orang sahaja yang layak menerima hadiah nobel. Bukankah itu satu perkara yang sangat menyedihkan?Skop perbincangan ini boleh didapati dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 15hb Januari 2009 (kalau aku tidak silap).

Rasanya, perbincangan ini terpaksa disambung untuk hari akan datang. Banyak lagi yang boleh diutarakan pada masa hadapan.