Berapa lama kau orang bazirkan untuk agama dalam satu hari? Termasuk baca Al Quran lah tu. Lepas tu, cuba kau bandingkan dengan masa kau untuk dunia (diri sendiri, bola, makan, jalan-jalan, borak-borak, dll). Ini satu hari punya cerita. Jangan tolak tambah satu tahun punya cerita.
Rundingan Damai Apanland dan Ashria
APANLAND: Perang Dingin yang diisytiharkan oleh kerajaan Ashria (sebuah negara yang padat dengan pencuri buah lai) kini hampir meletus. Peperangan ini mungkin boleh berlarutan sehingga ke hari kiamat. Namun begitu, pihak pemberita kami dikhabarkan bahawa kerajaan Apanland sudah mula membincangkan untuk memperuntukkan sejumlah kos bagi menampung perbelanjaan rundingan damai.
Menurut jurucakap pihak kerajaan Apanland, beliau akan berusaha untuk mencapai persetujuan dalam perjanjian damai kali ini. Beliau meletakkan sasaran bahawa perjanjian damai ini akan membawa situasi menang-menang bagi kedua-dua belah pihak.
Ketika ditanya tentang tujuan asal perjanjian, beliau menambah, "perjanjian damai ini dilakukan bagi menghormati bulan Rejab yakni bulan Allah. Semoga kita dapat menghormati umat Islam yang sedang berpuasa sunat dan seterusnya dapat mengembangkan dakwah Islam ke saentero antarabangsa."
Dalam pada itu, presiden Persatuan Pencuri Buah Lai Ashria (PeTAs), Dato' Seri Dr. Nik Tak Guno menghubungi pihak pemberita siang tadi membenarkan kenyataan ini. Menurutnya, rundingan ini sehubungan mencapai persetujuan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Harapan yang tinggi diletakkan pada rundingan ini agar rakyat dapat menerima impak positif pada masa akan datang.
Tambah beliau, jika rundingan damai ini tidak dapat mencapai persetujuan, Perang Dingin mungkin akan tercetus kembali. "Kami tidak akan sekali-kali termakan dengan harapan palsu seperti kes-kes sebelum ini. Kami telah bersedia seratus-peratus andai rundingan ini menemui jalan buntu. Teknologi nuklear yang dipinjam dari Pyongyang mungkin akan digunakan. Pihak Israel juga bersedia untuk menolong kami. Peperangan kali ini mungkin paling besar dalam sejarah yang ada sepanjang zaman," tegas beliau.
Kedua-dua pihak akan bersemuka di Karemsia pada 20hb Jun ini. Kerajaan Karemsia juga telah mempersetujui cadangan rundingan ini atas alasan negara tersebut akan tersepit dalam peperangan 2 negara veto. Perdana Menteri Karemsia, Sir Aqram Becker akan mempengerusikan rundingan tersebut. Sumber: Tidak Bernama
3 ulasan:
Lu bikin kecoh aaa... lu punya belita manyak tipu. siap sedia untuk pelang!!!
Terkini dari Beraba,
Beckerland, Selasa : Ratusan ribu rakyat Karemsia berdemonstrasi di dataran kemerdekaan Becker menuntut kerajaan menghalang kedatangan pemimpin regim Ashria ke persidangan damai rundingan pusingan kedua Ashria-Apanland.
Menurut jurucakap penunjuk perasaan, regim Ashria perlu sedar bahawa dunia masih mengingati keangkuhan regim Ashria menyekat bantuan kemanusiaan ke negara United of Bule yang sedang di ratah teruk oleh tentera regim Asria yang memang seorang pencuri buah lai di geruni.
Semua orang tahu Gopenghagen perlukan bantuan makanan kerana keperluan makanan di sana tidak seimbang dengan permintaan. Tindakan komando regim Asria menyerang kapal flotilia kemanusiaan dari seluruh dunia tidak boleh di terima sama sekali.
Regim Ashria hanya bermuka-muka dalam persidangan damai ini bagi agar mereka boleh memberikan tekanan kepada Apanland menjelang Persidangan Pengurangan Senjata Nuklear Demi Keamanan yang akan berlangsung bulan hadapan di Wandy Utara.
Walaubagaimanapun, menurut jurucakap kerajaan Karemsia, keadaan penunjuk perasaan masih terkawal dan pihak kerajaan komited dalam melihat perdamaian antara kedua negara memandangkan saranan setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersekutu iaitu Mirul Montana yang mahukan pertelingkahan perlu di hentikan menjelang piala dunia.
Laporan Rundingan Damai Apanland-Ashria akan disambung esok. Saya Apan Chin Fei melaporkan untuk anda dari MegaTV
Catat Ulasan