Jumaat, 30 Januari 2009

Aku Pernah...

Kita tinggalkan sementara isu perbincangan Palestin yang tak pernah sudah itu. Topik hari ini wahai kawan-kawan sekalian adalah cara berdakwah yang sangat 'berkesan' dan 'efektif' oleh sekumpulan remaja untuk membendung gejala sosial melalui penghapusan komuniti-komuniti yang terlibat.

Sebenarnya, isu ini aku baru tahu selepas membuka myspace yang sekian lama tertutup. Muncul satu golongan yang menggunakan laman myspace untuk membendung masalah sosial yang ditimbulkan melalui kegiatan bepersatuan a.k.a berkomuniti. Pada mulanya, aku terbaca mesej yang dihantar kepada sebuah komuniti dalam malaysia ini. Komuniti yang satu lagi menghantar mesej itu bagi membangkitkan isu kesedaran agama terhadap semua komuniti-komuniti yang bergerak secara inDIE dengan membuka pekung dada mereka.

Buat si penghantar mesej kepada komuniti berpusat di Penang, Islam tidak suruh umatnya membuka kesalahan orang lain semata-mata demi mengajar dan memberi pendidikan. Banyak cara lagi yang kamu semua boleh ketengahkan daripada memburuk-burukkan kesalahan orang lain. Cubalah mengetengahkan idea dan konsep baru supaya mereka ini sedar dan insaf (macam fenomena RAIHAN). 

Aku bukan mahu menyalahkan kau orang semua. Kamu juga sedikit sebanyak membuka mata aku terhadap kedegilan remaja yang terlalu mem'barat'kan diri sendiri (semuanya nak jadi Amerika). Tapi Islam itu datang dengan cara yang suci. Perlaksanaan syariah dan terapan akidah juga datang dengan suci dan murni. Tiada paksaan dan berlebih-lebihan dalam agama. Allah mencipta manusia dengan akal untuk manusia berfikir. Bukan untuk membabi buta dengan mempertahankan ego atas nama agama. Kamu nak jatuhkan semua komuniti adalah satu tindakan yang sangat bodoh.

Jadi, aku mencadangkan kamu satukan semua komuniti-komuniti yang kamu cuba jatuhkan, kemudian buat satu perkumpulan untuk membincangkan masalah yang timbul. Kita hanya manusia yang mampu untuk menyampaikan hukum. Manusia bukan sama sekali PENGHUKUM! 

1 ulasan:

Bule berkata...

babi la...
mase tu seminggu awal kan..
aku bukan bagi harapan..
ingat mmg ader la...
sekali pergi tanye dah habis...
kalau nak turun, dtg je la...
nanti ikhtiar lain cara...
hahahaha