Isnin, 24 November 2008

Hari Akhir Bersama Aufali di Kotaraya

Penat berjalan-jalan mencari Melayu Minimalis di kota Metropolitan(tak pernah jumpa pun) selama 3 hari, aku tidur macam orang mati tadi. Melampau sangat aku berjalan-jalan sampai buat rumah sendiri macam hotel tumpangan. Akibat dari gangguan telefon yang kuat sangat berdering, aku terjaga dari mimpi-mimpi enak waktu maghrib untuk menjawab panggilan yang agak merobek hati aku.

Apa agaknya perasaan korang bila salah seorang ahli keluarga kamu yang betul-betul kamu harapkan sokongan daripadanya tiba-tiba secara spontan menyuruh kamu berhenti mengambil ijazah dan mengambil diploma tapi dalam bidang lain? Apa kes? Rilek la dulu cik abang oi! Bagilah adikmu ini menghabiskan saki-baki pelajaran yang tinggal di universiti itu dulu. Nanti bila aku sudah graduasi dengan 'tak berapa nak cemerlang' baru boleh fikir pasal subjek yang kau suruh ambil.

P/S: Tadi adik kau dah tolong tengokkan tempat yang kau cakap. Sanggup ke bayar rm 1000?

Sabtu, 15 November 2008

Kamu Memang Chillaka 2

Hidup aku tidak keruan disebabkan oleh kamu.
Setiap malam kamu menjadi pengubat tidurku.
Aku meredah hujan lebat pada waktu malam disebabkan oleh kamu.
Aku membuang masa menolak motor sejauh 50 meter menaiki bukit disebabkan oleh kamu.
Aku hampir demam disebabkan oleh kamu.
Aku sanggup berkorban demi kamu.
Semua ini gara-gara KAMU!

*p/s: jiwang nak mati! Robert Downey Jr. sekolah kat mana hah?

Ahad, 9 November 2008

Nukilan massa (eceh!baru blajar semalam)

Sementara mencari dan berseronok baca blog orang lain, teringin pula nak buat satu entri. Bila nak tulis pasal Arsenal menang, head SAMPAH wannabe ini dah buat pulak! Nak tulis pasal Obama, banyak sangat orang tulis. Lagipun, aku bukannya tahu sangat pasal Obama. Kalau wikipedia tu penipu, memang sah2 la aku kena tipu.

Tiba-tiba, sekumpulan pelajar USM - Scientist Wannabe - berkumpul dalam sebuah ruangan khas membincangkan masa hadapan yang sangat 'cerah'. Kami berpakat - nak cari RUMAH SEWA - (maaflah karem, kami tak peduli pun kau nak ikut ke taknak. Janji aku dapat duduk luar). Sogokan kepada beberapa kenalan seangkatan atas dasar kehilangan tonggak belajar utama - ketiadaan Abg. Khairi kerana latihan industri di Perlis - mereka pun bersetuju dan memulakan langkah 'mahu ada jalan'.

Seingat aku, perkara ini telah lama dibincangkan kepada rakan-rakan yang bersekongkol sekali. Akhirnya, keputusan ini menjadi satu realiti buat kami (aku sebenarnya). Dengan kemudahan awam seperti 2 buah kereta dan 3 biji motosikal, aku rasa ini mungkin satu perubahan aku sebagai seorang pelajar yang cuba belajar hidup susah dalam proses pembelajaran. Macam menarik dan ekstrim bunyinya. Maksudnya, kami lebih didedahkan dengan lebih banyak dugaan untuk ponteng ke kelas. Kau orang agak-agak apa kata mak aku nanti hah?

*p/s: Aku taknak satu keluarga aku tahu yang aku nak duduk luar!