Pada zaman dahulu, saya memang mengenali dan bukan terkenal kawasan sekitar utara. Saya amat menyukainya sehinggakan saya lupa diri dan tercampak jauh sehingga ke kawasan bersebelahan tempat permastautinan saya. Disini, saya mengenali ramai rakan seangkatan dengan saya. Antaranya Muzaffar Shah, Apai, Muzaffar, Shah dan Si Melaka-Bawa-Kereta-Kancil. Oh, baru saya tersedar kesemua ini adalah orang yang sama. Beliau merupakan seorang yang peramah sehinggakan pernah menyuarakan sesuatu kepada saya, "aku sanggup jadi driver bas kau. Kau tunggu aku weh nanti bila nak pergi kelas." Memang seronok dapat driver free.
Mukanya bengis ibarat Mirrul yang tak tahu erti senyuman mesra, gaya rambut dan fesyen tidak ketinggalan zaman seperti Aliff Zaini, saya menganggap beliau seorang yang metroseksual pada pandangan pertama saya. Rupa-rupanya, sangkaan saya tidak jauh meleset. Beliau merupakan seorang metroseksual yang bukan heteroseksual mahupun homoseksual. Beliau mempunyai seorang peneman diri bernama wanita mungkin untuk mengelakkan gosip orang lain. Tapi itu saya tidak endahkan. Peduli apa saya. Janji saya masih boleh menggunakan kenderaan beliau sebagai platform ke kelas sudah memadai untuk saya. Sekurang-kurangnya, saya tidaklah membazir masa menunggu bas mahupun mengejakulasi ke langit ketika mencuci mata dalam bas.
Untuk beberapa ketika, sangkaan saya banyak meleset kerana Apai tadi bukanlah 100% apa yang seperti yang saya gambarkan. Beliau adalah perokok yang tegar. "Maaf bro, aku ada sebatang sahaja lagi." Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya ketika saya memulakan perbualan dengan menanyakan, "kau hisap rokok tak?" Lagipun, when it comes to education and learning process, (saya mahu menyatakan ketidakpuashatian saya dalam bentuk bahasa Inggeris kerana saya tidak mendapat pengecualian atas sebab transkrip MUET saya sudah hilang! Cilaka!) beliau merupakan seorang yang bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi subjek tersebut pada sem akan datang. Tidak seperti pengalaman-pengalaman saya sebelum ini.
Pada mulanya, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang perokok. Perasaan itu mula bercampur-baur dengan perasaan gelisah kerana kebiasaannya geng-geng macam ni 'tahan lama'. Kalau setakat 5 tahun di tempat baru, itu perkara biasa. Aduh, bangsat sungguh. Takkan Strawberi tumbuh di tepian Sungai Kelang 2 kali kot? Saya tegarkan juga.
Saya bahagia disini. Saya pelik dan dianggap seorang wira kerana sungguh mudah sesi pembelajarannya. Tak seperti di tempat lama, tempat baru menjanjikan kepuasan 'belajar dalam tidur' pun mampu berjaya dengan cemerlang. Gila apa? Culture shock ini macam. Tapi yang saya tak tahan, kenapa harus dinaikkan sehingga 4 tahun? Dan kenapa ada orang berkawad di malam hari? Orang nak tidurlah time-time gitu.
p/s: Kalau aku buat sampai 6 jilid, ada orang nak beli tak buku ni?
2 ulasan:
selamat berejakulasi di tempat baru.
ikhlas dari khairuddin band.
berusaha apan~eh,lama x jumpa !!
Catat Ulasan