Memaparkan catatan dengan label aku lain hari ini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku lain hari ini. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Februari 2010

Kasut-Kasut Bagi Makan Lipan

¨Ini kang beli kasut mahal-mahal, main macam Shukor Adan. Shukor Adan tu pula, beli kasut mahal-mahal, main macam Ebby Yus.¨ (Pipiyapong Abdillah - November 2008)


Rasanya aku tak perlu beli kasut futsal kot. Pinjam sudah. Lagi-lagi kalau kasut jalan-jalan/kasual/kerja/menoreh getah/gig/fesyen/main basikal/berjenama tapi made in China/Danau Kota macam ni:


Harga dia takyah citer la beb. Member aku sorang ada beli, harga dia sama dengan 42 kotak Dunhill 14 kot. Kalau yang hisap Winston, mahu sampai 2 bulan punya stok.



p/s: Dari dulu lagi aku simpan hasrat nak beli raket titanium tu. Bila dah cukup duit, semua orang nak main futsal pulak.

Rabu, 17 Februari 2010

Aku Ada Hobi Baru

Sejak dua menjak ini, hiburan aku adalah menonton wayang. Ya aku tahu, aktiviti ini tak berfaedah jika berlebihan sebab kamu boleh memuat turun cerita-cerita tersebut atau membeli DVD di pasaran gelap secara haram. Memang sangat membazir dan perlukan banyak wang ringgit. Tapi nak buat macam mana, kalau dah berminat, apa sahaja rintangan pun sanggup aku redah. Tapi aku mempunyai satu nasihat buat yang menggemari aktiviti ini. Aku tidak memaksa kamu untuk terus tidak menonton wayang, cuma andai persoalan seperti ¨kenapalah aku suka sangat tengok wayang? Dahlah membazir duit, masa pun membazir juga¨ muncul dalam kotak fikiran, kamu aplikasikan situasi ini dalam diri kamu; ¨sekurang-kurangnya aku suka tengok wayang pun tak sampai tahap tidur dalam kereta kerana seorang kaum hawa!¨



p/s: Padan muka hang! Bagi lagi harapan kat aku. Cet! Pigidah!

Ahad, 14 Februari 2010

Aku Mahu Sesuatu

21hb Februari 2010. Aku menanti saat itu. Kau agak-agak aku patut cakap ke tak?


p/s: Aku masih diberi harapan dan masih mengharap. Tolonglah, aku tersepit antara 2 pihak. Jangan sampai aku luahkan sudah.

Isnin, 8 Februari 2010

Aku Poseur 2

Well you must be a girl with shoes like that
she said you know me well
I seen you and little steven and Joanna
Round the back of my hotel oh yeah

Someone said you was asking after me
But I know you best as a blagger
I said tell me your name is it sweet?
She said my boy it's dagger oh yeah

I was good she was hot
Stealin' everything she got
I was bold she was over the worst of it
Gave me gear thank you dear bring yer sister over here
Let her dance with me just for the hell of it

Well you must be a boy with bones like that
She said you got me wrong
I would've sold them to you
If I could've just have kept the last of my clothes on
Call me up take me down with you
When you go I could be your regular belle
And I'll dance for little steven and Joanna
Round the back of my hotel oh yeah

I was good she was hot
Stealin everything she got
I was bold she was over the worst of it
Gave me gear thank you dear bring yer sister over here
Let her dance with me just for the hell of it

Chelsea Chelsea I believe that when your dancing
Slowly sucking your sleeve
That all the boys get lonely after you leave
And it's one for the Dagger and another for the one you believe

Chelsea Chelsea
I believe that when your dancing
Slowly sucking your sleeve
That all the boys get lonely after you leave
And it's one for the Dagger and another for the one you believe

--------------------------------

Chorus
Blue is the colour, football is the game
We're all together, and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
'cause Chelsea, Chelsea is our name

Verse 1
Here at the Bridge whether rain or fine
We can shine all the time
Home or away, come and see us play
You're welcome any day

Chorus
Blue is the colour, football is the game
We're all together, and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
'cause Chelsea, Chelsea is our name

Verse 2
Come to the Shed and we'll welcome you
Wear your blue and see us through
Sing loud and clear until the game is done
Sing Chelsea everyone.


p/s: In captain ex´s best friend´s gang-banger we trust!

Aku Poseur

Wehu! Chelsea menang 2-0 siot. Cikai gila Arsengal.


---------------------------------


Mohamed Affan Abdul Rahman
37, Jalan BPP 1/1,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan
8hb Februari 2010
______________________________________________________________________________________
Mohd Adzlan Azmi
M01-4-20,
Dessasiswa Restu,
Universiti Sains Malaysia
11800, Pulau Pinang

Tuan,


PENUBUHAN KELAB ´POSER´ SEMALAYSIA DAN PERLANTIKAN TUAN SEBAGAI YANG DIPERTUA


Saya seperti nama yang tertera di alamat merujuk kepada perkara di atas.


2) Seperti yang pihak tuan sedia maklum, kekerapan pasukan Chelsea mendahului puncak liga baru-baru ini amat memberansangkan. Sehubungan itu, telah ramai peminat pasukan lain telah mula beralih arah kepada penyokongan Roman Abramovich. Walaupun saya merupakan bekas peminat Arsenal, saya telah jatuh hati kepada persembahan pasukan Chelsea yang tidak berapa nak best itu tetapi sentiasa menang. Baru-baru ini, Carlo Ancelotti berjaya menjinakkan pasukan Arsene Wenger dengan membolosi gawang lawan sebanyak 2 gol.


3) Walaupun pasukan Manchester United kini diambang keghairahan dengan kemantapan Wayne Rooney baru-baru ini, saya yakin bahawa pasukan ´Red Devils´ ini tidak mampu bertahan lama kerana hutang-piutang yang semakin bertambah. Arakian itulah saya menyeru pihak tuan mempertimbang permintaan kecil saya ini.


4) Nampak gayanya Liverpool juga telah mengorak langkah untuk sentiasa bergerak seiringan setaraf pasukan 4 teratas. Namun begitu, prestasi mereka yang terumbang ambing seperti ombak membuatkan lebih ramai yang cenderung untuk memihak kepada Chelsea. Tambahan lagi, mereka merupakan satu-satunya pasukan EPL yang tersingkir pada Liga Juara-Juara Eropah pada peringkat awal. Dengan rekod dan prestasi yang agak buruk itu, saya yakin peminat Liverpool, peminat Lucas Leiva secara khususnya yang bernama Nik Ashri juga menyokong draf perancangan ini.


5) Saya sertakan beberapa memorandum yang mengandungi tandatangan penyokong penubuhan kelab ini sebagai bukti bahawa tuan tidak berseorangan. Justeru itu, saya berharap pihak tuan dapat menaungi kami yang masih terumbang ambing kerana kebolehan tuan sebagai seorang ketua telah ditonjolkan semasa penubuhan organisasi SAMPAH seketika dahulu.


6) Segala jasa baik pihak tuan amatlah dihargai. Saya merayu pihak tuan agar mempertimbangkan cadangan ini supaya lebih ramai lagi dapat menjadi ahli rasmi kelab ini di bawah naungan pihak tuan.


Sekian, terima kasih.



MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.





Yang benar,

.................................
(Mohamed Affan Abdul Rahman)
Setiausaha,
Kelab ´Poser´ SeMalaysia


*Cetakan berkomputer ini tidak memerlukan tandatangan.

---------------------------------------------------------

p/s: Mintak tolong siapa yang berminat tinggalkan komen. Biar bule terharu beliau tidak keseorangan.

Jumaat, 15 Januari 2010

Jeleskah Kau?

Sejak tahun 2000 sehingga kini, aku berjaya mengekalkan purata berat badan. Julat kenaikan dan penurunan berat badan antara 1kg-5kg satu tahun. Aku tahu ini memungkinkan para wanita di luar sana sangatlah mencemburui aku. Biasalah, solusinya cukup mudah. Aku seorang lelaki dan ada genetik yang berkaitan dengan tekanan darah. Lagipun memang keluarga aku mempunyai kadar metabolisme yang tinggi seperti seorang atlet sukan walaupun tidaklah seaktif mereka. Cemburukah kau wahai para wanita yang ingin kurangkan berat badan? Aku cemburu pada orang yang senang naik berat badan. Biasalah manusia, sifat tamak itu normal.

Khamis, 14 Januari 2010

Biarkan Aku

Aku sudah nampak satu reaksi. Sudah tentu jawapan ini lebih memuaskan hati aku. Beliau tidak berpihak kepada mana-mana kerana isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan undang-undang malah tidak ada perkaitan melalui agama. Huraian beliau cukup menterjemahkan apa yang sedang berlaku sebenarnya. Itulah konsep dakwah.



------------------------



Sudah dengan isu itu, aku mula menaruh harapan. Bukan isu semasa ke apa, cuma kepada seseorang. Oh tidak. Kau banyak menepati citarasa aku. Sudah banyak kali kau memberi harapan. Aku masih menerima dengan hati terbuka walaupun aku tahu aku terlebih mengharap. Cis kau wanita. Sayup-sayup kedengaran kau sekarang bergerak solo. Cis cis. Harapan lagi tu. Malangnya....



p/s: Amirrul mesti syak aku dengan minah tu. Hang salah weh! Inilah dinamakan spekulasi. Apa jadi kat market kalau aku orang penting?

Rabu, 23 Disember 2009

Apakah?

Lagu tema: Bitter:Sweet - Being Bad


Semalam aku bermimpi yang super pelik. Ya aku tahu, mimpi memang pelik plot ceritanya tapi aku punya plot sedikit sebanyak mencerminkan kehidupan aku. Sedap aku tengah layan tilam yang empuk, tiba-tiba terdengar suara mak aku sambil marah-marah dan memaksa aku untuk belajar di sekolah menengah semula kerana.....(hanya beberapa orang sahaja tahu sebabnya). Aku pun bangun dan terus mengambil pakaian kononnya untuk daftar kemasukan pelajar tingkatan 5 di sekolah berasrama (kenapa tak mula dengan tingkatan 1/4?). Oh, apa lagi, dengan segala kegeniusan yang ada dan pengalaman yang bertimbun-timbun, aku mengorak langkah ke kelas dengan harapan SPM kali ini aku konfirm dapat 1A semua subjek. Setibanya aku di kelas, aku terduduk kerana guru kelasnya berwajah Cheryl Samad. (Apa cer?) Terdetik hati aku, ¨alah, ni kan mimpi. Layan jela.¨



Setelah agak bosan dengan proses pembelajaran yang tak pernah ubah sejak azali (melampau!) aku mula mengambil langkah drastik dengan melarikan diri dari proses pembelajaran (ponteng lah). Bertambah peliknya, si Cheryl Samad itu seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan atas perbuatan aku. Guru disiplin pun buat dek.



Sampai ke peperiksaan pertengahan tahun, seperti biasa aku menyumbang markah terbanyak. Biasalah tu, kalau kau orang hidup sezaman aku, mesti SPM dianggap ´kacang´. Cheryl Samad tadi mula memuji-muji aku sebagai pelajar genius. Aku mula tertarik dengannya (apa cer?) dan selalu bertandang ke bilik guru untuk berdiskusi. Pernah sekali aku terlepas cakap untuk bertanyakan soalan Matematik (apa cer?) bertaraf universiti. Dia masih menjawab soalan tersebut dan mula menunjukkan rasa hairan. Aku mula menggelabah dan cuba mengubah topik. Sejak peristiwa tersebut, kami semakin rapat menyebabkan aku menjadi pelajar yang disayangi (apa cer?)



Sewaktu diskusi khas (aku dengan Cheryl Samad aja lah), aku mula menceritakan perkara yang sebenar kepadanya. Tiba-tiba aku mula terfikir, sepatutnya aku tidak perlu mengulangi SPM. Dengan keputusan SPM yang lalu pun aku masih boleh memohon kos-kos yang ditawarkan di universiti. Kenapa aku bodoh sangat waktu itu? Dengan berbaki 12 hari untuk menjalani peperiksaan SPM, tiba-tiba berkumandang lagu Rage Against The Machine - Killing In The Name Of dan bunyi getaran-getaran yang biasa kita dengar apabila telefon mula berdering. Aku terjaga. Cis! Kacau betullah abang aku.



Pasal plot cerita itu aku tak berapa kisah. Aku ada persoalan:

1. Kenapa mesti Cheryl Samad? Adakah dia wajah selebriti yang terakhir aku tengok sebelum aku masuk tidur pada hari itu (iklan juara lagu)?
2. Kenapa mesti SPM?
3. Kenapa mesti ada adegan yang agak jiwang aku dengan Cheryl Samad?Aku tak pernah adore dia pun.
4. Kenapa mesti soalan Matematik?Fizik tak boleh?Kimia ke, Biologi ke.

Selasa, 22 Disember 2009

Pelik

Minggu ini aku ber'mood'kan James Bond. Aku tak tahu kenapa. Untuk penggemar muat turun lagu secara percuma, sila cari Bitter:Sweet atau Shana Halligan. Memang Casino Royale habis.


p/s: Bukan Bittersweet Malaysia ya. Itu genre untuk ber'skunking'.

Khamis, 10 Disember 2009

Biru Kacamata Hitamku

Bagi menaikkan mood, silalah mendengar lagu Cake - Short Skirt Long Jacket sambil membaca entri ini.


Sudah lumrah dan fitrah manusia yang bernama lelaki akan tertarik kepada perempuan. Pilihan yang bagaimana perempuan itu terpulang kepada tuan empunya badan.Memandangkan aku tidaklah berada di kedudukan tengah-tengah (aku bukan gay/pondan/khunsa/lesbian) dan aku seorang lelaki, aku memang senang tertarik kepada wanita berambut pendek (cerita lain) dan berkaca mata.


Malang untuk para pembaca, aku tak mahu hurai panjang lebar deskripsi wanita pilihan. Aku cuma mahu menyampaikan pemerhatian aku terhadap wanita berkaca mata. Seolah-olah kaca mata yang mereka pakai mempunyai satu daya tarikan seperti magnet untuk memerangkap mata aku supaya memerhatikan beliau lebih lama atau dengan kata mudahnya meng'usha'. Mata yang tersorok di sebalik bingkai kaca itu begitu bersinar-sinar sehingga membuatkan mata aku silau (untuk aku je weh. Hangpa aku taktau).


Aku dah jauh menyimpang ni. Aku nak cerita pasal seseorang yang berkaca mata ada mempunyai satu masalah penampilan. Satu sahaja! Iaitu mereka tampak pelik apabila membuka kaca mata. Mata mereka seolah-olah sengaja disepetkan. Aku tak tahu apa kaitannya dengan Sains. Mungkin penerimaan cahaya yang kurang membuatkan mereka lebih fokus dan dapat melihat objek kot. Pelik sangat rupanya. Jadi, sesiapa yang memakai cermin mata lagi-lagi perempuan, jangan buka spek kamu di depan aku untuk mengelakkan kadar peratusan penampilan terhadap aku berkurang. Haish. Apa aku mengarut ni syaitan!

Isnin, 23 November 2009

Pedulikah Kamu?

Aku baru habis menonton cerita House M.D episod yang terbaru. Ada satu babak yang menyebabkan aku berfikir sejenak. Babak yang menyaksikan sesi soal menyoal antara seorang doktor (Cameron - pernah menjadi kegilaan aku. Sekali lagi, PERNAH!) Dia mengajukan soalan kepada pesakit yang berumur 17 tahun, dan pesakit itu menjawab "....and i'm following his tweet..." Muka Cameron dan Chase agak tercengang dan mulutnya hampir terbuka luas menunjukkan reaksi ke'tiada-idea'an mereka. Dengan pantasnya, pesakit itu membalas, "look, its gonna take a while to explain that."



Ya, aku memang belum terjebak dengan mendelaah itu lagi. Mungkin satu hari nanti atau mungkin tidak langsung. Bergantung kepada situasi. Lupakan yang itu. Aku cuma mahu sampaikan, sepandai mana pun kamu dalam ilmu dan penyelidikan, kamu tidak akan jadi pakar dalam 2 perkara sekaligus. Jadi, untuk mereka yang berjenis provokatif terhadap tindakan yang aku lakukan, kamu harus sedar kamu bukan berada dalam situasi aku dan kamu hanya mendengar cakap-cakap orang sekeliling dan terus taklid buta. Kamu memang bijak mendalami sesuatu yang dilakukan oleh orang lain sehingga pandai menjatuhkan hukuman. Seeloknya pergilah mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan apa yang kamu sedang lakukan. Kamu sedar kamu juga sama situasinya dengan aku walaupun kita berada dalam bidang yang berlainan? Jadi, hukumannya bukankah sama? Apa gunanya membazir masa untuk mencari kesalahan orang lain? Buat rugi masa dan tenaga kamu sahaja. Tiada apa pun yang kamu untung. Maaf, sekali lagi aku beremosi.


p/s: Aku tak pefom minggu ini. Ramai sangat yang cedera. Harapan tinggal kepada simpanan sahaja. Cis!

Jumaat, 13 November 2009

Kestereotaipan Orang Ramai

Lagu tema; Joget Manalah Jodoh by Ali Mamak ft Abon


Meluahkan emosi menerusi bait-bait lagu dan mengekspresikan diri dalam bentuk muzik kerana kurang lagu yang diperdengarkan tidak mencerminkan emosi. Bagi yang terlalu rasional, dipersembahkan melalui pelan perangkaan yang selalunya adalah perniagaan. Semuanya terlalu rasional sehingga tiada unsur emosi. Jadi, orang yang memulakan perniagaan menerusi muzik dapat menggabungkan kedua-dua elemen ini. Aku respek weh. Sebenarnya, apa yang aku nak cakap aku cuma boleh sampaikan emosi aku terhadap kengkawan yang setia sampai sekarang; dengarlah lagu Sondre Lerche - To Be Surprised. Ini coretan bermakna untuk kau orang yang terus menyokong aku. Sekian, tolonglah hayati.



Ahad, 6 September 2009

Aku Ada Sedikit Kemusykilan

Sebenarnya aku nak tulis pasal telur masin (makanan ya. Jangan salah anggap) tapi aku rasa pada waktu-waktu begini tak elok untuk membangkitkan nafsu serakah manusia. Jadi aku beralih kepada kemusykilan aku sejak pagi tadi. Ini berkait dengan tatabahasa Bahasa Melayu/Malaysia.


Perkataan 'menyampah' itu ada kata dasar atau tak? Ataupun perkataan itu sememangnya kata dasar? Jika ia bukan kata dasar, jadi perkataan 'sampah'lah sebagai kata dasarnya? Bukankah selalunya kata dasar itu sesuatu perbuatan a.k.a kata kerja? Jika bukan sekalipun, imbuhan yang ditambah pada kata dasar tersebut menyebabkan perkataan duplikasi itu menjadi sesuatu kata kerja kepada kata dasarnya bukan? Contoh; BUKU. Jika ditambah imbuhan, maka jadilah 'MEMBUKUKAN". Bukankah perkataan itu sebuah kata kerja yang merujuk kepada buku?


Perkataan menyampah itu adakah merujuk terus kepada sampah ataupun hanya mengambil maksud tersirat yakni sampah merupakan sesuatu objek yang annoying dan menyampah pula sifat annoy? Boleh ke apabila penambahan imbuhan me....kan menjadi sebuah kata sifat dan bukan kata kerja?Oh, aku bertambah pening. Tolong jawab ya sesiapa yang tahu.


p/s: Ini tribute kepada Bule yang ejek aku semalam sebagai PENYAMPAH. Tiba-tiba kepala otak aku mula berfikir pasal ini.

Khamis, 13 Ogos 2009

Entri Edisi Khas

Aku Mahu Bercerita jugak pasal Naruto Shiipuuden F.C (janji aku kat nik). Kenangan pahit dan manis sama-sama dirasai sewaktu bergelar pelajar tegar USM. Aku rindukan zaman itu membuatkan aku sebak weh. Tak nak tunjuk ja tadi sebab aku kan lelaki. Lelaki kan ada ego. Berbalik kepada isu Naruto Shiipuuden F.C tadi, sememangnya aku berbakat menjadi kapten pasukan yang tidak berguna langsung. Latihan 'petang-petang' bukan untuk memantapkan skil bola pasukan, cuma berorientasikan mahu mengalahkan pasukan yang disertai Zazuan a.k.a zue disebabkan rekod tanpa kalahnya. Aku acapkali turun bersama-sama semasa latihan. Memang kerap kami melatih diri sendiri. Atas dasar itu, aku mula kepenatan sehingga tertidur ketika perlawanan futsal yang dianjurkan oleh USM (memang sengaja tidur sebenarnya). Ya! Seorang kapten meninggalkan anak-anak buahnya terkontang-kanting mengatur strategi sehingga salah seorang ahli pasukan cedera parah (Rajo, bukan nama sebenar). Kenangan itu terlalu indah untuk aku. Oh, aku emo lagi.


-------------------


Cukup sampai disitu. Perihal Naruto Shiipuuden F.C akan kekal bersama memori aku. Aku mahu memohon ampun maaf atas keterlanjuran memberi harapan palsu kepada sesiapa yang terlibat* sepanjang perkenalan kita. Segala tindak-tanduk yang kurang disenangi aku harapkan keampunan daripada manusia yang terlibat terutamanya Karem. Biasalah, emosi kadang-kadang tak dapat dibendung untuk mengumpat. Maafkan aku Karem. Mungkin cara teguran aku terlalu kasar untuk kau menerima atau teguran aku tidak bermakna langsung bagi kau. Halalkan makan dan minum aku ya. Aku harapkan kejayaan daripada kau orang. Kepada graduan-graduan, aku ucapkan tahniah dan teruskanlah atas apa yang kamu lakukan. Kepada bakal-bakal graduan di Transkrian (haha saja nak kutuk), tabahkan sahaja diri untuk minggu konvo. Aku tahu kamu kecewa. Masa kamu belum sampai. Satu hari nanti kamu akan merasai apa yang mereka rasa. Janganlah jadi macam aku ya. Sedikit update, aku dapat tawaran ambil kos Ijazah Sarjana Muda Kewangan Syariah di UIA untuk bulan Januari tahun depan.


Sekali lagi aku memohon kepada sesiapa yang terlibat, aku perlukan sedikit usaha kamu untuk menulis alamat rumah dalam komen mahupun menghantarkannya ke e-mel aku. Sesiapa yang baca, harap tolong bagitahu orang yang tak baca. Aku sudah merancang pertemuan 'agung' kita bersama selepas perpisahan ini.Waktu pertemuan itu aku sedang mengira saatnya. Harap kamu sedia menuggu dan sudi menulis. Aku memohon jasa baik kamu semua.


Jumpa lagi bila kita berjumpa.


*orang yang dimaksudkan adalah: Mohd Adzlan, Mohd Amirrul, 'Abdur Rahman 'Auf, Syazrul Aqram Iman, Mohd Aliff Zaini, Mohd Yusoff, Mohd Yassin, Siti Syarifah Hadli, Jamil, Hisamuddin Misron, Eswandy Asre, Abang Khairi, Amir Ahmad, Azhar, Zazuan dan Raja.


p/s: Nik Ashri tak payah sebab aku dah mintak tadi.

p/s2: Nama-nama yang tidak diletakkan pautan sedangkan kamu mempunyai blog, sila bagi link sekali ek?

Isnin, 3 Ogos 2009

Saja Suka-Suka

Kamu nak tengok seorang direktor melepas gian terhadap dinding dan perbuatannya itu secara beliau tidak sedar telah dirakam? Lawak gila disebabkan si perakam mengupload video ini tanpa pengetahuan beliau. Mungkin si direktor ini hensem kot. Selamat menonton!






p/s: Perhatikan tajuk. Gay habis!

p/s2: Kalau nak tahu description pasal video ni (lagi lawak), klik sini!

Jumaat, 24 Julai 2009

Akhir-Akhir Ini Aku Selalu terkejut

Mana tidaknya, semua orang nak cakap pasal politik. Semua orang sibuk dengan politik. Mungkin sudah ketandusan idea untuk memulakan perbicaraan kot. Aku pun nak sibuk-sibuk jugak. Aku tak kira! Nak cakap jugak!

"Writers use lie to tell the truth while poticians use the truth to tell lies" (V For Vendetta)

Ini adalah rangkuman daripada pemerhatian aku dan kejadian peristiwa politik yang berlaku di Malaysia. Sebenarnya, golongan-golongan penyokong parti terbahagi kepada 2:

1. Orang yang macam lembu (tidak berfikir dan senang terpengaruh)
2. Orang yang berpendidikan.


Persoalannya, kenapa boleh orang-orang berpendidikan pun ada yang berpihak-pihak sedangkan mereka mempunyai ilmu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu situasi? Jawapannya cukup mudah. Mereka berpegang dengan ilmu yang ada pada diri mereka. terpulang untuk diri sendir ataupun masyarakat. Aku cuba nak kupas isu mengapa ada dalam kalangan orang seperti ini memihak kepada satu pihak sahaja.


Untuk parti pro kerajaan a.k.a BN, golongan-golongan educated ini sebenarnya menyokong BN bersebab dan sebab mereka tentu sekali kerana mahukan kepentingan bisnes mereka. Tengok sahajalah pertambahan kroni-kroni dan konco-konco atasan. Mereka sanggup meletakkan Islam (agama) sebagai prioriti nombor dua selepas harta. Kroni-kroni ini diperlukan bagi memudahkan mereka mendapat projek-projek mega seterusnya menjadi kaya-raya dengan membiarkan rakyat di sekeliling mereka terkontang-kanting mencari rezeki. Sebagai contoh yang kuat, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia yang kerajaan mengambil tindakan untuk menambah modal pelaburan dalam bursa saham sebanyak RM10 billion. Apa yang berlaku sebenarnya, kepentingan kroni-kroni beliau didahulukan. Apabila duit itu dipam ke dalam broker, secara automatiknya harga pasaran akan meningkat. Ini memberi peluang kepada konco-konco beliau untuk mendapatkan semula modal mereka (break even) seterusnya mereka menjual semula saham-saham yang telah dibeli. Setelah proses tersebut dijalankan, beliau mengeluarkan semula modal tersebut dengan alasan pembangunan negara yang menyebabkan harga pasaran semakin jatuh tergolek. Ramai investor-investor bermodal saiz sederhana dan kecil terus menanggung kerugian. Sudahnya, pasaran bursa saham Malaysia kekal tidak aktif.


Dalam sistem kapitalis, ekonomilah yang menentukan kekuasaan. Jadi, sesiapa yang memegang ekonomi, maka dialah yang ber'kuasa'. Platform yang mudah untuk menjadi orang yang ber'kuasa' adalah politik pro kerajaan.


Bagi yang memihak anti kerajaan (dalam bahasa sopannya; pro pembangkang) mereka melihat sesuatu perlu dilaksanakan agar perkara ini tidak berterusan untuk mengurangkan beban rakyat yang terpaksa membayar cukai seterusnya memberi lebih keistimewaan kepada mereka. Cukai yang telah dibayar nampaknya seperti memberi sedekah kepada orang-orang atasan seperti mereka. Jadi, mereka mengambil satu langkah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan membawa dasar masing-masing seperti contoh PAS dengan dasar negara Islamnya. Tak perlulah aku huraikan dengan lebih lanjut kerana kamu memang sudah tahu apa dasar yang mereka cuba ketengahkan.


Walaupun begitu, ada sesetengah pro pembangkang menggunakan platform ini dengan tujuan yang salah kerana mereka mahu menawan semua sistem tersebut dan hanya mengaut keuntungan seorang diri. Aku tidaklah pro mana-mana parti pun cuma aku lihat itulah senario yang berlaku di Malaysia sekarang.


Baru-baru ini aku tersedar bahawa dalam parti pembangkang, lebih ramai orang yang baik tujuan dan dasar yang dibawanya daripada yang buruk dan mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja. Hal ini berlawanan dengan parti kerajaan yang didominasi oleh orang-orang yang bertujuan buruk daripada yang baik untuk rakyat. Jadi, aku mengambil jalan untuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup.

"Pilihlah kamu jalan yang tiada mudharat bagi kamu. Jika kedua-duanya terdapat mudharat, ambillah kamu jalan yang sikit mudharatnya."


Aku sambung post pada artikel akan datang. Dah ngantuk. Nanti aku beritahu pandangan aku terhadap isu air percuma di Selangor.


p/s: Boleh kot masuk pasal ISA sikit nanti.

Rabu, 24 Jun 2009

Sempena Hari Bapa Hari Itu

Apa perasaan kau bila kau sendiri menjadi seorang ayah dan anak LELAKI remaja kau mengucapkan selamat hari bapa kepada kau secara tiba-tiba?Kalau anak perempuan tu aku tak berapa nak kisah sangatlah. Adakah ego kau sebagai lelaki tercabar? Kau terkejut kerana anak kau begitu mudah merendahkan ego mereka? Entahlah. Tunggu lah satu hari nanti.


Aku tak nak ucap sebab tiba-tiba persoalan ini timbul. Agak-agak kau lah, apa reaksi bapak aku bila dia terbaca blog aku pasal ni? Aku keluarga ego lebih. Taktau la macam mana nak gambarkan.

Kepada bakal bapak-bapak sekalian, bersedia la ya!

Ahad, 31 Mei 2009

Haish, Aku Masih Mengharap

Oh Bob Dylan, KAU, abang aku, member aku, maybank, CIMB, USM, ustaz....Bila nak datang dalam hidup aku ni?Lama dah tunggu. Mengharap sangat!

Rabu, 4 Mac 2009

Aku Cukup Menyampah Bila...

Pernahkah kamu menonton cerita melayu bertajuk Scoop?Pertama kali aku menonton cerita ini baru hujung ninggu lepas tatkala melepaskan kebosanan menonton astro prima di rumah.

Sebenarnya, aku cuma mahu hebahkan yang aku tak pernah menyangka Haliza Misbun (watak heroin) sewaktu beliau muda memang betul-betul sebijik dengan salah seorang rakan aku dari segi perwatakan dan iras mukanya. Memang tidak dapat dinafikan keserupaan mereka. Rasanya sudah ditentukan aku bakal bertemu dan berkenalan dengan orang yang menyerupai artis kot.

Aku juga ada kawan yang oranga selalu salah anggap beliau Jehan Miskin ataupun Nasir Bilal Khan. Aku juga ber'kawan' dengan Imuda (Pi Mai Pi Mai Tang Tu)!

p/s: Aku kurang kenalan wanita. Jadi aku mengagak kamu yang mengenali aku tahu siapa yang dimaksudkan.

p/s2: Jangan marah ya sesiapa yang terasa. Bukan senang nak kena puji ngan aku!

Khamis, 19 Februari 2009

*Tribute To Redemption Song* Hari Ini Aku Sedikit Berlainan

Sedang aku menanti saat esok hari (Khamis keramat) menjelma, Terpanggil aku menjadi watak utama sebanyak 2 kali pada minggu ini. Yang sedihnya, semuanya hanyalah watak-watak dalam alam maya yang tidak berenghuni dan dipenuhi doktrin-doktrin fantasi aku sahaja. Tetapi aku masih berbangga kerana masihada insan di luar sana memandang tinggi akan keboleh upayaan aku melalui personaliti sekujur tubuh ini.

Ya, sememangnya kau memang tetap menjadi pojaan hatiku sebagai rakan ISTIMEWA (bukan maksud literal.) Kerana kau menyebabkan kita tertonton 'Cinta Infiniti' akibat ketaksuban aku dengan Scha Yahya. Ah. Memang bosan tatkala aku duduk dalam keadaan sejuk beku jauh ke utara USM yang ditemani bilik bau-bau kampung tatkala bulan mengambang. Aku rindukan saat itu walaupun perpisahan kita hanya baru 5 jam. Aku juga merindui watak Jamal Malik (Slumdog Millionaire) yang sering diutarakan oleh seorang sayid yang meniti hari-hari akhir di bumi penuh 3gp.

Nik, persoalannya, mengapakah kau sering menyebut nama aku dalam blog kau? Aku sering terkesima dan kosong otakku mengenangkan memori-memori pahit sewaktu bersama-sama kamu ketika bermain bola. Aku lebih rela bergandingan dengan Rajo. Rajo 10 kali ganda cemerlang daripada kamu. Aku kaget dengan senyuman sinismu yang selalu memperkotak-katikkan propaganda kasirim.

Punca kejahilan aku datang dari kelemahan berfikir dalam keadaan yang sejuk sehingga menolak segala unsur realiti dunia. Akumasih tidak percaya kerana menghabiskan sisa-sisa hari Rabu bersama abang tercinta demi satu tujuan masa hadapan.

Akhirnya aku sedar, gejala black metal menjadi pertaruhan semgred aku untuk tugasan kali ini. Kamu banyak mendorong aku untuk berfikir secara rasional dalam mengupas isu semasa. Segala yang tercoret adalah dalam keadaan tidak sedar. Akhirnya aku mengerti.

AKU DALAM KEJELESAN.

p/s: Tidak ada kena mengena dengan yang berbaur unsur literal. Semuanya tafsiran secara realistik.