Isnin, 16 Mac 2009

Orang Berlagak Tahu Semua...(maaf, ini post untuk hari jumaat lepas sebenarnya)

lokasi: suatu kawasan di bahagian Sarawak

*si ayah sedang mendayung sampan membawa anak perempuannya ke sekolah.*

anak : "Emak, kenapa ayah pakai tatu harimau?"
emak : "Harimau tu kuat. Jadi ayah ni orang yang kuat bekerja macam harimau."
anak : "Oh, baru ....(nama si anak) tau kenapa emak kahwin dengan ayah."

*emak tersipu-sipu malu sambil memberi nasihat kepada anaknya*

emak : "Satu hari nanti, carilah seorang yang boleh jaga anak emak ni macam harimau yang kuat."
anak yang terpinga-pinga : "Baik emak."

20tahun kemudian---->

lokasi anak : di hadapan maybank.
lokasi emak : di dalam rumah.

anak : "Emak, td ...(nama si anak) baru menyuruh si harimau transfer duit kat emak."
emak yang dah moden tahu pakai cimbclicks: "Aik? Belum smpai lagi pun. Kenapa tak masuk lagi?"

*Anak yang agak kehairanan mula bertanya kepada si penjaga harimau.*

anak : "Encik, agak-agak transfer duit ke bank kaler merah sampai bila?"
penjaga harimau : "Bila transfer tu?"
anak : "Baru sekejap tadi pakai online banking."
penjaga : "Oh, itu dikira lepas pukul 12tgh hari dan tidak dikira untuk hari tersebut. Jadi, paling awal pun dikira hari Isnin dan duitnya akan sampai hari Selasa."
anak : "Terima kasih encik."
*Anak pun beredar kebengangan kerana duit masih terapung di lautan internet dan mula berfikir untuk mencari haiwan yang lain sebagai idola.*

p/s: Masihkah kamu ingat iklan maybank yang menggunakan bahasa dari Sarawak itu? Ini adalah lakon layar semula dan diubah originalitinya.
p/s2:kepada Haliza Misbun (baca post sebelum ni), terima kasih kerana sudi menolong. Esok sampai lah kot duit bakinya.

Rabu, 11 Mac 2009

Orang Nak Jadi...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ

Surah An Nisa :59

Maaf. Sila biasakan diri dengan google untuk mencari terjemahan dan tafsiran ini. Mungkin aku kurang pandai untuk menulis untuk membahaskan tafsiran ayat ini. Terjemahan bolehlah (tafsiran dan terjemahan adalah berlainan maksud).

Setelah kamu berjaya mencari tafsiran ayat ini, sila hubung-kaitkan dengan segala fatwa yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Jangan menunding kesalahan mereka menjatuhkan hukuman secara membabi buta. Harap maklum.

p/s: Tafsiran Hamka amat sesuai kerana ia disampaikan dengan penggunaan bahasa yang mudah dan senang difahami. Opsyen yang lain juga diterima seperti tafsiran Al Kutb.

Rabu, 4 Mac 2009

Aku Cukup Menyampah Bila...

Pernahkah kamu menonton cerita melayu bertajuk Scoop?Pertama kali aku menonton cerita ini baru hujung ninggu lepas tatkala melepaskan kebosanan menonton astro prima di rumah.

Sebenarnya, aku cuma mahu hebahkan yang aku tak pernah menyangka Haliza Misbun (watak heroin) sewaktu beliau muda memang betul-betul sebijik dengan salah seorang rakan aku dari segi perwatakan dan iras mukanya. Memang tidak dapat dinafikan keserupaan mereka. Rasanya sudah ditentukan aku bakal bertemu dan berkenalan dengan orang yang menyerupai artis kot.

Aku juga ada kawan yang oranga selalu salah anggap beliau Jehan Miskin ataupun Nasir Bilal Khan. Aku juga ber'kawan' dengan Imuda (Pi Mai Pi Mai Tang Tu)!

p/s: Aku kurang kenalan wanita. Jadi aku mengagak kamu yang mengenali aku tahu siapa yang dimaksudkan.

p/s2: Jangan marah ya sesiapa yang terasa. Bukan senang nak kena puji ngan aku!