Isnin, 9 Ogos 2010

Diari III: Pengalaman Saya Di Tempat Baru

Sebetulnya saya berada di tempat lama. Alasannya cukup mudah. Menghabiskan masa bersama rakan-rakan yang meraikan pengakhiran perjuangan mereka. Oh saya terkesima. Tambahan pula, mak saya cakap, "kau tak sedih ke?" Aduh. Soalan yang penuh dengan duri dan tohmahan ibarat ikan todak menyerang Singapura.


Saya agak sedih apabila melihat mereka berseloroh. Mereka seolah-olah berada di satu tahap yang lain. Jauh di sudut hati saya, saya melihat satu masa depan saya yang tak akan jadi jika 3 tahun sebelum hari ini.


Rintihan hati ini dipendamkan dalam bentuk hiburan. Biasalah, manusia mana yang tak sukakan hiburan. Jauh sekali melihat seorang yang bencikan hiburan. Sedangkan yang berketayap, janggut panjang melebar ke dada pun boleh tersenyum dengan hiburan. Mungkin Sidhartha Gautama pun bersetuju dengan saya. Pusat karaoke a.k.a kelab-tanpa-alkohol-dan-joget-inDIE menjadi taruhan untuk memecah kebuntuan malam. Malam yang cukup seronok.


Saya masih lagi mengenangkan peristiwa itu. Pulang dari berlibur sehingga larut malam. Saya juga dipertemukan dengan rakan baru, Chong. Memang seperti yang saya gambarkan, beliau seorang aktivis. Tak kisahlah apa jenis aktivis pun. Cis, lari topik. *sambung* Kami menghabiskan sisa-sisa waktu-Tuhan-turun-ke-bumi dengan hiburan-ke-neraka-kot (sebab banyak sangat hiburan) dan berborak tentang harapan masa depan yang tak kemana.


Oh saya bahagia sangat. Cilaka!  Aku hampir ponteng kelas tadi woi!


p/s: Saya terkilan sebab karem takda. Butuh la hang wei. Jauh aku mai ni. Haram batang hidung baru nampak time aku nak blah.

2 ulasan:

Alexia Aqram berkata...

ingat ang sorang ja ka sedih sebab masih di tahap ini.

biarkan aku mengharungi harapan. sebab tu aku tak dtg. ecehhhh.

Apan berkata...

boo. taik. alasan tak masuk akai langsung. aku mai jauh woo.sedih2 pun pi jgk tgk~