Rabu, 14 April 2010

Alkisah Seorang Yang Hampir Popular Part 1

Bangun memang biasa lambat, baik hari bekerja mahupun hari minggu. Dah macam Batman. Lepas maghrib baru ada aktiviti. Begitulah lumrah hidup seorang rockstar, kononnya. Masih memegang cita-cita mahu main gitar sehebat Man Kidal, main bass letup-letup macam John Myung, hakikatnya, gitar kapuk juga yang dipetik. Tak habis-habis dengan kod A minor. Kod lain tak reti nak tekan, lepas itu malas belajar pula. Apalah nak jadi dengan dia ni. Maknya, Nurgayah Che Mansor memang faham benar dengan perangai Samsul, anaknya itu. Belajar main gitar pun malas, ada hati nak suruh dia sambung belajar dekat universiti. Masa SPM itu haripun maknya terpaksa mengheret anaknya macam lembu ke sekolah berhampiran.


Mungin disebabkan azam itu terlalu tinggi, Samsul ramai kenalan yang pandai dalam bidang muzik. Dari situ beliau belajar skil-skil bermain gitar dan cuba menyelitkan diri dalam sesi berjamming. Kalau setakat baru belajar, biasanya jadi bassist lah. Nak main lead tak reti. Nak main rhythm, dah ada orang pilih. Biasalah tu, posesi yang ada demand. Nasib baik drummer hanya orang yang terpilih sahaja. Bukan semua orang boleh main pakai semua anggota badan. Kalau gitar, pakai tangan sahaja. Drum, dengan kaki-kaki sekali kena main sekali. Selalunya, yang main gitar tak nak main drum disebabkan 2 perkara;

1. Diorang memang tak pandai main drum
2. Mana ada dalam konsert/gig/show audiens bagi tumpuan kat drummer. Kalau ada pun, berapa kerat saja.


Dah nasib badan, Samsul akur dengan keputusan itu. Bassist pun bassist lah. Mungkin ini satu peluang baginya untuk menjadi Rockstar satu hari nanti. Cuma kurangnya satu sahaja. Beliau tiada duit untuk membeli bass persendirian untuk tujuan praktis. Mana ada duit bang. Selalunya rocker memang rabak. Minum teh-o-ais pun kumpul duit syiling yang jumpa tengah jalan. Kalau tak, air kosong sajalah jawabnya.Itupun kalau air kosong free. Kalau 20 sen, mesti masuk bil kawan-kawan lain.


Bermula dengan penubuhan Aufali Trio, Samsul ghairah. Mula menceburkan diri dalam bidang membuat persembahan besar. Masa tu penonton ada cecah 20,000 orang. Menggelabahlah dia. Pergh. Memang sesak tempat tu gua cakap sama lu orang. Lagi-lagi nak dekat maghrib. Orang yang tak nak datang pun terpaksa datang sebab tak nak budak-budak PEKIDA pukul diorang suruh sembahyang jemaah dekat surau/masjid.

¨Inilah peluang aku. Bila lagi nak jadi popular? Silap haribulan, Anugerah Bintang Popular tahun depan mesti aku menang.¨


....bersambung

Tiada ulasan: