Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2011

Mengenali Mereka

Kenal Rafie, aku mengenali shisha.
Kenal Karem, au mengenali jamming.
Kenal Mirrul, aku mengenali Coldplay.
Kenal Auf Ali, aku mengenali hipster.
Kenal Bule, aku mengenali SUKSIS.
Kenal Nik Ashri, aku mengenali Oasis.
Kenal Eswandy, aku mengenali Kamen Rider.
Kenal Azhar, aku mengenal anime dan J-drama.
Kenal Asang, aku mengenal As I Lay Dying.

Mengenal mereka, aku mengenali lebih ramai manusia.
Mengenal mereka, aku banyak belajar.

Kenal manusia, kau belajar. Kenal syaitan, kau jahanam.

Belajarlah dari manusia walaupun ianya tidak banyak. Membaca itu perlu. Berguru itu wajib.

Khamis, 18 Februari 2010

The Maiden Heist 2009

Never crossed my mind that Morgan Freeman would actually involved in comedy film. Hell yeah that´s a shock. For those who are following this guy, you will notice he´s never been selected to act in comedy film but always into a heavier plot such as Shawshank Redemption, Thick As Thieves, etc. (Evan Almighty - He´s not the one that we laughed!)



Enough for that man, another is happened. Christopher Walken, yet another old dogs in this movie and he´s not such a comedian. Always involved in Quentin Tarantino´s projects, he has been always super serious in acting. Not to mention he´s having a ´talented´ bad guy. I´m once mistaken he is the real Quentin Tarantino.



For some reason, i say 8 out of 10. You would never see a heist conducted by bunch of old hags in other movies. This is it buddy. Show yourself a true fan of a con/comedy film. Oh, i forget to mention another actor. William H. Macy, you´ve already heard of him before. He can be found in Wild Hogs. So, no further comment. Ladies and gentlemen, let´s have a big round of applause for Peter Hewitt.



p/s: For Kill Bill fan, watch out the 3rd volume in 2014.

Rabu, 3 Februari 2010

Siapa Sangka

Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku bahawa Frank Sinatra merupakan seorang pelakon selain penyanyi. Yang lebih memeranjatkan, cerita Ocean´s Eleven (2001) merupakan filem buatan semula (remake) dari filem Ocean´s Eleven (1960). Danny Ocean yang dilakonkan semula oleh George Clooney sebenarnya disandang oleh Frank Sinatra! Wow! Hebat betul mamat ni. Tak sangka beliau berbakat besar dalam bidang seni. Sudahlah pandai menyanyi, pandai berlakon pula. Mungkin jalan cerita sama kot. Entahlah. Aku baca dalam wikipedia, dia orang cakap tahun 1960 ceritanya berkisar tentang rancangan rompakan 5 kasino yang berbeza manakala pada tahun 2001 pula hanya 1 kasino yang terlibat. Mungkin mereka masih mengekalkan kasino sebagai mercu tanda (trademark) filem sebelumnya.



Sekual filem Ocean´s Eleven hanya muncul selepas keberkesanan menarik para penonton pada tahun 2001 sahaja. Kemunculan Ocean´s Twelve dan Ocean´s Thirteen bukanlah satu filem remake. Steven Soderbergh melihat impak Ocean´s Eleven merupakan satu penanda aras untuk memaparkan aksi sekual dalam bentuk filem. Jadi, kedua-dua filem sekuel ini tidak ada langsung dengan filem 1960-an tersebut. Siapa sangka filem ber-genre penipuan dan pencurian (heist & con-film) mampu menarik ramai penonton.

Rabu, 20 Januari 2010

Kid A

From what i heard, i´m giving thumbs up. My sources, Rolling Stone and some friends giving a high expectation on this album. Yes it´s truly what they´ve said. No wonder Radiohead nominated as the best album for Kid A. Try getting into the music, not the lyrics. Stereotypical Radiohead for the lyrics.

Ahad, 10 Januari 2010

Satu Persoalan

Kamu menyokong ataupun tidak tentang penggunaan isu nama Allah, bukan satu masalah bagi aku. Yang menjadi terlalu ketara untuk ini adalah perdebatan antara yang pro dan yang membangkang. Soalnya, perdebatan antara orang jahil tidak akan ada kesudahan. Sila kemukakan hujah kamu melalui nas-nas Al-Quran dan Hadith. Kalau pakai ikut logik semata-mata, akhirnya kedua-dua pihak akan beremosi. Sudahnya timbul perpecahan. Mana lagi penting? Kesepaduan antara Ummah atau isu ini? Aku rasa Islam itu cukup sempurna. Jadi, serahkan sahaja pada ahlinya (pakar) kerana mereka lebih mengetahui.

Jumaat, 8 Januari 2010

Quote Of The Day

Dipetik dari kata-kata seorang ahli panel Al-Kuliyyah pada isu bulan Oktober tahun lepas,



¨Bahan bacaan seperti buku dan internet merupakan sumber maklumat. Jika mahu mahu menuntut ilmu, maka bergurulah. Lebih-lebih lagi dalam ilmu agama.¨





p/s: Maaf. Aku terlupa nama ustaz tersebut.

Isnin, 28 Disember 2009

Genting

Mood: Cuti-Cuti Malaysia

Satu percutian yang agak.........biasa. Lagipun, bukannya trip berjalan-jalan sesama rakan-rakan, cuma hari keluarga Institut Biosains UPM sahaja.



Aku bagi beberapa sebab kenapa trip ini ¨biasa¨ sahaja:

1) Hari keluarga. Seperti biasa, tiada aktiviti yang menarik untuk golongan pertengahan.
2) Mungkin ada aktiviti untuk golongan belia seperti karaoke tapi terhad kepada staf sahaja. Aku seperti biasa menjadi penonton tegar.
3) Pertama kali dalam sejarah aku ikut hari keluarga 2 hari 1 malam. Agak padat dengan aktiviti yang menyebabkan keadaan menjadi sedikit kelam kabut.
4) Tak sampai kawasan taman tema pun. Perjalanan lagi 10km ke puncak jauhnya. Aku menjangkakan di 1st World Plaza, rupanya di Genting View Resort sahaja.
5) Harapan yang diletakkan terlalu tinggi.
6) Sejak darjah 5 sehingga kini, aku belum pernah tercalon untuk mengambil hadiah cabutan bertuah. Aku tak bertuah sangat lah.



Walau apapun, aku ucapkan tahniah kepada ajk yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih daripada aku untuk kamu semua.


p/s: Mungkin lain kali bersama rakan pula. Kita naik sampai hujung pokok yang paling tinggi kat puncak tu ya! Aku taknak jadi harapan lagi.

Jumaat, 25 Disember 2009

Duplicity

Sudah lama aku tidak menonton semula (review) sesebuah filem. Kali ini, aku teringin benar mahu berkongsi pengalaman aku menonton filem ini. Walaupun plot cerita agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang, aku tidak menganggap itu sebagai salah satu sebab mengapa filem ini patut dikategorikan sebagai filem SAMPAH. Gaya penceritaan yang berbentuk ala James Bond membuatkan aku lebih tertarik dengan konsep yang cuba diketengahkan.



Cerita yang menggambarkan 2 orang penyiasat sebuah agensi, nampaknya membuatkan hati aku mula tertarik. Isu-isu dan gaya-gaya seperti James Bond (gajet-gajet mahal) tidak pula ditonjolkan. Aku tertarik dengan plot cerita ini disebabkan oleh kebijaksanaan Tony Gilroy mengeksploitasi watak seorang penyiasat yang selalunya menjadi anjing suruhan agensi mereka kepada pelbagai variasi. Beliau telah membuka mata aku bahawa seorang manusia tidak lepas dari menjadi hamba hawa nafsu dan mempergunakan kebodohan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Malangnya, plot cerita semakin kompleks membuatkan cerita bertambah menarik dan tidak terhad kepada penceritaan semula kisah-kisah cinta antara penyiasat malah membuka mata para penonton agar lebih memahami situasi yang berlaku. Lagu tema juga banyak yang best.



Kesimpulannya, cerita ini menonjolkan kisah mengambil kesempatan ke atas orang yang mengambil kesempatan. Memang menarik. Silalah menonton ya.



p/s: Ada juga cerita melayu sebegini rupa. Setem pun lebih kurang sama plotnya cuma tidaklah seradikal filem ini. Aku andaikan filem ini adalah Guru kepada anak muridnya, Setem.

Jumaat, 13 November 2009

Perhatian

Wahai pengguna enjin portal google sekalian, kamu telah masuk dalam halaman yang betul cuma topik sahaja yang tidak betul. Deskripsi oleh google memang tak salah, cuma kamu malas mencari entri yang penat aku tulis panjang-panjang. Ini penyelesaian untuk bagi mereka yang mahu install maxis broadband dalam ubuntu kamu------>klik sini!



p/s: Aku sudah update kepada versi 9.10. Grafik memang yang terbaik, tapi malangnya, banyak masalah kepada sambungan internet dan pengubahsuaian pembesar suara (volume). Sedikit kelecehan dan memerlukan RAM yang agak tinggi. Bak kata orang, macam Windows Vista la.

Khamis, 8 Oktober 2009

Trivia Semasa

Sepanjang blog aku dibuka, aku perhatikan semuanya yang bertandang ke blog ni ada satu perkaitan. Soalan-soalan lazim biasa diajukan kepada enjin pencarian google. Oleh itu, untuk memudahkan pembaca mendapatkan informasi yang kamu mahukan, aku boleh menjawab sedikit berdasarkan apa yang aku tahu sahaja. Yang lain-lain itu, aku kurang tahu.


1. Mengapa broadband lembab?

Aku boleh bagi kamu beberapa sebab:

Sebab I: Kamu sudah mencapai had data bulanan yang ditetapkan mereka (Maxis, DiGi, Celcom).

Sebab II: Kamu berada di kawasa yang tidak mempunyai capaian kelajuan tinggi (high speed a.k.a HSDPA). Kemungkinan besar capaian maksimum kamu hanya 3G ataupun GPRS.

Sebab III: Terdapat penyelenggaraan (naik taraf biasanya) dalam kawasan capaian kamu.

Sebab IV: Keadaan gempa bumi yang berlaku menyebabkan kabel talian bawah tanah tercabut/terputus di Vietnam atau kawasan yang sewaktu dengannya.

Sebab V: Sudah tentunya bil kamu tertunggak ataupun had tunggakan telah capai.


2.Bagaimana mahu install maxis broadband dalam ubuntu?

Sebenarnya kamu boleh dapati penyelesaiannya dalam forum ubuntu (bukan forum ubuntu Malaysia - aku dah pernah cuba) tapi aku rela membantu.

i. Mula-mula sekali, kamu harus menyahaktifkan kata laluan (disable pin code) capaian mobile connect kamu di windows terlebih dahulu.
ii. Jika sudah install OS ubuntu dalam komputer/laptop kamu, tekan right click pada paparan wireless (ada terdapat pada hujung kanan atas sekali - mungkin gambarnya berbentuk pencawang/gelombang) dan klik 'edit connection'.

iii. Setelah itu, satu windows akan dibuka dan klik pada tab 'mobile broadband'. Klik pada 'Add'. Kamu akan melihat satu lagi windows yang bertajuk 'WELCOME'. Pilih Malaysia (country) dan pilih provider yang kamu pakai (DiGI/Maxis/Celcom). Jika untuk pengguna maxis, silah pilih "Maxis 3G Contract" dan klik 'foward'. Kamu akan diberi pilihan untuk menukar nama sesuka hati kamu setelah butang 'foward' ditekan. Klik 'Apply'.

iv. Klik 'edit connection' semula seperti sebelum ini ataupun klik System--->Preferences--->Network Connections. Pergi pada tab yang sama ('mobile broadband') dan pilih yang 'Maxis 3G Contract' (ikut nama yang letak). Klik 'edit'.

v. Kamu akan perasan banyak kotak yang kosong untuk diisi. Jangan risau. Kamu hanya perlu cari APN dan ubah unet kepada maxisbb dan klik 'apply'. *peringatan : jika kamu salah menulis atau membuat perubahan yang lain pada bahagian ini, kamu tidak akan dapat connect sampai bila-bila. Jadi, hati-hati.

vi.Kklik pada gambar network connection (pencawang/gelombang) dan pilih Maxis 3G Contract (ikut nama yang kamu letak). Tunggu sehingga talian disambung. Kemudian, selamat melayari internet!

------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan, hantar sahaja komen pada post ini. Sekian.



p/s: Aku saja tukar warna halaman sebab aku sendiri tak nampak bila aku boldkan tulisan.


Rabu, 30 September 2009

The Good Shepherd

Aku baru tengok cerita ini. Jadi, sedikit pendapat dan tontonan semula (review) untuk mengemaskini blog. Bermula dengan tak tentu hala, aku mula sesat(lost) pada minit ke 20. Apa yang cuba digambarkan masih menjadi tanda tanya adakah ia berkisar tentang budaya Amerika ataupun berkisar tentang dirinya melalui liku-liku hidup? Setelah 1 jam aku menghadap laptop, akhirnya aku mengambil keputusan untuk sambung semula menonton cerita ini pada keesokan harinya. Akhirnya berkesudahan dengan aku terpaksa menghabiskan 3 hari untuk menghayati cerita ini.


Robert De Niro yang mula menapak industri perfileman menjadi seorang pelakon kool sepanjang zaman (The Godfather Part II) mula memberanikan diri untuk menjadi seorang pengarah cerita yang berkisarkan kisah tampuk permulaan CIA (Central Intelligence Agency) yang diberi pengkhususan terhadap perkembangan plot pada salah seorang ahlinya yang begitu patriotik sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja untuk Amerika dan orang yang tercinta. Berdasarkan pengamatan aku, lelaki ini (Matt Damon) begitu solicitous sehinggakan susunan buku yang telah berubah beliau dapat kesan. Dahsyat. Memang teliti orangnya. Mungkin gaya ke'kool'an Robert De Niro telah diadaptasi dalam filem ini membuatkan sedikit sebanyak filem ini terkesan dengan plot cerita ala-ala Shawshank Redemption. Setiap detik yang kamu tonton pasti akan memberi kesan mendalam. Apa-apa pun, silalah menonton.

Rabu, 11 Mac 2009

Orang Nak Jadi...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ

Surah An Nisa :59

Maaf. Sila biasakan diri dengan google untuk mencari terjemahan dan tafsiran ini. Mungkin aku kurang pandai untuk menulis untuk membahaskan tafsiran ayat ini. Terjemahan bolehlah (tafsiran dan terjemahan adalah berlainan maksud).

Setelah kamu berjaya mencari tafsiran ayat ini, sila hubung-kaitkan dengan segala fatwa yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Jangan menunding kesalahan mereka menjatuhkan hukuman secara membabi buta. Harap maklum.

p/s: Tafsiran Hamka amat sesuai kerana ia disampaikan dengan penggunaan bahasa yang mudah dan senang difahami. Opsyen yang lain juga diterima seperti tafsiran Al Kutb.