Khamis, 19 Februari 2009

*Tribute To Redemption Song* Hari Ini Aku Sedikit Berlainan

Sedang aku menanti saat esok hari (Khamis keramat) menjelma, Terpanggil aku menjadi watak utama sebanyak 2 kali pada minggu ini. Yang sedihnya, semuanya hanyalah watak-watak dalam alam maya yang tidak berenghuni dan dipenuhi doktrin-doktrin fantasi aku sahaja. Tetapi aku masih berbangga kerana masihada insan di luar sana memandang tinggi akan keboleh upayaan aku melalui personaliti sekujur tubuh ini.

Ya, sememangnya kau memang tetap menjadi pojaan hatiku sebagai rakan ISTIMEWA (bukan maksud literal.) Kerana kau menyebabkan kita tertonton 'Cinta Infiniti' akibat ketaksuban aku dengan Scha Yahya. Ah. Memang bosan tatkala aku duduk dalam keadaan sejuk beku jauh ke utara USM yang ditemani bilik bau-bau kampung tatkala bulan mengambang. Aku rindukan saat itu walaupun perpisahan kita hanya baru 5 jam. Aku juga merindui watak Jamal Malik (Slumdog Millionaire) yang sering diutarakan oleh seorang sayid yang meniti hari-hari akhir di bumi penuh 3gp.

Nik, persoalannya, mengapakah kau sering menyebut nama aku dalam blog kau? Aku sering terkesima dan kosong otakku mengenangkan memori-memori pahit sewaktu bersama-sama kamu ketika bermain bola. Aku lebih rela bergandingan dengan Rajo. Rajo 10 kali ganda cemerlang daripada kamu. Aku kaget dengan senyuman sinismu yang selalu memperkotak-katikkan propaganda kasirim.

Punca kejahilan aku datang dari kelemahan berfikir dalam keadaan yang sejuk sehingga menolak segala unsur realiti dunia. Akumasih tidak percaya kerana menghabiskan sisa-sisa hari Rabu bersama abang tercinta demi satu tujuan masa hadapan.

Akhirnya aku sedar, gejala black metal menjadi pertaruhan semgred aku untuk tugasan kali ini. Kamu banyak mendorong aku untuk berfikir secara rasional dalam mengupas isu semasa. Segala yang tercoret adalah dalam keadaan tidak sedar. Akhirnya aku mengerti.

AKU DALAM KEJELESAN.

p/s: Tidak ada kena mengena dengan yang berbaur unsur literal. Semuanya tafsiran secara realistik.

Sabtu, 14 Februari 2009

Memandangkan Aku Suka...


Maaf Yassin. Aku tidak dapat memenuhi permintaan dan harapan kamu kerana aku lebih cenderung kepada ini. Maafkan aku kerana kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap jenama ini. Maafkan aku andainya hati kamu terguris (jeles cakap) kerana tidak memilih VOX.

---------------------

Ini cerita lain. Aku masih tercari-cari barang keperluan. Mungkin ini menjadi pilihan buat sementara waktu. Aku tetap masih memerlukan bantuan rakan-rakan untuk mencari yang terbaik buat masa ini. Kepada yangterlibat, harap sediamembantu sahabatmu ini yang masih mencari. Semoga jodoh aku dengannya sehingga ke akhir hayat aku. Berilah aku pendapat yang terbaik. Apa kata kamu kalau aku pilih ini?

Selasa, 10 Februari 2009

Sebelum Maghrib


Mungkin ini salah satu entri aku yang agak luar biasa. Kita akan berbincang sedikit pasal hawa nafsu lelaki ya? Hari ini aku tertarik dengan satu amoi yang baru lepas melintas jalanraya. Jadi aku terfikir, adakah manusia yang sejantina aku mempunyai pendapat yang sama?

Pernah tak kau orang terlintas bahawa wanita yang berpeluh itu seksi?Mula-mula aku langsung tak sokong. Malangnya, lama-kelamaan melalui pemerhatian aku sendiri, wanita yang berpeluh (lepas bersukan la) tampak sangat seksi pada pandangan kasar aku. Cillaka kau amoi! Mereka seolah-olah memerangkap aku ke dunia fantasi. Aku tak tahu lah. Normal ke tak aku ni? Ataupun ini cuma plagiat (bak kata monyet laut)?



*p/s:Kalaulah wanita yang baru lepas bersukan tiba-tiba menerpa ke arah aku dan mintak nombor telefon aku, aku mesti tak tahu nak buat apa ibarat seorang wanita hot datang kepada kau dengan gaya kewanitaan meminta nombor telefon kau.

p/s2:Kau orang memang cillaka memaksa aku update blog!

Sabtu, 7 Februari 2009

Kerana Balik Rumah Lambat...

Kawan-kawan, hari ini kita cuba keluar daripada topik agama ya!Hari ini aku lebih tertarik untuk membincangkan isu kemunduran pembangunan yang berlaku di bahagian pantai timur. Skop perbincangan ini tidak merangkumi masalah politik dalaman (mungkin ada tapi tak banyak) tetapi lebih kepada sebab-sebab utama kemunduran kawasan mereka.

Berdasarkan pengamatan aku sendiri semasa perjalanan bercuti ke kampung, aku banyak melihat petempatan yang berselerak dan kawasan yang mundur berlaku di bahagian pantai timur terutama kawasan yang terletak di bahagian selepas Banjaran Titiwangsa (semak buku Geografi Tingkatan 3). Perubahan ini mula ketara apabila melihat kependudukan Kuantan yang terpisah kepada 2 bahagian (kalau ikut jalan lama):
1. kawasan selatan
2. kawasan utara

Jadi, sejenak aku berfikir, mereka sebenarnya mundur bukan atas sebab ketiadaan bajet yang mencukupi untuk pembangunan. Sebenarnya, faktor kawasan yang terlalu luas dan dominasi pemilikan tanah menyebabkan mereka masih jauh tertinggal dalam pembangunan. Terlalu luas tanah yang dimiliki yang hanya dibina sebuah rumah dalam sebidang tanah itu. Hal ini menunjukkan penguasaan tanah yang tidak konsisten kepada setiap penduduk menyukarkan projek-projek pembangunan.

Kedua, kemunduran terhadap pembinaan pusat-pusat bandar yang menyediakan akses pelbagai seperti institusi perbankan dan sebagainya. Contohnya, Mayabank yang paling berhampiran dengan kawasan felda Jerangau adalah sejauh 28km dari kawasan felda itu sendiri. Akses yang terlalu jauh menyukarkan penduduk sekitar mengambil peluang untuk berurusan dengan pihak bank dan mereka lebih rela menyimpan duit di bawah bantal daripada menyimpan di bank. Pendapat aku, 'orang kampung' sebenarnya tidak tahu untuk membelanjakan pendapatan mereka. Jadi, 'orang kampung' sebenarnya lebih kaya daripada orang bandar. Pernahkah kamu terfikir bahawa dengan meletakkan satu pusat beli belah yang besar (contoh Pavillion) di kawasan kampung banyak mempengaruhi kawasan sekitarnya?Kependudukan dan mentaliti mereka sedikit sebanyak dipengaruhi kepada pembangunan. Langkah ini mungkin mengambil masa yang agak lama tapi ianya memberi impak yang sangat besar.

Jadi, jelaslah bahawa kawasan yang sangat luas menyebabkan kekurangan akses ke bandar. Inisiatif yang paling berkesan ialah menambahkan bilangan bandar di kawasan pantai timur untuk memajukan orang Malaysia. Barulah keadilan dan hak pembangunan sama rata dapat dijalankan. Kepada pelabur-pelabur, gunalah peluang anda untuk melabur pembangunan kawasan pantai timur (buatlah satu Times Square kat pahang ke, terengganu ke).

p/s: Mamat direktor memang hebat menulis walaupun tak power main bola!