Selasa, 23 September 2008

Kamu Memang Chillakkha 2

Ini adalah entri semata2 untuk meluangkan masa aku ponteng eksperimen (atas sebab2 yang yang aku amat sakit ati) petang Isnin. Tujuan kedua pula, sebagai balasan (?reply) kepada entri makcik yang selalu men'faktap'kan malam2 minggu aku yang beriya2 nak tau pasal aku. Aku sendiri terkesima akan kedahsyatan kau sehinggakan 2 orang 'jantan' sudah mula cair dan leleh akan entri kau. Engkau bagai ada satu daya paksaan yang meruntuhkan ego2 mereka untuk memberitahu kau tentang diri mereka. Tapi, kalau kau sendiri xbagi topik ni, aku pun xda menda nak tulis. Ada la jugak bahan untuk menyemakkan blog sendiri.

Kalau mahu dikatakan tentang diri sendiri, sudah semestinya aku sendiri akan cuba menipu untuk menaikkan impresi pertama mereka terhadap aku. Jika seorang rakan aku cuba bertanya tentang perkara yang sama, aku juga akan menipu mereka walaupun tidak sanggup untuk bertindak sedemikian. Hal ini disebabkan oleh fitrah manusia yang sentiasa suka dipuji dan menjadi seorang yang disanjung. Pada pendapat aku sendiri, untuk kenal seseorang mungkin hanya sedikit soalan yang perlu diajukan kepada mereka yang korang sendiri rasa setidak2nya mereka akan bercakap jujur. Selebihnya, tengoklah dari segi sahsiah diri dan perilaku.

Rasanya, semua itu telah engkau kaji antara kami berlima. Tapi, jika kau masih berdegil juga, aku bagi kau 7 benda menarik yang kau mesti pikir aku tipu kau!


1. Aku sangat suka meniru
Sapa2 yang rapat ngan aku memang senang nak cam. Kau sebut jer nama filem yang gempak2 (cth blood diamond), sebijik2 dialog die aku da hafal. Kalau korang benci dan terasa dalam diri kau, "apalah mamat ni, xde wawasan langsung! Suka sangat meniru." Disini aku akan beri satu fakta yang konfem korang akan kalah. Dalam Islam sendiri pun diwajibkan meniru.

قال رسول الله صلوا كما رءيتمونى اصلى
Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersolat (hadith riwayat Al-bukhari dan Ahmad Ibn Hambal)

Kita memang 100% disuruh meniru cara Rasulullah menunaikan solat. Tapi apa yang aku dapat simpulkan daripada hadith ini, meniru tidak sama sekali boleh dikaitkan dengan menipu. Jangan samakan aku seorang peniru (copy) dengan seorang penipu (cheat)


2. Aku seorang perfectionist
Yang ini mesti kau lagi xleh nak caya kat aku. Lantak kau lah, aku peduli apa! Sebenarnya, aku sering kemas katil dan kemas bilik, meletakkan barang2 mengikut spesifikasi yang betul, dan membenci orang yang suka menyelerakkan barang secara sengaja(xcaya tanya man). Aku memang dah dilatih untuk menjadi seorang yang sedemikian rupa. Pada hakikatnya, aku hanya orang yang berdisiplin dalam hal yang remeh-temeh pada aku sendiri dan bukannya perkara yang sepatutnya aku lebih berikan tumpuan disiplin seperti pelajaran mahupun kelas. Tapi, itulah aku kalau kamu semua nak tahu.


3. Aku seorang perokok tegar
Sudah semestinya korang tahu akan perkara ini bukan? Pernah sekali aku cuba berhenti daripada tabiat buruk ini pada tahun 2002 yang lalu, namun aku hanya mampu bertahan untuk 8 bulan sahaja (itupun sebab nak PMR dan kantoi ngan bapak aku). Selepas itu, aku langsung xpernah ambil inisiatif untuk berhenti daripada merokok walaupun dipaksa oleh kedua orang tuaku. Untuk pengetahuan umum, bagi yang sudah terjebak dalam merokok, mereka sama sekali tidak hisap rokok untuk jadi kool ataupun seangkatan dengannya. Hanya sebahagian orang yang baru belajar untuk merokok sahaja (sebahagian weh, bukan semua) boleh dikategorikan untuk itu.


4. Aku budak agama
Memanglah semua orang muslim seangkatan dengan aku dalam satu dunia ini adalah budak agama. Cuma apa yang lebihnya, aku pernah, sedang dan akan mengikuti program rancangan keagamaan kerana sejak kecil aku diberi lebih tumpuan kepada didikan agama. Tapi, yang menjadi masalahnya, perangai aku kadang2 (kebiasaannya selalu) jauh lebih teruk daripada orang2 di sekeliling aku. Haish, pe nak jadi ngan aku entah. Walau apapun, aku masih bersyukur kepadaNya kerana memberikan nikmatNya yang limpah ruah dan memberiku sedikit darjat yang lebih tinggi berbanding rakan2 aku yang lain. Dalam Al Quran ada menyebut, Allah akan menaikkan darjat mereka yang berilmu. Oleh itu, rajin2lah tuntut ilmu.

كن عالما او متعالما او مستمعا او محبا ولا تكن خامسا فتهلك
Jadilah orang berilmu, atau orang yang mengajar ilmu, atau orang yang mempelajari ilmu, atau orang yang mendengar ilmu, atau orang yang cinta akan ilmu. Dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima (selain dari 4 golongan tadi) maka binasalah kamu.


5. Aku sangat2 offensif (?betul ke ejaan BM cenggini)
Aku memang suka menyerang dan menyelar tindakan orang yang rapat dengan aku sama ada dia dalam golongan yang betul atau salah. Kebanyakan mereka sudah terpengaruh dengan kedrastikan serangan aku. Sebelum perkara menjadi lebih keruh, aku memohon ampun dan maaf andai kata2 terlalu kasar.

6. Aku dah xtahu nak tulis apa lagi. "Orang da bagi 5 sebab pun xcukup lagi ke?" Kau memang tamak haloba seperti mambang hari raya!

1 ulasan:

Tukang Tulis berkata...

Saya sangat kagum dengan kamu. Ke-perfectionist-an anda itu sangat bagus pada kamuorang bernama lelaki. Keep it up dude!