Rabu, 21 Januari 2009

Masa Kecik-Kecik Dulu...

Agak berkurun laman ini menyepi. Rasanya aku sudah 'terpanggil' untuk menyemakkan laman ini dengan post-post yang baru (kot.)

Seingat aku, isu Palestin - Israel sudah menjangkau usianya yang ke-42. Isu yang sam masih lagi berulang. Banyak kali aku membaca surat khabar dan media-media yang berkaitan menyiarkan isu yang sama. Dan setiap kali mereka utarakan adalah kekejaman Israel itu sendiri dengan menyelar tindakan Hamas (pejuang politik Ghazzah/gaza) sebagai kumpulan pengganas.

Dari sudut pandangan aku, tindakan Hamas itu menembak 'beberapa' das tembakan keatas bumi Israel (kononnya), yang hanya satu das tembakan tepat pada sasarannya adalah tindakan untuk meraih simpati dan memberitahu kepada seluruh dunia keperitan hidup yang sedang mereka alami sekarang. Ringkas kata, mereka hanya mampu menyampaikan mesej dengan cara tersebut supaya rakyat Islam di seluruh dunia tahu dan mengerti mesej yang ingin disampaikan.

Tapi, dalam kesusahan dan keperitan hidup mereka, sebahagian besar dari media menggunakan peluang ini untuk menyelar mereka sebagai 'terrorist'. Alasan ini digunakan untuk mencabul perjanjian genjatan senjata 10tahun seterusnya mengambil peluang membunuh rakyat besar-besaran.

Tindakan rakyat Malaysia memboikot produk Israel adalah sebagai tindakan susulan untuk menyokong tindakan menghalang Yahudi dari terus berleluasa membedil rakyat Palestin secara berterusan. Bagi aku sendiri, memboikot barangan mereka memang satu tindakan murni tapi seolah-olah kita terpaksa menanggung kesempitan barangan. Maksudnya, produk-produk Islam kurang dieksploitasikan ke antarabangsa menyebabkan tampungan terhadap produk Israel yang telah diboikot kurang. Akibatnya, kekurangan bekalan boleh menyebabkan ekonomi sesuatu negara jatuh merundum seterusnya menjatuhkan lagi maruah Islam yang pernah dikenali di seantaro dunia pada kurun ke-16.

Masalah yang orang Islam sendiri, kita sebenarnya sedang berada dalam kemelut ilmu. Kekurangan ilmu menyebabkan kekuatan umat Islam itu sendiri dipandang rendah oleh orang kebanyakan. Bayangkan, hampir 3trillion umat Islam di seluruh dunia, hanya 3 orang sahaja yang layak menerima hadiah nobel. Bukankah itu satu perkara yang sangat menyedihkan?Skop perbincangan ini boleh didapati dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 15hb Januari 2009 (kalau aku tidak silap).

Rasanya, perbincangan ini terpaksa disambung untuk hari akan datang. Banyak lagi yang boleh diutarakan pada masa hadapan.

Tiada ulasan: