Sejak dua menjak ini, hiburan aku adalah menonton wayang. Ya aku tahu, aktiviti ini tak berfaedah jika berlebihan sebab kamu boleh memuat turun cerita-cerita tersebut atau membeli DVD di pasaran gelap secara haram. Memang sangat membazir dan perlukan banyak wang ringgit. Tapi nak buat macam mana, kalau dah berminat, apa sahaja rintangan pun sanggup aku redah. Tapi aku mempunyai satu nasihat buat yang menggemari aktiviti ini. Aku tidak memaksa kamu untuk terus tidak menonton wayang, cuma andai persoalan seperti ¨kenapalah aku suka sangat tengok wayang? Dahlah membazir duit, masa pun membazir juga¨ muncul dalam kotak fikiran, kamu aplikasikan situasi ini dalam diri kamu; ¨sekurang-kurangnya aku suka tengok wayang pun tak sampai tahap tidur dalam kereta kerana seorang kaum hawa!¨
p/s: Padan muka hang! Bagi lagi harapan kat aku. Cet! Pigidah!
1 ulasan:
wahwah..kita dah leh jadi geng pengembaraan nih,sejak 2 menjak ni aku juga ........(oh,hangat betul isu kereta ya !!)
Catat Ulasan