Bab 1: Pengenalan
Satu persoalan yang agak menarik untuk dibincangkan. Namun begitu, para ilmuan diharap dapat memberi sedikit ulasan tentang gaya penulisan kerana penulisan ini adalah berbentuk ilmu. Dengan yang demikian, saya amatlah berharap para ilmuan dapat membetulkan sebarang kesalahan yang saya lakukan semasa ulasan disampaikan agar khilaf antara si jahil tidak berlaku.
Riba merupakan satu isu yang serius kerana ianya banyak melibatkan dalam transaksi harian terutamanya dalam hal jual beli. Dari segi konteks perbincangan, saya ingin mengulas lanjut tentang bagaimana riba ini berlegar dalam sistem ekonomi Malaysia secara khususnya dan apakah kesannya terhadap masyarakat Malaysia sendiri.
Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut, terlebih dahulu ingin saya utarakan bahawa kebanyakan pandangan orang Malaysia menganggap riba itu diharamkan atas dasar sifatnya yang zalim. Pandangan itu adalah SALAH sama sekali! Bukanlah riba itu diharamkan kerana sifatnya, namun ianya diharamkan kerana ia memberi impak ZALIM terhadap manusia. Secara ringkasnya, haramnya riba bukan disebabkan ianya zalim, tetapi hukum riba itu adalah hak Allah. Disebabkan kehalusan hukama-hukama merungkai hikmah pengharaman riba, mereka menemui bahawa hikmahnya adalah penindasan secara kejam yang berlaku ketika riba ini berlaku. Mungkin agak sukar untuk saya menghuraikan dengan lebih ringkas kerana isu hikmah ini adalah terlalu kompleks dan memerlukan penelitian yang mendalam bagi menghuraikan secara detail.
Dalam konteks zaman kini, riba itu terus berlegar semula dalam sistem ekonomi secara lebih berhemah. Ia muncul dalam keadaan yang begitu tersusun sehinggakan dapat membutakan mata masyarakat. Dalam dunia kapitalis sebegini, riba adalah main source dalam kitaran ekonomi yang tidak sihat. Walupun begitu, ia terus berlegar dan melebarkan jurang perbezaan antara si kaya dan si miskin tanpa disedari.
Untuk pemahaman secara mendalam tentang riba, saya syorkan pembaca untuk meneliti buku "Riba dan Isu Kewangan Semasa" oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Beliau menghuraikan isu riba dan kategorinya dengan lebih mendalam berbanding apa yang saya ingin bincangkan dan pada pendapat saya, huraian beliau adalah sedikit ringkas bagi memudahkan pemahaman orang kebanyakan seperti saya sendiri. Sekurang-kurangnya, beliau berjaya membuka mata pembaca tentang kebahayaan riba dan bagaimana ia berjalan.
Dalam konteks ekonomi Malaysia, amalan riba didominasi oleh kebanyakan bank-bank konvesional berdaftar kerana mereka terikat dengan sistem yang dibawa oleh Amerika Syarikat, iaitu sistem kapitalis. Sejarahnya, sistem matawang kertas itu sendiri terlalu banyak perkara yang membabitkan riba namun atas mashlahat (kepentingan) umat, matawang kertas ini terus diguna pakai dalam sebarang transaksi jual beli. Saya akan menyambung perbincangan tentang sejarah matawang ini pada topik akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan