Rabu, 23 Disember 2009

Apakah?

Lagu tema: Bitter:Sweet - Being Bad


Semalam aku bermimpi yang super pelik. Ya aku tahu, mimpi memang pelik plot ceritanya tapi aku punya plot sedikit sebanyak mencerminkan kehidupan aku. Sedap aku tengah layan tilam yang empuk, tiba-tiba terdengar suara mak aku sambil marah-marah dan memaksa aku untuk belajar di sekolah menengah semula kerana.....(hanya beberapa orang sahaja tahu sebabnya). Aku pun bangun dan terus mengambil pakaian kononnya untuk daftar kemasukan pelajar tingkatan 5 di sekolah berasrama (kenapa tak mula dengan tingkatan 1/4?). Oh, apa lagi, dengan segala kegeniusan yang ada dan pengalaman yang bertimbun-timbun, aku mengorak langkah ke kelas dengan harapan SPM kali ini aku konfirm dapat 1A semua subjek. Setibanya aku di kelas, aku terduduk kerana guru kelasnya berwajah Cheryl Samad. (Apa cer?) Terdetik hati aku, ¨alah, ni kan mimpi. Layan jela.¨



Setelah agak bosan dengan proses pembelajaran yang tak pernah ubah sejak azali (melampau!) aku mula mengambil langkah drastik dengan melarikan diri dari proses pembelajaran (ponteng lah). Bertambah peliknya, si Cheryl Samad itu seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan atas perbuatan aku. Guru disiplin pun buat dek.



Sampai ke peperiksaan pertengahan tahun, seperti biasa aku menyumbang markah terbanyak. Biasalah tu, kalau kau orang hidup sezaman aku, mesti SPM dianggap ´kacang´. Cheryl Samad tadi mula memuji-muji aku sebagai pelajar genius. Aku mula tertarik dengannya (apa cer?) dan selalu bertandang ke bilik guru untuk berdiskusi. Pernah sekali aku terlepas cakap untuk bertanyakan soalan Matematik (apa cer?) bertaraf universiti. Dia masih menjawab soalan tersebut dan mula menunjukkan rasa hairan. Aku mula menggelabah dan cuba mengubah topik. Sejak peristiwa tersebut, kami semakin rapat menyebabkan aku menjadi pelajar yang disayangi (apa cer?)



Sewaktu diskusi khas (aku dengan Cheryl Samad aja lah), aku mula menceritakan perkara yang sebenar kepadanya. Tiba-tiba aku mula terfikir, sepatutnya aku tidak perlu mengulangi SPM. Dengan keputusan SPM yang lalu pun aku masih boleh memohon kos-kos yang ditawarkan di universiti. Kenapa aku bodoh sangat waktu itu? Dengan berbaki 12 hari untuk menjalani peperiksaan SPM, tiba-tiba berkumandang lagu Rage Against The Machine - Killing In The Name Of dan bunyi getaran-getaran yang biasa kita dengar apabila telefon mula berdering. Aku terjaga. Cis! Kacau betullah abang aku.



Pasal plot cerita itu aku tak berapa kisah. Aku ada persoalan:

1. Kenapa mesti Cheryl Samad? Adakah dia wajah selebriti yang terakhir aku tengok sebelum aku masuk tidur pada hari itu (iklan juara lagu)?
2. Kenapa mesti SPM?
3. Kenapa mesti ada adegan yang agak jiwang aku dengan Cheryl Samad?Aku tak pernah adore dia pun.
4. Kenapa mesti soalan Matematik?Fizik tak boleh?Kimia ke, Biologi ke.

Tiada ulasan: