Sebenarnya aku nak tulis pasal telur masin (makanan ya. Jangan salah anggap) tapi aku rasa pada waktu-waktu begini tak elok untuk membangkitkan nafsu serakah manusia. Jadi aku beralih kepada kemusykilan aku sejak pagi tadi. Ini berkait dengan tatabahasa Bahasa Melayu/Malaysia.
Perkataan 'menyampah' itu ada kata dasar atau tak? Ataupun perkataan itu sememangnya kata dasar? Jika ia bukan kata dasar, jadi perkataan 'sampah'lah sebagai kata dasarnya? Bukankah selalunya kata dasar itu sesuatu perbuatan a.k.a kata kerja? Jika bukan sekalipun, imbuhan yang ditambah pada kata dasar tersebut menyebabkan perkataan duplikasi itu menjadi sesuatu kata kerja kepada kata dasarnya bukan? Contoh; BUKU. Jika ditambah imbuhan, maka jadilah 'MEMBUKUKAN". Bukankah perkataan itu sebuah kata kerja yang merujuk kepada buku?
Perkataan menyampah itu adakah merujuk terus kepada sampah ataupun hanya mengambil maksud tersirat yakni sampah merupakan sesuatu objek yang annoying dan menyampah pula sifat annoy? Boleh ke apabila penambahan imbuhan me....kan menjadi sebuah kata sifat dan bukan kata kerja?Oh, aku bertambah pening. Tolong jawab ya sesiapa yang tahu.
p/s: Ini tribute kepada Bule yang ejek aku semalam sebagai PENYAMPAH. Tiba-tiba kepala otak aku mula berfikir pasal ini.

2 ulasan:
mungkin nyampah itu wujud daripada bahasa pasar semasa zaman melayu Melaka seperti juga "rempit",mungkin juga dulu ada "mat nyampah" yang diringkaskan lagi sbg "penyampah.Bule=100 marks
wandy hebat...aku baru nk bg idea cggitu
Catat Ulasan