Polis Hutan dulu-dulu kalau tak ada orang yang bawak kereta sorong laju, diorang lepak kat satu port sambil hisap rokok daun pung pang pung pang. Mana ada papan tanda ´Dilarang Merokok. Saman RM 500´. Jadi, aku nak cerita pasal rokok la ni.
Tahun-tahun sebelum tahun 2010, tarikh pengilangan bercetak komputer di kotak tidak ada. Jadi, hanya yang the chosen one sahaja yang mampu mendeteksi tarikh pengilangannya. Aku ajar sikitlah caranya.
Pada bahagian bawah plastik kotak rokok akan ada 7 karekter campuran abjad dan nombor kalau tak silap aku. Jadi, kita hanya perlukan 2 nombor terakhir untuk mengetahui tarikh pengilangan kotak rokok tersebut. Sebagai contoh, andai kata 2 nombor terakhir itu tertulis 5 dan 1. Ini bermakna tarikh pengilangan adalah minggu yang ke 51 dalam tahun tersebut. Lepas tu pandai-pandailah kau orang kira. Selalunya rokok paling latest adalah lewat seminggu dari tarikh pembelian. Jika aku beli rokok pada minggu ke 52 dan rokok yang aku beli adalah rokok minggu 51, bermakna aku dapat rokok baru. Ada faham? Beginilah otai-otai rokok kesan rokok lama. Yang bab macam mana nak rasa tu aku tak boleh nak ajar sebab takut budak-budak sekolah mula belajar hisap rokok. Kang bapak dia orang saman aku, siapa nak bayar?
(Tu dalam gambar dia tulis 20/04/10. Siap dengan plastik lagi tu. Ada lagi sisa-sia bau akak Sabah Petronas)
Itu cerita lama. Sekarang ni (2010) dah maju. Kilang Dunhill dah kaya sikit. Dia orang sanggup cetak macam dalam gambar. Jadi, semua orang boleh tahu. Tak payah susah-susah google.
(Yang ini pula amaran kerajaan Malaysia. Eh? Silap. Notis awal)
Aku tulis balik la senang sebab kamera tak berapa nak canggih time ambik gambar ni.
¨Kerajaan telah menetapkan bahawa semua pek rokok 14 batang akan dihentikan jualannya dari 1hb Jun 2010. Sehubungan itu, pek DUNHILL 14 juga akan mematuhi arahan ini. Walau bagaimanapun, DUNHILL 20 masih dijual di pasaran.¨
Entah kenapa kecoh sangat nak pakai huruf besar. Macamlah orang tak tau itu rokok Dunhill.
Jadi aku hanya ada 5 minggu lagi untuk merasa Dunhill 14. Cilaka. Mana layan hisap rokok cenggini.
****
Aku dalam keadaan tertekan. Kenapa entah. Isu rokok ni besar oi. Boleh buat orang berbunuhan. Mahu kedai runcit tu kena bakar. Malaysia confirmlah ada rusuhan lepas ni.
Kami penyumbang terbesar ekonomi negara! Hampir 70% perokok membeli pek 14. Kang kalau ekonomi Malaysia jatuh lagi, siapa susah? Habis semua orang kena buang kerja.
¨Kecohlah lu brader. Cakap jela tak ada duit nak beli pek 20,¨ tiba-tiba ada orang entah mana lalu depan gua menyampuk.
Nasib baik brader tu badan macam Bule. Kalau tak, dah lama gua bagi hikmat makan-ibu-jari-kaki-belah-kiri-kuku-dia-tak-potong-lagi-bau-cagu-kuat-gila.
2 ulasan:
kami kat penang hisap rokok malboro rm6. jangan jeles.....
ala.lupa nak letak pasal rokok penang.
Catat Ulasan