Jumaat, 9 April 2010

Ada Can Tak? Part 2


إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

Maksudnya: ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. (Yusuf:4)


Orang cakap, ini macam minyak pengasih. Kalau agak-agak dah sangap sangat nak berbini, amalkanlah. Kepala otak dia! Punyalah banyak ayat lain yang kau pergi baca ayat ni saja siapa suruh? Ada beribu lagi ayat lain. Padanlah tak khatam-khatam sampai sekarang.


****
Hari itu aku ada download cerita Spontan dengan Fikirlah Sendiri Nabil edisi Raya 2009. Pergh gua cakap sama lu. Bukan nak sembang pasal cerita tu tapi pasal penonton dia. Ada seorang minah boleh tahan jugak dalam studio tu. Lain studio, lainlah orangnya. Kiranya aku ada 2 calon la gamaknya. Memang ngam-ngam masuk line taste aku. Part rambut saja tak masuk sangat. Takpa, itu boleh kawtim lagi.



(Yang ini akak ke adik, aku tak tahu. Tapi memang comel sampai aku termimpi-mimpi dekat dia. Gua tak tahan dah beb. Mana mak bapak dia? Gua dah gigil nak kasi gegar dia punya rumah dengan rombongan bawak 7 dulang kosong. Rilek la brader, gua mana ada sen sangat. Nanti dah kahwin gua bayarlah balik hutang-hutang dulang tu).



(Ini adalah seorang makcik. Yang muka tersorok pakai baju kurung gelap depan dia tu anak dia lah. Penyayang orangnya. Kameraman pun boleh tahan gatal jugak. Sikit-sikit makcik ni masuk tv. Kepada makcik yang disebut, sila minta fasakh kepada suami anda kerana saya mahu masuk meminang. Pandai-pandailah kelentong sana sini contoh macam suami tak pandai memasak ke, tak reti jaga anak ke. Mintak tolong ya).

Tiada ulasan: