Jumaat, 30 Oktober 2009

9 Bulan Genaplah Sudah

Mula terdetik hati ini untuk merindui kenangan silam tapi apakan daya, itu semua hanya memori. Memori untuk dipahat dalam kepala buat selama-lamanya. Sekurang-kurangnya aku pernah mengalami dan merasai itu. Kini, aku hampir matang cuma bidang berlainan. Selok-belok aku sudah mula fahami namun masih banyak yang perlu aku lalui untuk sampai ke tampuk 'berjaya'. Mungkin kamu melihat aku sebagai satu idea radikal yang rugi. Ini pendapat masing-masing dan aku tidak menidakkan itu. Pandangan dan pemerhatian adalah satu perkara subjektif dan tiada betul/salahnya. Pernah juga sekelumit hati ini kerugian itu ada benarnya, namun aku perlu tabah untuk hari seterusnya. Tidaklah ini menjadi angan-angan semata yang akhirnya membebankan aku bertimpa-timpa.


Aku tahu alam ini satu tampuk perubahan besar buat aku yang masih terapung di awangan. Sekurang-kurangnya alam ini jugalah yang membuka hala tuju sebenar aku setelah sekian lama aku mencari. Kamu akan merasainya satu hari nanti cuma yang membezakan kita aku bermula dengan diriku sendiri. Tiada siapa yang mampu menghulurkan bantuan. Biasalah. Inilah lumrah kehidupan Melayu. Jadi, jangan salahkan orang atasan bila kamu meminta pertolongan, ditolak bulat-bulat. Alasan; waktu aku susah dulu kamu ada sumbangan kepada aku?; terlalu biasa aku dengar dan setiap kali ucapan itu aku teringat akan kata-kata; hidup bermakna pada memberi.


Cetusan kecil ini memberi makna yang besar kepada aku. Biar seteruk mana kamu ditohmah, biar sekejam mana kamu difitnah, banyakkanlah memberi daripada menerima. Oh ya. Aku juga pernah merasai waktu itu. Maafkan aku. Mungkin aku pernah memberi reaksi negatif kerana waktu itu emosi menguasai diri. Setelah sekian lama, aku sudah mula imun dengan provokatif-provokatif biasa. Tiada apapun yang dapat menghalang impian aku lagi. Aku menantikan saat itu untuk KABOOM!


p/s: Selamat menghadapi peperiksaan kengkawan. Semoga berjaya menggapai impian hendaknya.

Isnin, 19 Oktober 2009

Terkini

Fantasy Premier Leauge aku sudah mula ceburi setelah berkubur hampir 2 tahun. Masalah lama kini datang kembali cuma aku sudah terlalu biasa mengalami. Sekurang-kurangnya aku tahu apa yang perlu aku buat. Oh ya,aku hampir terlupa. Aku sebenarnya mahu meminta pertolongan kepada sesiapa yang buat privasi liga dalam fantasi. Aku mahu menyertai kamu semua. Tolonglah. Aku keseorangan di sini. Sila hantarkan kod kamu dalam ruangan komen supaya aku boleh 'join the club'. Aku pun nak main jugak.


*p/s: Aku ada liga super harapan je weh. Kenapa aku takleh masuk yang lain? Kedekut ah korang.

Khamis, 8 Oktober 2009

Trivia Semasa

Sepanjang blog aku dibuka, aku perhatikan semuanya yang bertandang ke blog ni ada satu perkaitan. Soalan-soalan lazim biasa diajukan kepada enjin pencarian google. Oleh itu, untuk memudahkan pembaca mendapatkan informasi yang kamu mahukan, aku boleh menjawab sedikit berdasarkan apa yang aku tahu sahaja. Yang lain-lain itu, aku kurang tahu.


1. Mengapa broadband lembab?

Aku boleh bagi kamu beberapa sebab:

Sebab I: Kamu sudah mencapai had data bulanan yang ditetapkan mereka (Maxis, DiGi, Celcom).

Sebab II: Kamu berada di kawasa yang tidak mempunyai capaian kelajuan tinggi (high speed a.k.a HSDPA). Kemungkinan besar capaian maksimum kamu hanya 3G ataupun GPRS.

Sebab III: Terdapat penyelenggaraan (naik taraf biasanya) dalam kawasan capaian kamu.

Sebab IV: Keadaan gempa bumi yang berlaku menyebabkan kabel talian bawah tanah tercabut/terputus di Vietnam atau kawasan yang sewaktu dengannya.

Sebab V: Sudah tentunya bil kamu tertunggak ataupun had tunggakan telah capai.


2.Bagaimana mahu install maxis broadband dalam ubuntu?

Sebenarnya kamu boleh dapati penyelesaiannya dalam forum ubuntu (bukan forum ubuntu Malaysia - aku dah pernah cuba) tapi aku rela membantu.

i. Mula-mula sekali, kamu harus menyahaktifkan kata laluan (disable pin code) capaian mobile connect kamu di windows terlebih dahulu.
ii. Jika sudah install OS ubuntu dalam komputer/laptop kamu, tekan right click pada paparan wireless (ada terdapat pada hujung kanan atas sekali - mungkin gambarnya berbentuk pencawang/gelombang) dan klik 'edit connection'.

iii. Setelah itu, satu windows akan dibuka dan klik pada tab 'mobile broadband'. Klik pada 'Add'. Kamu akan melihat satu lagi windows yang bertajuk 'WELCOME'. Pilih Malaysia (country) dan pilih provider yang kamu pakai (DiGI/Maxis/Celcom). Jika untuk pengguna maxis, silah pilih "Maxis 3G Contract" dan klik 'foward'. Kamu akan diberi pilihan untuk menukar nama sesuka hati kamu setelah butang 'foward' ditekan. Klik 'Apply'.

iv. Klik 'edit connection' semula seperti sebelum ini ataupun klik System--->Preferences--->Network Connections. Pergi pada tab yang sama ('mobile broadband') dan pilih yang 'Maxis 3G Contract' (ikut nama yang letak). Klik 'edit'.

v. Kamu akan perasan banyak kotak yang kosong untuk diisi. Jangan risau. Kamu hanya perlu cari APN dan ubah unet kepada maxisbb dan klik 'apply'. *peringatan : jika kamu salah menulis atau membuat perubahan yang lain pada bahagian ini, kamu tidak akan dapat connect sampai bila-bila. Jadi, hati-hati.

vi.Kklik pada gambar network connection (pencawang/gelombang) dan pilih Maxis 3G Contract (ikut nama yang kamu letak). Tunggu sehingga talian disambung. Kemudian, selamat melayari internet!

------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan, hantar sahaja komen pada post ini. Sekian.



p/s: Aku saja tukar warna halaman sebab aku sendiri tak nampak bila aku boldkan tulisan.


Khamis, 1 Oktober 2009

Farmville

Oh, aku lupa bagitahu. Aku da berhenti main Farmville. Jadi takyah la susah-susah hantar gift ya.