Ahad, 22 Ogos 2010

Diari V: Pengalaman Saya di Tempat Baru

Sudah masuk edisi ke-5. Lagi satu edisi nampak gayanya. Boleh buat buku ni. Hnss hnss.


Banyak yang aku belajar pada puasa kali ni. Aku rasa tahun ni aku betul-betul aku into dalam ramadhan.Walaupun time sembahyang tarawih tu otak ni merewang pergi entah kemana, sekurang-kurangnya aku menghayati setiap ceramah agama yang disampaikan.


****
"Bayangkan muslimin dan muslimat sekalian, kita ni diberi satu tugasan/task yang amat penting dalam hidup kita ibarat seorang pekerja diberi tugasan yang ada due datenya. Bukan banyak pun. Satu hari, kena setel 5 tugasan.


Masalah kebanyakan orang, kita anggap tugasan ini ibarat bayar hutang. "Kawan, mai la lepak minum dulu. "Sat noo. Aku nak pi setel hutang dengan tuhan dulu." 


Konsep ni tak boleh pakai tuan-tuan sekalian. Imam Ghazali ada menyebut dalam kitabnya, Ihya Ad-Din (kalau tak silap aku. Aku main sebut je ni. Ingat-ingat lupa), 'solat tidak cukup sekadar melengkapi rukun Qauli, Fi'li, dan Qalbi sahaja. Solat merupakan satu persembahan untuk dipersembahkan kepada Allah SWT. Persembahan itu harus dilengkapi dengan unsur-unsur seni yang halus supaya solat itu dapat diangkat dengan keadaan yang molek dan terbaik.'


Unsur seni halus itu harus dipersembahkan dalam bentuk kesempurnaan wudhu, kesempurnaan menjaga tatatertib solat dan segalanya yang berkaitan dari awal hingga selesai membaca doa. Barulah solat ini dikira sebagai persembahan terbaik daripada hambaNya kepadaNya.


Tuan-tuan, jika mahu sempurna solat itu haruslah kita mengetahui objektif utama menyelesaikan tugas tersebut. Ibarat seorang bos mengarahkan seorang pekerjanya membuat satu tugasan, sudah semestinya ada sebab yang utama kenapa tugasan itu diberikan. Hal ini disebut oleh Allah SWT;

  
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ

Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...(Al-Ankabut:45)


Begitu juga diaplikasikan dalam solat yang persembahannya buruk. Maka Allah SWT menurunkan kepada sifulan tersebut setimpal dengan apa yang beliau persembahkan. Buruk persembahan beliau, buruklah hadiahnya. Jadi, tidak hairanlah masalah gejala sosial ini semakin berleluasa.


Dengan kata mudahnya, untuk mengelakkan gejala sosial ini terus menular dalam kalangan masyarakat kita, jagalah solat itu sesempurna yang mungkin."

****

Ustaz tu ada cerita pasal puasa jugak. Aku sambung untuk edisi last la ya.

Tiada ulasan: