Kalau mahu dibicarakan tentang riba yang mencipta kemiskinan, haruslah difahami dengan teliti apa itu sebenarnya kemiskinan yang ditakrifkan. Mungkin ada yang mentakrif dari segi harta dan wang ringgit. Adakah kekurangan akhlak juga merupakan satu kemiskinan?
Walau bagaimanapun, penulis hanya mahu menjuruskan kepada bidang ekonomi kerana perbincangan kita lebih menjurus ke arah itu. Jadi, kemiskinan dalam takrifan ekonomi yang berskala makro dikategorikan dalam inflasi.
Inflasi merujuk kepada kadar peratusan harga kenaikan barang dari sekian tahun ke sekian tahun. Secara istilahnya, inflasi adalah "is a rise in the general level of prices of goods and services in an economy over a period of time.1"
Melalui takrifan sebegini, inflasi adalah sebagai sebuah unit pengiraan yang menunjukkan kadar perubahan nilai harga sesuatu barangan (goods) berdasarkan sebuah tempoh masa. Hal ini boleh menyebabkan banyak spekulasi yang boleh diterjemahkan dalam minda masyarakat secara komplikated. Pengiraan yang khusus ini sebenarnya membuatkan inflasi sebagai satu ukuran dalam konteks ekonomi sesebuah negara dan kepesatan perubahan ekonomi negara tersebut.
Cara pengiraannya cukup mudah. Ianya adalah berdasarkan peratusan tahun tersebut kepada tahun yang dijadikan sebagai tapak ukuran (base year). Contohnya, base year adalah tahun 2000. Jadi, apakah inflasi yang berlaku pada 2010? Disebabkan takrifannya menjurus kepada 'nilai harga', maka pengiraannya juga melibatkan Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index, CPI). Berbalik kepada pernyataan tadi, kita mengandaikan bahawa harga sekilogram beras pada tahun 2000 adalah RM10. Pada tahun 2010, harganya adalah RM20. (Ini hanyalah andaian semata-mata bagi memudahkan pemahaman pembaca. Nilai harga sebenar boleh dirujuk pada pihak bertanggungjawab).
RM 20 (tahun 2010) - RM 10 (tahun 2000) x 100% = 1%
RM 10 (tahun 2000)
RM 10 (tahun 2000)
Bagaimana perkara ini boleh dispekulasi? Contohnya mudah kerana kita hanya perlu menukar base year tersebut kepada tahun yang lebih hampir kepada tahun yang ingin menjadi sasaran. Contohnya, inflasi pada tahun 2010 boleh mengambil tahun 2009 sebagai base yearnya. Jadi, peratusan itu tidaklah begitu jauh bezanya.
Padahal, pada realitinya, inflasi meningkat setiap tahun. Puratanya mungkin 4% setahun, namun harus diingatkan bahawa ianya berbentuk compounding, bukan penambahan biasa.
Melalui penggunaan FIAT money, kadar inflasi tersebut meningkat secara mendadak kerana lambakan duit di pasaran. Inflasi ini melonjak-lonjak sehingga beberapa peratus. Polisi-polisi badan bertanggungjawab dalam memastikan inflasi ini dalam keadaan terkawal antaranya adalah Gold Standard Economy. Gold Standard Economy sebenarnya telah dilaksanakan sebelum sistem Bretton Woods diperkenalkan lagi. Pada waktu itu, kadar inflasi hanya sekitar 2% setahun kerana penggunaan 'resit' matawang kertas adalah bersandarkan nilai rezab emas simpanan (gold reserve banking).
Disebabkan kehancuran sistem Bretton Woods yang memuncak pada tahun 1971, sandaran matawang kertas adalah sifar. Ini bermakna, matawang kertas itu sendiri yang mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri berdasarkan kepercayaan masyarakat yang menggunakannya.
Dalam kemelut ekonomi global yang melanda kini, alternatif kepada penggunaan Gold Standard Economy adalah tidak relevan. Yang memungkinkan suatu hari nanti, ekonomi akan beralih arah kepada penggunaan emas itu sendiri dalam medium of exchange. Hal ini dapat dibuktikan bahawa sifat monopoli sesetengah negara berkuasa terhadap emas seperti yang terjadi pada 1944 mungkin akan berlaku. Jadi, tidak mungkin penyelarasan Gold Standard Economy akan berjaya wujud semula.
Peralihan sistem ini akan dimulakan dengan berperingkat. Penguasaan negara China membeli emas fizikal berbondong-bondong menyebabkan ekonomi dunia menjadi panik. Mana tidaknya, semua negara yang terikat dengan matawang Dollar Amerika mula beralih untuk menyandarkan matawang mereka kepada Yuan. Kepercayaan masyarakat global terhadap matawang kian meruntuh. Mereka cuba beralih arah kepada matawang yang mempunyai rezab simpanan emas yang lebih besar berbanding US.
Rentetan peristiwa ini, penulis percaya penggunaan dinar dan dirham akan muncul semula. Kerapuhan FIAT money kian meruncing menyebabkan masing-masing perlu kepada satu alternatif baru. Sistem dinar dan dirham (gold based economy) adalah langkah penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi kemelut inflasi. Jadi, bersediakah anda untuk perubahan ini? Mana mungkin kita bersedia selagi belum memiliki emas fizikal itu sendiri. Tepuk dada, tanyalah iman anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan