Ahad, 31 Mei 2009

Haish, Aku Masih Mengharap

Oh Bob Dylan, KAU, abang aku, member aku, maybank, CIMB, USM, ustaz....Bila nak datang dalam hidup aku ni?Lama dah tunggu. Mengharap sangat!

Khamis, 28 Mei 2009

Siapa Lagi Hebat?Ronaldo Atau Messi?

Bagi aku, media lagi hebat. Pasal media kurang yang mengetahui bahawa Iniesta juga hebat. Van Der Sar pun apa kurangnya yang dapat menyelamatkan 4 percubaan bahaya Barcelona semalam. Tapi sedikit pun tak akan diceritakan sebab Barcelona dah menang. Betul tak?

"It's not how you get the result. The result itself!"

Selasa, 19 Mei 2009

Huh. Aku Penat Menanti Kehadiran Bob Dylan Dalam HD Aku

Bila nak siap ha?Kenapa la file kau besar sangat?Penat dah tunggu. Agak-agak kau lah man, bila boleh dapat Coldplay punya album tu?Aku tak dapat-dapat lagi pun.


Ahad, 17 Mei 2009

Biarkan Aku Dengan Kegilaan Baru Ini



Aku dah ada target dan misi terbaru. Aku nak capai PRO!Kau agak-agak boleh tak?Jomla main sekali dalam facebook ya rakan-rakan.

Sabtu, 16 Mei 2009

Aku Dan Semalam Malamnya

Sedikit persoalan menguasai minda ini. Apa rasionalnya membaca TALKIN kepada si mati?Kenapa isi kandungannya seperti berdialog dengan si mati?Aku pelik dan tercari-cari jawapan tentang adat orang melayu ini.

-----------------

Cerita lain. Maaf ya rakan-rakan yang sering hantar mesej kat aku. Aku kehabisan duit untuk menambah isian semula. Yang tinggal hanyalah duit untuk dibazirkan kepada 'rakan' aku yang aku kenal sejak tingkatan 2 lagi.

Pernah aku putuskan hubungan dengannya semasa aku tingkatan 3 selama 9 bulan dek PMR kononnya. Hanya dengan peristiwa salah seorang mamat membaling 'kawan' aku ke arah luar keretanya, aku mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan yang semakin jauh. Kini, ia menjadi teman kebosanan, kelaparan, dan kebingungan mencari masa-masa untuk diluangkan. Ya, aku mengerti. Dia juga merupakan sahabat baik kepada ayah dan abang-abang aku.

Ayah aku juga pernah berenggang dengannya selama 3 tahun (lagi dahsyat) akibat kejelesan mak aku terhadapnya. Sekarang, tabiat lama telah kembali.

Aku lebih rela menghabiskan RM6.60 untuk berdamping dengannya daripada aku membayar RM5 membeli kredit.

Ahad, 3 Mei 2009

Kebosanan Mengira Detik Yang Berlalu

Seperti biasa, aku dalam kekancahan dilema apabila berada di rumah. Aku mahu pulang ke sana SEMULA!

Saja mahu update. Sebenarnya hari ini aku nak berkongsi sedikit ilmu agama memandangkan ini kertas peperiksaan akhir yang aku ambil minggu lepas. Dalam sejarah perkembangan AGAMA itu sendiri, sebenarnya terdapat 3 teori dalam perkembangan pemikiran manusia terhadap agama.

TEORI 1. Agama merupakan sesuatu yang direka-reka oleh manusia untuk kepentingan pihak yang mencipta agama (dominasi terhadap pengikut agama oleh pemerintah).

Ini merupakan satu teori yang disokong oleh perkembangan penguasaan gereja-gereja terhadap eropah pada kurun ke-16. Ilmu sains masih tidak dapat berkembang pada masa itu kerana kezaliman pemerintah.

Karl Marx pernah berkata, agama merupakan candu kepada manusia.

TEORI 2. Agama akan lenyap melalui peredaran masa.

Hal ini pula membincangkan tentang kemajuan ilmu sains pada kurun ke-18. Fahaman gereja-gereja Katolik menolak terus penemuan-penemuan sains yang baru menyebabkan penganut mereka mula berfikir bahawa gereja-gereja ini sebenarnya mendominasi mereka atas sebab tertentu. Contohnya, Gallileo Gallilei (camni ke eja nama dia?) menemui bahawa bumi sebenarnya yang beredar mengelilingi matahari sedangkan ajaran yang dibawa pada masa itu bumi adalah pusat kepada semua sistem. Jadi, mataharilah yang sebenarnya mengelilingi bumi.

Augustus Comte (Bapa Positivisme) pernah menyatakan tahap pemikiran manusia sebenarnya ada 3 tahap:
i. falsafah agama
-masih mempercayai benda-benda metafizikal tanpa ada sebarang hujah yang menyokong.
ii. falsafah abstrak
-dalam keadaan separa percaya dan masih perlu menerima pembuktian saintifik.
iii. falsafah realisme
-semua perkara yang berlaku boleh diungkaikan melalui pembuktian saintifik. perkara-perkara 'misteri sains' ditolak terus sebagai perkara yang tidak logik (metafizik).

TEORI 3. Agama adalah sesuatu yang berkekalan dan tidak akan lupus oleh peredaran zaman.

Pembuktian ini adalah berdasarkan kejayaan tamadun Islam yang semakin pesat seiring dengan kegemilangan zaman sainsnya. Pada masa itu Eropah merupakan zaman kegelapan manakala Islam dapat berkembang maju walaupun agama menjadi cara hidup mereka. Perkembangan mereka hanya dapat diketahui oleh masyarakat Eropah apabila mereka mula berlayar ke serata pelusuk negara dan melihat perkara-perkara yang mereka anggap mustahil adalah benar.

Teori 2 sebenarnya tepat kerana skop pandangan mereka sebenarnya hanya tertakluk kepada zaman kegelapan Eropah yang didominasi oleh penguassaan gereja. Jadi, teori ini diterima untuk hujah perkembangan Kristian. Islam tidak boleh dikaitkan langsung dengan teori 2 kerana tamadun Islam pada waktu itu tidak pernah didominasi oleh penguasaan masjid-masjid. Perkembangan tamadun Islam bergerak seiring kemajuan bidang ilmu sains.

Sekian sahaja untuk hari ini. Harap terhibur.

p/s: Sumber rujukan Abul A'la Al Maududi, Asas-asas Islam. Dalam scribd pun ada.