Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

Khamis, 20 Januari 2011

Topik Asing Seketika

Aku masih dalam draf pasal leverage tu. Ada banyak sangat.

Kita borak santai dulu ya.

****

Dalam entri mamat ni ada cerita pasal mazhab. Itu pandangan dia. Aku ambil positif. Dia boleh olah dalam bentu pemikiran dia sendiri. Bagus.

Yang ini aku suka. Minah ni pandai hurai. Dengan mengambil pendekatan secara perbandingan, orang (pembaca) akan lebih mudah memahami konteks.


Setidaknya, Rasul Allah itu menyampaikan dalam bentuk satu persatu. Tidaklah Islam itu hadir dalam sekelepuk. Mulanya dibincangkan tentang soal tauhid, akidah dan akhirnya kepada amalan-amalan ibadah.


Secara tafsiran logik dan realitinya, Nabi Muhammad menggunakan pendekatan lembut (memudahkan) dalam urusan menyampaikan dakwah. Bukan semua orang boleh menerima secara total. Nak tarik orang memang susah. Lagi-lagi bab akidah dan kepercayaan. Kena main slow-slow la.


Aku respek kepada kumpulan Tabligh yang ada. Cuma aku tak berapa setuju dengan pendekatan yang dibawa oleh mereka. Konteks Islam yang cuba dibawa memang betul, cuma kurang bersesuaian dengan zaman. Orang zaman sekarang memang takut dengan agama. Ini realiti. Kalau tak percaya, cuba test. Mesti orang lari. Tengok masjid/surau waktu sembahyang Maghrib sudahlah. Tak sampai 2 saf penuh pun. Tabligh terlalu menekankan konsep dakwahnya kepada ukhrawi semata-mata. Sekarang ni, orang ambil sambil lewa pasal agama. "Ala, janji aku dapat masuk syurga dah la," itu yang biasa aku dengar. Memang sah orang ambil ringan pasal agama.


Jadi, kepada sesiapa yang ada platform untuk berdakwah, contohnya blog ataupun facebook, silalah ambil pendekatan yang lebih ringan. Jangan jadi pencetus fitnah kepada agama. Tak salah bukan? Yang penting istiqamah, bukan kuantiti penyampaian.

Isnin, 13 Disember 2010

Betul-Betul Ketandusan Idea

Hanya Amirrul sahaja yang mengetahui lebih dari kamu semua. Nak tahu banyak-banyak pasal aku, tanya dia.


****

Aku semacam ada topik mahu diceritakan. Rasa bosan pulak bila hanya topik pasal kerajaan sahaja yang dibangkitkan. Aku nak juga kadang-kadang pihak yang lain dibangkitkan isunya.


Kali ini kita cerita pasal pihak berkuasa pulak ya. Dengan menggunakan kuasa minda yang jumud, kita tafsirkan pihak berkuasa sebagai Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Situasinya begini;


Pernah tak kau orang nampak polis buat road block? Tentu banyak kali bukan? Lagi-lagi waktu malam. Kebiasaannya mereka akan membuat spot-check macam dalam asrama, cuma mereka lebih mengkhususkan pada kenderaan, pemandu, gaya pemanduan dan tatatertib semasa berada di atas jalanraya. Aku rasa tak perlulah cerita panjang lebar apa yang diorang selalu buat sewaktu road block tersebut. Masing-masing dah boleh bawak kereta, kan? Alah, comolot pasal KLCC depan khalayak ramai pun boleh buat, takkan tak pernah bawak kereta kot?


Masalahnya, aku tak nak cerita pasal polis. Aku nak cerita pasal orang yang ada pengalaman memandu semasa ada road block. Kesnya begini. Lepas kau orang 'terlepas' dari road block, mesti kau ada cakap  lebih kurang macam ni, "polis tu mesti nak cari makan," dengan kawan ke, makwe ke, penumpang ke, atau siapa-siapa sajalah yang kau orang boleh terfikir.


Dalam konteks macam ni, banyak tafsiran aku boleh rungkaikan satu persatu. Aku ambil yang majoriti sahaja untuk dibincangkan. Selalunya, ayat "cari makan" merujuk kepada duit poket/duit tepi/duit kopi. Dalam erti kata lain, makan rasuah.


Aku tak nafikan dulu aku pun berpandangan begitu. Selalu sangat buat bahan cerita sembang kosong di kedai mamak. Lagi-lagi bila gaya penceritaan itu macam Bule. Memang siap dengan penutup sekali. Isyarat tangan, meja tunggang terbalik memang lumrah. Kalah debat parlimen. Selalunya pengakhiran ayat berbunyi begini, "padanlah perut polis buncit-buncit." Yang lain-lain pendengar mengiyakan saja. Tak ada yang nak bangkang pun. Sembang kosong lah katakan.


Orang Melayu kita memang skeptikal. Orang Melayu kebanyakannya memang membenci polis. Asal polis yang buat road block, mesti kait dengan "cari makan." Ada satu ketika, aku pernah ditegur oleh seorang wanita. Sebenarnya hal ini banyak kali pernah diberitahu oleh wanita tersebut yang pernah ada kaitan dengan aku dulu. Kalau aku cakap macam tu, dia mesti cakap, "tak baiklah cakap macam tu. Itu dah memang tugas dan tanggungjawab dia orang."


Mungkin pada waktu tu aku terlalu malas untuk berfikir panjang. Sekarang baru aku dapat hidayah. Kalau nak diikutkan, memang tanggungjawab dia orang buat semua benda tu. Yang cari duit tepi tu memang tak reti bahasa walaupun macam-macam seruan dah disampaikan. Persoalannya sekarang, adakah kita menilai sekelompok golongan melalui satu perbuatan buruk sebilangan kecil dalam golongan tersebut? Perkara ini boleh membawa kepada persoalan bangsa Yahudi.


Aku dah malas tulis. Kalau aku tulis panjang-panjang, implikasi buruknya:

1. Orang malas baca.

2. Aku tak ada idea untuk entri akan datang. 

3. Bila dah malas tulis, aku malas bukak dashboard blog. Nanti aku tak tahu apa blog lain yang aku follow tu update.

4. Aku tulis menatang ni dalam notepad tengah pagi. Mata dah berat tapi hawa nafsu cakap, "ko rilek sat. Layan rokok sebatang dua dulu sambil tengok The Big Bang Theory."

5. Iya, internet aku dah kena block. Lama sangat tak bayar. Ini pun ngada-ngada pergi online dekat mamak.

6. Kalau Ketua Polis Negara baca ni tak habis, agak-agak aku kena saman tak? Takut ni. Nanti tak boleh renew road tax lagi.

Ahad, 5 Disember 2010

Agak Lama Juga Untuk Menulis Semula

Aku tak sibuk. Tiada idea nak menulis. Lagipun internet sudah hampir sampai ke penghujung hayat. Malas dan poket tidak berisi antara faktor utama.


Aku tetap tiada idea tentang apa yang berlaku. Desas desus ada cakap pasal kenaikan harga rokok. Lagi? Kenapa Bajet 2011 hanya bertahan 4 bulan? Kalau cerita pasal minyak dan gula, mereka dah bagitahu awal-awal. Memansuhkan subsidi ada beberapa peringkat dan ianya telah masuk ke fasa ke-2. Aku dengar-dengar ada 4 fasa. Jadi ada 2 kali lagi harga minyak dan gula akan naik. Harga rokok ikut sama naik tak?


Sudahlah. Ini semua norma ekonomi kapitalis. Aku tak mampu ubah apa-apa seorang diri. Aku nak ubah dunia. Kalau ada yang nak ikut, dipersilakan. Aku mengharapkan ihsan pertolongan orang lain untuk mencapai cita-cita aku. Mungkin ini satu turning point bak kata orang putih.


Kepada mereka di luar sana, aku ada harapan baru. Cuma kali ini aku yakin 100% ia akan termakbul.

Sabtu, 20 November 2010

Karem Tak Sehensem Tulisan Dalam Blognya

Kadang-kadang hidup ini memang takda hala tuju sangat pun kalau nak diikutkan dari norma fikiran logik. Lagi-lagi kau jenis tak percaya dengan benda-benda metafizik seperti bab ketuhanan. Disebabkan dah ramai yang selalu bukak blog aku sampai aku sendiri pun tak kenal siapa lagi dah, aku terpaksa hidden benda-benda yang super serius. Ceh! Orang yang takda taman dalam hati macam ni lah. Terlalu happy sampai mengarut-ngarut. Nak masuk line aku? Hantar emel ya. Bagi komen pun boleh.


Aku baru lepas jawab exam faveret aku. Mengharapkan aku boleh buat macam waktu SPM, sangkaan aku dah tepat, cuma tak kena pada tempatnya. Dengan kata mudah, soalan itu zalim. Ada ke patut dia masuk soalan yang aku dah expect nak keluar tapi aku tak study? Takpa, duniawi semua itu. Aku dah cakap dulu kan?


Aku rasa tak perlu aku huraikan satu per satu macam mana aku jawab, macam mana aku boleh kantoi kasi tiru jawapan, macam mana aku shade OMR tu dan macam mana aku pegang pen. Duniawi semua itu. Bagi aku, cukuplah sekadar dapat melepaskan kerinduan terhadap Nur Hafizah binti Abu Hanifah. Peh! Tip top wa cakap sama lu. Pakai pulak baju warna pink. Memang molotup-lotup mato eh. Harus diingatkan bahawa dia hanyalah watak picisan dalam hidup aku. Mungkin bila sampai masa keberanian datang dalam jiwa aku, wataknya boleh bertukar jadi watak utama. Gua stalker beb!


Berbalik pada watak picisan tadi, mungkin dia banyak memutuskan neuron-neuron DHA otak aku. Tak boleh layan sangat dah nombor-nombor ni. Sikit-sikit mata ni nak beralih saja ke si baju pink. Kenapalah aku pemalu sangat ni? Kalaulah aku berhati kering, mungkin dah lama aku dapat. Atau tidak. Aku ni pun bukan pilihan utama sang wanita. Warna kulit tu pun ada iras-iras Johnny Depp sikit. Yang lain tu ada iras-iras Aaron Aziz.


Mungkin tadi adalah perpisahan kita wahai si baju pink. Lepas ni, makin susah untuk dipertemukan semula. Lainlah kalau kau repeat. Ha ha ha. Cilaka. Takda adab sungguh menjadi stalker. Ai lebiu lah baju pink! Oh oh, lecturer pun nampak boleh tahan juga. Tapi disebabkan kau meng'kantoi'kan aku tadi, selera aku dah hilang. Maaf ya puan.


Jumaat, 12 November 2010

Gee Wheez Sudah Lama Tak Menulis

Haha. Mesti traffic aku mencanak-canak punya naik sebab tajuk ni. Tak caya? Tanya tuan empunya tajuk. Pinjam title untuk satu entri ya. Jangan marah kak, nanti kena jual.


Aku sibuk sekarang. Menghadapi waktu-waktu sulit untuk menjawab persoalan duniawi. Yang buat soalan pun untuk duniawi juga. Ukhrawi masih lagi dipinggirkan. Cuma Karem sahaja berperanan menonjolkan diri dalam zaman cyber begini. Untuk kes dia, aku berterima kasih. Ada tanda-tanda Imam Mahadi kot.







Awal bulan ini, aku baru nak lepak-lepak dengan budak/brader skuter mask rider. Seperti biasa, semuanya ada sponsor. Kalau tak, jangan harap aku nak join. Kami berkonvoi ke Melaka. Satu perasaan menyeronokkan kerana pertama kali aku dapat bawak motor kategori super untuk perjalanan yang agak jauh. Walaupun tak jauh, agak memenatkan juga kerana susah bagi seseorang yang bawak motor standard nak kejar motor dah bikin. Dalam masa 2 minit sudah kena cicir 3 tiang. Cilaka betul. 


Besok mahu ke Teluk Intan pula. Masih dalam sponsorship. Apa yang ada dekat Teluk Intan, aku tak tahu. Jalan-jalan cari ilmu santau mungkin. 


Harap-haraplah aku dapat lesen bawak motor tu pergi Penang. Best sikit jadi solo rider. Oh terlupa, peperiksaan tak habis lagi rupanya. Lantaklah. Duniawi semua itu.

Rabu, 3 November 2010

Power Definition and More from ApanWiki

Pronounce: \ˈpa(-ə)r\


1. Able to crush hours/days/weeks/months people's effort within 5 minutes.

2. Able to make or change rules towards powerless.


3. Making changes towards certain policies. Sometimes, powerless will criticize but the decisions remain unchanged. 


4. Doing everything to maximize powerless' work while they were sitting on the couch and eating popcorn watching them.


5. Master of the slaves. Slaves = Powerless people.


6. Force the powerless to respect them rather than they respect others. 


7. Doing wrong things and the powerless defend them by saying they are doing the right things.


8. The powerless have nothing to against them. As per say, the powerless still clinging to them if they've been busted doing the wrong things.


9. Have good communication skills.


10. Have the ability to take for granted towards the powerless. Depend which sides are they on. I mean, good or bad. 

11. Mostly, they are politicians with plenty of money.

Selasa, 2 November 2010

Iya, Semua Orang Tak Kenal Kau

Iya, semua orang dah buat laman peminat dekat facebook.

Iya, aku tak akan tekan like kecuali aku sendiri yang cari.

Iya, aku tahu politik tak akan habis ceritanya.

Iya, aku tahu aku kena siap sedia dengan peperiksaan akhir semester.

Iya, aku tak dapat cari lubang jersi Russia.

Iya, kad makan aku belum siap.

Iya, aku makin sedar. Makin besar, makin banyak kau fikir.

Iya, aku dah bosan duduk rumah.

Iya, aku tak banyak duit nak berlibur.

Iya, aku tak dapat sentuh gitar ala Eric Clapton lagi.



Iya, aku suka lagu tema Universal Studios dalam Scott Pilgrim.


Iya, aku tak ada idea.

Isnin, 1 November 2010

Mari Berbomoh-Bomohan

2009. Kita kecoh pasal PETRONAS.

2010. Kita kecoh pasal PNB.

2011. Kita nak kecoh pasal siapa pulak? Aku bajet CIMB naik. Ada siapa-siapa nak bet dengan aku? Tengah takda sen ni. Cari rezeki haram buat modal beli gitar pun sedap jugak.


Cerita lain: Kebanyakan peminat Manchester United sudah berpaling arah ke Chelsea. Hangpa fan Man U saja yang taktau. Dalam hati mesti ada perasaan nak tukar kelab. Biasalah, Manchester.

Isnin, 25 Oktober 2010

Kehebatan Seorang Yang Bernama Kanak-Kanak

Anak buah aku no. 1. Orang cakap dia macam Mia dalam Adamaya. Kool gila jadi pakcik budak tu.


Memang tak dinafikan seorang kanak-kanak sangatlah nakal. Siapa yang tak bengang budak-budak ni tak pernah kena pukul atupun dibelasah sehingga separuh nyawa walaupun dia terlalu nakal.Paling teruk pun kena cubit atau kena lempang.


Tapi bagi seorang ibu bapa, karenah anak-anak jauh lebih memeningkan daripada masalah duniawi. Lampinlah, makananlah, mainanlah, masa depan anak-anaklah, pelajaran merekalah, dan macam-macam lagilah. Semua tu tak pernah dibuat atas nama diri sendiri. Semuanya untuk kanak-kanak ini.


Banyak mana pun karenah mereka, aku pernah dengar abang aku cakap, "kalau aku nak hilangkan pening kepala pikir masalah, aku suka tengok anak-anak aku tidur. Mesti masalah hilang." Ajaib bukan? Aku antara percaya dan tidak kerana tiada satu fakta logik yang menyokong. Tapi lepas aku test, sumpah diorang boleh hilangkan kau orang punya masalah. Menyampah mana pun wajah diorang dari mata kau orang, mesti kau akan rasa comel bila tengok diorang tidur.  Tak ada pun perasaan nak kejut budak-budak tu bangun walaupun hari dah masuk maghrib. Kau pun boleh tengok diorang tidur berjam-jam.


Ya aku tau aku takda anak. Tapi tak bermakna aku tak nak anak. Sabarlah ya rakan-rakan sekalian. (Ceh. Ayat nak cari jodoh).


****
"Woi! Bangunlah. Dah pukul 2 dah ni."

Kenapa remaja, belia dan dewasa tak boleh tidur lama-lama macam kanak-kanak? Tak comelkah kita waktu tidur? Dulu aku comel apa.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Berita Kawan-Kawan

Bule rasanya sihat. Aku boleh pasti dia dalam keadaan bahagia dari sudut ekonomi. Kalau bab jiwa tu, entahlah. Lama juga tak dengar khabarnya.


Amirrul juga seperti biasa. Berlagak 'sejuk' berbanding kool. Tak ada apa yang aku tengok dikejarnya. Ceria sentiasa. Kehadiran dia akan membuatkan kau orang sakit hati. Ada saja point nak dibantai kepada beliau semula. Mungkin hari kegemilangan beliau agaknya. "Orang ceria selalunya tidak ada taman dalam hati."


Man begitulah. Nak kata apa lagi kalau dah memang kool. Dia mungkin hipster di bandaraya Kuala Lumpur. Noktah.


Karem dah hilang. Entah mana pergi. Alexia Aqram semua orang tak kenal dia, tapi dia kenal semua orang.


Nik Ashri merajuk dengan aku. Mesej aku tak pernah balas pun. Mungkin sibuk beradu asmara dalam kereta agaknya.


Eswandy sunyi sepi. Mungkin aku yang sunyi sepi terhadap dia. Aku harap kebahagiaan Liverpool itu sampai kepadanya.


Aku macam biasa. Cuma minggu ini ada banyak sedikit aktiviti luaran. Pelajar lah katakan. Mana boleh terlibat dalam perhimpunan Agung UMNO.Nanti kena AUKU.


Aku memohon maaf atas harapan lalu kepada Ucop. Pesanan aku, "tunggu harapan baru ya."


Sedangkan Amirrul yang rapat dengan Maikel pun susah nak jumpa, apatah lagi aku?


Asang bajet rokstar dah sekarang. Semua orang dia nak sisihkan. Dah pandai bagi harapan palsu kat orang aku dengar-dengar. Toksah la Asang, nanti merana diri. Awak tu dah tua.


Azhar tengah berduka dalam gembira kot. Aku doakan yang terbaik sahaja untuk keluarga kau.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Manifesto Semalam: Perkara 2

Budget 2011. Another bad decision for rakyat. Especially for smokers. Sigh.

Tak habis-habis lagi ke? Kau orang buat macam-macam, tapi still jugak perkara yang sama berlaku. Katalah ada kenaikan gaji kakitangan awam (maaf, aku taktau sebab aku skip part ni), dalam masa yang sama kau mengenakan cukai tinggi terhadap majoriti. Mungkin minoriti. Kami merangkumi paling tidak 50% populasi Malaysia. Sedarlah. Kau hanya memberi kepada 25% populasi Malaysia yang lain. Apa kejadahnya? Lagi 25% tu mana hilang? Takkan masuk poket masing-masing kot?


Dengan alasan pembangunan, pernahkah kau terfikir apa kesannya untuk rakyat? Selama ni, kami dihidangkan dengan pelbagai pembangunan sedangkan setiap pembangunan itu kami harus membayar jika mahu menggunakannya. Cukuplah dengan isu air. Kenapa harus menaikkan tarif air jika pembangunan itu untuk rakyat? Sudahnya semuanya masuk poket sendiri.


Kita ulas sikit gambaran tentang pandangan seorang rakyat andai perkara ini terus berlaku.

1. Makin ramai rakyat self-centered. Apa tidaknya, kalau rokok dah mahal, siapa yang nak kongsi? Lagi-lagi kepada orang yang memang kaki pow.

2. Makin ramai yang lahir sebagai materialistik. Kalau dah self-centered, semua orang fikir pasal poket sendiri. Jangan kata Palestin, jiran yang nazak kat rumah pun mesti tak ambik tahu. Nak mintak pertolongan pun dah makin susah.

3. Makin ramai yang minta sedekah. Ok, takrifan minta sedekah ini mungkin berbeza. Maksud aku bukanlah diorang akan merayau-rayau bawak tupperware isi duit dekat orang ramai. Maksud aku adalah orang yang mahu meminta pertolongan itu terpaksa merayu-rayu macam peminta sedekah. Hina sangatkah mereka sedangkan kita umat Islam hidup bersaudara? Patutkah seorang saudara kita sendiri melayan saudaranya yang lain seperti peminta sedekah yang hina? Tinggi sangatkah taraf mereka? Terus terang aku pernah berada dalam situasi begini.


4. Konsep Islam itu akan menjadi sebahagian sahaja dalam kehidupan. Percayalah, makin ramai yang mengelak dari hidup beragama. Apa yang penting, adalah mengejar kebendaan. Kalau takda duit, macam mana nak hidup. Betul tak? Sedangkan semua rezeki yang datang itu milik Yang Maha Esa. Jadi, agama hanyalah terhad pada soal ibadah dan tidak termasuk sosio-ekonomi.


5. Walau apa sekalipun, hubungan sesama manusia memang jauh menyimpang. Masing-masing akan mempertahankan hak masing-masing walaupun berada di pihak yang salah. Memang semakin sukar untuk jumpa orang yang sanggup mengaku kesalahan yang dibuat. Apatah lagi mintak maaf.


6. Semua badan kebajikan akan terlibat dengan bisnes. Sumpah. Benda ni dah banyak berlaku. Kalau dah semuanya nak duit, apa lagi cara terbaik? Buat bisneslah. Kalau betul kau nak menolong, kenapa mesti berniaga? Sedangkan soal menguruskan jenazah pun dah ada bisnesnya, apatah lagi perkara-perkara yang biasa?


Apa kau nak buat, ikut suka kau lah. Aku bersuara pun, aku bukannya ada kuasa. Silap-silap kena tangkap lagi.

Khamis, 14 Oktober 2010

Manifesto Untuk Si Pentadbir Makan Duit Dari Sumber Haram Tapi Taknak Pulangkan Balik

Ok. Aku cukup geram dengan kerajaan sekarang. Pung pang cerita lebat. Sembang buat orang bimbang. Ekonomi nak pulihlah, rangsangan dana berjayalah, apalah, itulah, inilah. Hei, sudahlah. Lagi-lagi dengan alasan menuju wawasan 2020. Pendapatan per-kapita isi rumah akan ditingkatkan kepada RM4,000. Ceh.


Kau cakap pasal benda-benda tak pasti tu apa pasal? Kenapa bagi gambaran yang tak sama langsung dengan realiti? Aku tengok sekarang ni, ramai sangat orang meniaga. Bila ditanya kenapa mereka meniaga, mereka cakap nak cari duit lebih. Kalau ekonomi pulih, kenapa makin bersepah-sepah orang meniaga sana sini?


Yang paling aku tak puas hati, bila kau orang cakap macam tu, tau-tau kau orang naikkan harga rokok atas alasan kos buat rokok dah meningkat. Abah lu! Purata kos membuat kotak rokok tak sampai pun dalam 10 sen. Purata kos rokok adalah dalam RM 5 sekotak. Kalau sebelum 10hb Oktober 2010, purata kadar keuntungan bagi setiap syarikat rokok adalah lebih kurang RM 3 bagi setiap kotak. Sekarang ni, ia telah meningkat kepada RM3.70 sekotak. Kalau satu hari penjualan kotak rokok ialah 2 juta, maknanya, RM 7.4 juta. Okay, kita tengok pula apa kerajaan dapat. 30% dari RM 7.4 juta = RM 2.22 juta. Sebelum 10hb, cukainya sehari jatuh;


30% x RM 6 juta (RM3 x 20juta) = RM 1.8 juta.

 Sehari weh! SEHARI!

Kita tengok kenaikan pendapatan kerajaan pulak;

(2.22juta - 1.8juta)/(1.8juta) x 100% = 42% (lebih kurang sebab aku pakai kalkulator hp)

Kadar kenaikan gaji bagi setiap penjawat awam adalah 25% (itu pun entah bila nak naik). Jadi, bakinya adalah 42% - 25% = 17%.


مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ

Maksudnya: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu....(Al Hasyr;7)

Ini baru rokok punya cukai. Itu belum kira pasal eksport, import, investment, penggunaan isi rumah. Dah tu mana hilang duit tu? Kata ekonomi tengah pulih. Kenapa nak naikkan pendapatan lagi? Yang dapat bukan kita orang.


*****
Bezanya harga rokok dulu dan sekarang, aku tak boleh lagi menabung. Kalau dulu, aku selalu simpan baki syiling. Kot kot ada kecemasan baru boleh pecah duit tabung. Sekarang dah tak boleh. Semua harga dah genap. Aku dah tak ada peti kecemasan lagi dah. Tut tut tut menyala lampu merah di dada ibarat otromen kehabisan sumber tenaga.


Isnin, 11 Oktober 2010

Mr Kappa Still Doesn't Know He Is Kappa

Makin lama makin laju. Makin lama makin singkat. Makin lama makin dekat.

****

Masa aku Tingkatan 1, aku belajar dekat sekolah agama. Memang tertib sahsiahnya. Sembahyang tak tinggal, solat Subuh setiap hari berjemaah, pergi ke kelas mencari ilmu Lillahi Taala. Semua itu anekdot-anekdot kebudayaan sekolah agama. Memang tak boleh lari sikit pun. Sedangkan orang yang merokok pun ditarbiyyah ibarat kes Ayah Pin, apatah lagi orang yang kantoi fly.


Tingkatan 4 aku sudah berpindah ke sekolah yang 100% bumiputra. Aku masih ditempatkan dalam kelas agama. Jadi, tidaklah berasa kekok bercampur dengan budak 'bukan agama' kerana mereka pun melayu. Ok, bukan semua Melayu, tapi semuanya orang Islam. Solat 5 waktu memang wajib dilakukan secara berjemaah. Masih lagi mengikut norma-norma kehidupan sekolah lama. Memang tiada culture shock langsung. Seronok betul hidup beragama. Niat terpasang dalam hati masih lagi Lillahi Taala.


*****
2010. 

"Macam mana doa qunut ek? Dah lupa la."

Ada insurans yang cover untuk dosa tak?

Jumaat, 8 Oktober 2010

Adakalanya Gua Macam Gangster Takda Bos

"Kalau kau ada duit juta-juta, apa kau nak buat?"


****



Aku ingat lagi satu ketika aku melihat kehidupan seorang bernama loaded dari sudut pandangan seorang si sengkek. Rasanya memang syurga itu betul-betul 1 cm dari kepala. Mereka minta sahaja apa yang mereka nak, memang macam dah tersurat dalam Luh Mahfuz mereka-mereka ini akan beronok-ronok dengan permintaan mereka tak lama dari tempoh permintaannya. Cilaka betul. Jeles pun banyak juga.


Kau orang takyah nak menipu diri sendiri la. "Eleh, mak bapak kaya, apa ada hal?" Itu semua ayat-ayat menyedapkan hati sendiri je. Pergi mampus. Aku kalau kaya memang dah lama ngidam sebijik kereta yang aku buat sendiri. Bukan bikin. Aku beli body kit, enjin, lampu, wiring lip lap lip lap macam hari raya, pasang ekzos yang bunyi lagi perlahan dari vios, kunci kereta ala-ala slide microsoft point punya laser pointer, tayar jenama aku-copkan-sendiri.


Lagipun, dah lama aku mengidam hidup dalam fantasi macam dalam Ironman. Rumah dia ada basement untuk private matter/hour(s). Aku memang teringin sangat nak buat satu studio muzik dekat bawah tu pastu banyak parking lot untuk mengelakkan jiran-jiran aku maki aku sebab parking kereta kat depan rumah diorang. Eh? Kalau dah macam tu, buat apa aku duduk rumah ada jiran-jiran ni? Apa kelass beb. Mahu-mahu mesti ada tanah yang boleh buat padang golf 36 lubang punya.


****
"Cilaka lu. Lu punya hutang snuker RM3.60 dengan gua pun belum bayar lagi. Lagi mau pikir ke pasal ada duit juta-juta? Ni sapa nak bayar sirap ni? Aku bukan ada sen pun."

Khamis, 23 September 2010

Sepetang Dua Bersama Si Dia

"Boleh ke sebelum hujung 2011?" Dia hantar mesej.


****
Satu hari, gua ada lepak sama sifu gua macam biasa. Macam-macam harapan gua dengar.


"When it comes to business, the hardest part is, you have to tackle your market even it is your own girlfriend. The utmost difficult task is to convince them to understand what you are really doing especially women. Most of them would like to date a well-known businessman and not someone who were still trying to climb up to that goal. 


Business is always about taking risks. No matter how bad you are, you will gain something in terms of experience in the future. When it comes to relationship, businessman always the last options unless you're succeed because they have to suffer like you do. It does mean, you'll have to burden yourself with a bigger risk other than your personal life which is involving others too. That's why we are the last options. It takes a lot of guts, sacrifices including money, time, etc. just to gain so called experience.


Trapped in other's lies is the norm of business. You'll get used to it someday. And time does vary."

****
"Entahlah. Tak cuba, tak tahu." Gua tekan send.


p/s: Gua rasa nak maki, marah dan pukul orang. Gua dah kena kencing sama itu minah. Menonggeng la gua lepas ni berbulan-bulan.

Isnin, 20 September 2010

Sepetang Dua Di Tempat Baru

Ramai orang bising suruh aku tulis. Lagi-lagi, "ha, tulis blog la. Itu, ini, blah blah blah." Terlalu banyak permintaan. Ambik hangpa semua sedikit ulasan ikhlas dan tersorok daripada si musafir perjalanan jauh yang disangka 2 jam setengah rupanya membawa kepada 4 jam setengah. 


1. Batu Pahat tidaklah terlalu asing bagi aku cuma ada sebahagian tempat yang masih aku belum tahu seperti "Pantai Ganu-Kita-Ada-Balai." Rupanya antibodi badan aku diracun secara total oleh doktrin-doktrin urban metropolitan sehinggakan aku tak dapat lagi into kawasan-kawasan begini. Maaf rakan-rakan. Lagi-lagi ajak aku tengok game Liverpool lepas aku telan ubat batuk setengah botol.

2. Rumah ibu-bapa si hantu daging juga seperti familiar. Seolah-olah macam rumah pakcik aku. Suasananya yang sebiji memang aku yakin kawasan itu adalah kawasan pakcik aku. Satu peringatan, aku kali terakhir ke Senggaram (betul ke eja wahai budak-budak Johor?) pada tingkatan 3. Faham-faham sajalah bila seorang pra matang masuk kereta. Mesti membuta punya sehingga sampai ke destinasi.


3. Nasi Baryani (ini cara eja kedai tu) Gam Shah aku juga pernah rasa satu ketika dulu. Zaman merempit bapakku mengembalikan memori sakit tulang belakang ketika membonceng motorsikalnya. Agak selalu juga dulu aku menjejakkan kaki kesana. Cuma aku didedahkan oleh pakcik Asre dengan Nasi Baryani Taman Soga yang menjadi bualan orang tempatan. Mungkin kalau aku pekena sedas dua, persepsi aku untuk kesuluruhan trip kali ini berubah. 


4. Setelah sekian lama, baru persoalan aku terjawab kenapa mak aku masak mee bandung ada kacang dalam kuah. Rupanya ini adalah menu istimewa orang selatan. Terlalu berbeza dengan versi orang utara. Kamu mahu kelainan pada mee bandung, silalah ke Batu Pahat. 


5. Secara keseluruhannya, aku tabik pada semangat kesetiaan dan sikap ramah mesra orang selatan. Memang terbaik! Walaupun satu hari nanti kerajaan Malaysia akan dipimpin oleh pembangkang, aku percaya mereka ketika itu masih belum lagi dapat menawan Johor macam yang terjadi di Kelantan sekarang. Percayalah wahai sekutu-sekutu PAS, PKR, dan DAP sekalian. Anwar Ibrahim, sila ambil perhatian.


p/s: Terima kasih kawan-kawan untuk hari itu kecuali seorang. Kau tahu siapa yang aku cakap. Lain kali jangan cakap pasal orang naa. Kan dah kena batang hidung sendiri.

Isnin, 6 September 2010

Har-Apan

"Harapanlah yang membuat manusia terus hidup." Hisamuddin Misron, 2008


Untuk seketika, aku kata ya. Tapi dah lama-lama, sebenarnya banyak yang aku tak boleh terima pakai ayat ni.



1. Jika kau seorang yang beragama Islam, dalam Al Quran banyak menyebut tentang kehebatan Allah SWT yang menciptakan langit, bumi dan segala isi yang berada ditengahnya. Begitu juga dengan janji Beliau. "Inna Wa'dallahi Haqq" - Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Jadi, manusia terus hidup sebenarnya di bawah janji Allah.



2. Harapan merupakan satu perancangan. Sudah tentunya segala perancangan terletak pada kuasa mutlak. Bagi orang Islam, qada dan qadar itu ketentuan Allah lagi.KepadaNya lah kita memohon, kepadaNya lah kita kembali. Siapa yang tahu masa depan?



3. Harapan adalah risiko. Kebanyakan orang akan memandang risiko sebagai satu perkara yang buruk padahal setiap risiko akan membawa kepada ganjaran, sama ada baik atau buruk. Selalunya ganjaran buruk itu ditafsirkan manusia sebagai harapan palsu.



4. Harapan yang buruk selalunya dibincangkan. Jadi, kita lebih kepada point ini. Harapan buruk a.k.a palsu ini kebiasaannya memberi impak negatif kepada sejumlah manusia. Hanya segelintir yang memandang ini sebagai perkara positif, seperti yang masyhur disebut, "apa yang kamu rasa baik bagi kamu, adalah buruk bagi Allah dan sebaliknya."



5. Impak negatif ini membawa kepada permasalahan yang konteksnya lebih luas seperti dalam soal komunikasi, bulatan sosial dan interaksi sesama manusia. Psikologi juga turut mendapat tempias dari racun harapan palsu ini. Banyaklah kes-kes yang kita dengar terjadi dari harapan.



Jadi, hidup bukan diteruskan dengan harapan. Hidup diteruskan dengan janji, lebih-lebih lagi janji Maha Esa yang pasti akan terlaksana. Pastinya, di dalam syurga itu terdapat satu perkara yang aku berani confirm;

"Jannaatu 'Adnin Tajri Min Tahtihal Anhaaru Khaalidiina Fiiha Abadan." - Syurga 'Adn yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang kekal di dalamnya selama-lamanya.


p/s: Macam Tun. Pakai point-point. Kool kool kool.

p/s2: Harapan lebih kejam dari membunuh. Aku rasa harapan ni salah satu cabang dari fitnah.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Diari Terakhir: Pengalaman Saya di Tempat Baru

Ok. Dah masuk edisi terakhir. Lepas ni aku nak join orang Palestin pergi perang. Sebelum pergi, aku buat wasiat dekat mak bapak aku suruh diorang publish cerita ni jadi buku. Mintak royalti gila-gila buat macam The Diary of Young Girl by Anne Frank.


****

Tadi masa solat Isya', aku buat rutin harian. Entah apa pasal sejak dua menjak ni aku selalu duduk betul-betul belakang imam. Dah sampai seru agaknya. Tambah pulak aku pakai macam pendakwah bebas pulak kali ni. Lengkap berkain pelekat dengan baju melayu serba-serbi macam orang Melayu kuat agamalah senang cerita. Pergh. Mood Ramadhan masih ada lah katakan.


Orang habis sembahyang, semua makmum pergi buat amal tambahan. Semua orang yang duduk saf depan tu buat sembahyang sunat termasuk aku sekali. Biasalah. Bukan senang nak buat amal time bulan-bulan lain.


Bila pak bilal dah start baca, "Subhanallah walhamdulillah..." pak imam yang jadi imam solat Isya' tadi terus meluru masuk saf depan. Dia buat solat sunat kat saf belakang tadi. Mati-mati aku ingatkan dia nak sambung jadi imam solat tarawih. 


"Pergilah anak muda."

"Ha?"


Pergh. Dan dan time tu jugak lutut ketaq tak ingat, perut goncang macam nak kiamat, mata berpusing macam roller coster. Menggelabah bai. Mana ada experience jadi imam untuk orang yang lebih tua dari aku. Lagi-lagi yang dah beruban. 


"Haji, saya tak reti bagi ceramah lepas habis 4 rakaat." Alasan kena kukuh bai.


Takkan nak bagi ceramah kot. Mampuslah aku nak cerita pasal apa. Takkanlah nak suruh aku cerita pasal aku pergi pasar ramadhan tadi, ada banyak kuih-muih, ada banyak orang lalu lalang. Tak kenalah gitu. 


"Saya setakat jadi imam tarawih boleh......"


Tiba-tiba ada muka familiar masuk line imam. Fuh. Nasib baik. Penyelamat keadaan. Allah tu Maha Mengetahui. Mulalah kepala otak aku merewang, "kalaulah aku jadi imam, mesti rosak jemaah." Aku bukan betul sangat pun. Takut pun ada. Kot kot aku ni tergolong dalam golongan Fasiq ke, apa ke. Takut woo gua cakap sama lu. Semua yang datang tu otai-otai. Maklumlah, malam ke-18 memang tak penuh surau tu. Habis jahanam solat tarawih aku. Masuk rakaat keempat baru lutut dah berhenti gigil tapi kepala masih dok pikir pasal tu lagi. Ish. 


Nak kena praktis ni. Mana tau besok kena panggil lagi. Boleh pow tok imam duit elaun jadi imam. Raya pun dah tak lama dah.

Ahad, 22 Ogos 2010

Diari V: Pengalaman Saya di Tempat Baru

Sudah masuk edisi ke-5. Lagi satu edisi nampak gayanya. Boleh buat buku ni. Hnss hnss.


Banyak yang aku belajar pada puasa kali ni. Aku rasa tahun ni aku betul-betul aku into dalam ramadhan.Walaupun time sembahyang tarawih tu otak ni merewang pergi entah kemana, sekurang-kurangnya aku menghayati setiap ceramah agama yang disampaikan.


****
"Bayangkan muslimin dan muslimat sekalian, kita ni diberi satu tugasan/task yang amat penting dalam hidup kita ibarat seorang pekerja diberi tugasan yang ada due datenya. Bukan banyak pun. Satu hari, kena setel 5 tugasan.


Masalah kebanyakan orang, kita anggap tugasan ini ibarat bayar hutang. "Kawan, mai la lepak minum dulu. "Sat noo. Aku nak pi setel hutang dengan tuhan dulu." 


Konsep ni tak boleh pakai tuan-tuan sekalian. Imam Ghazali ada menyebut dalam kitabnya, Ihya Ad-Din (kalau tak silap aku. Aku main sebut je ni. Ingat-ingat lupa), 'solat tidak cukup sekadar melengkapi rukun Qauli, Fi'li, dan Qalbi sahaja. Solat merupakan satu persembahan untuk dipersembahkan kepada Allah SWT. Persembahan itu harus dilengkapi dengan unsur-unsur seni yang halus supaya solat itu dapat diangkat dengan keadaan yang molek dan terbaik.'


Unsur seni halus itu harus dipersembahkan dalam bentuk kesempurnaan wudhu, kesempurnaan menjaga tatatertib solat dan segalanya yang berkaitan dari awal hingga selesai membaca doa. Barulah solat ini dikira sebagai persembahan terbaik daripada hambaNya kepadaNya.


Tuan-tuan, jika mahu sempurna solat itu haruslah kita mengetahui objektif utama menyelesaikan tugas tersebut. Ibarat seorang bos mengarahkan seorang pekerjanya membuat satu tugasan, sudah semestinya ada sebab yang utama kenapa tugasan itu diberikan. Hal ini disebut oleh Allah SWT;

  
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ

Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...(Al-Ankabut:45)


Begitu juga diaplikasikan dalam solat yang persembahannya buruk. Maka Allah SWT menurunkan kepada sifulan tersebut setimpal dengan apa yang beliau persembahkan. Buruk persembahan beliau, buruklah hadiahnya. Jadi, tidak hairanlah masalah gejala sosial ini semakin berleluasa.


Dengan kata mudahnya, untuk mengelakkan gejala sosial ini terus menular dalam kalangan masyarakat kita, jagalah solat itu sesempurna yang mungkin."

****

Ustaz tu ada cerita pasal puasa jugak. Aku sambung untuk edisi last la ya.

Isnin, 16 Ogos 2010

Diari IV: Pengalaman Saya di Tempat Baru

Yang paling tak best adalah permulaan. Segalanya mencabar fizikal dan rohani seseorang untuk melakukan sesuatu yang belum pernah ada dalam kamus diri. Cuba bayangkan sejenak... 


1...2..3...Poof!


Cuba kau orang try minum arak untuk first time. Apa rasa dia? Mesti rasa macam sial. Lagi-lagi yang terus belajar nak minum Jack Daniel (orang cakap yang ni banyak alkohol. Aku taktau pun). Mampus bang. Mau rasa terbakar macam kena bakar kat neraka. Yang dah selalu telan tu tak payah cerita la. Diorang dah biasa. 


Takpun buat yang tak pernah mencuri tu, cuba try pergi curi selipar jepun dekat kedai runcit/surau/masjid dengan alasan memang saja-saja nak curi. Bukan sebab terdesak ya. Mesti cuak gila kan? Mau ketaq lutut dibuatnya. 

Ha, lagi satu contoh best, suruh budak-budak belajar melancap. Budak-budak yang tak mengenal erti bulu ari-ari diajarkan teknik untuk melancap. Menggigil satu badan bila diorang nak buat punya. Kau tak termasuk ya. Bersepah dah aku tengok air mani kau tu kat tepi-tepi koridor.
Ok, banyak sangat contoh jalan ke neraka. Kita tukar contoh pulak.


Cuba suruh budak Cina/India/Melayu-Tak-Pernah-Puasa (tak termasuk Chong) puasa. Mesti diorang rasa perit sangat sebab, biasalah. Baru nak belajarlah katakan. Rasa macam 13 jam tu berkurun. Macam dalam lagu mamat tu; berkurun lama, ku rahsiakan, cintaku padamu~


So, same thing went for me. Hari ini aku cuba membuat perkara yang aku tak pernah buat dalam sepanjang hidup berdekad-dekad ni (ok, tipu. Ni attempt aku yang kedua lepas time Form 3 aritu. Waktu sekolah mana kira bai). Ha! Mesti kau orang pikir yang bukan-bukan punya. Aku bukan macam tu woi. Aku baru nak try berhenti hisap rokok tadi. Pergh! Wa cakap sama lu, memang perit. Time siang tu bolehla sebab ada alasan puasa. Kena lak time buka kau orang paksa diri sendiri jangan hisap rokok. Memang maut feel dia.Berpusing bang kepala. Macam orang sasau dibuatnya. Memang perit tahap gaban. Lepas makan pulak tu. Tahap kesabaran Nabi saja boleh menghalang nafsu kau.Aku gagahkan jugak tak hisap sampai lepas sembahyang Tarawih. Memang tak nampak apa kat sejadah tu. Yang tok imam tu baca pun aku tak dapat nak tangkap. Haish. Rugi, rugi.


Tapi takpa. Aku dah lepas tahap permulaan. Minggu depan boleh test lagi kot. Duit tengah takda ni. Memang terbaiklah alasan tu.


p/s: Minggu depan kita deal lain ya cik akak?