Selasa, 23 Februari 2010

Aku dan Pak Tam

Pak Tam masih lagi mencari kasut-kasut lamanya untuk diberi makan kepada lipan-lipan beliau yang sedang kelaparan. Dalam sibuk mencari, tiba-tiba beliau terserempak dengan muka yang beliau biasa tengok.

¨Lamo ko kojo ni jang?¨ Tegur Pak Tam tanpa memberi salam.

Dengan muka kerek semacam, mamat itu terus mem´blah´kan diri.

¨Oi, meh la tolong aku cari kasut-kasut ni ha.¨

***

Sesi mencari kasut sudah lama habis. Perbualan antara 2 ekor malaun ini terus rancak. Tak habis-habis dengan perniagaannya. Pasal MLM ni lah, pasal ternakan lipan Pak Tamlah, pasal pelaburan FOREXlah, pasal kedai tampal tayarlah dan macam-macam lagilah.


¨Ekau ni dari tadi aku tanyo, brapo lamo kijo menatang ni?¨ tanya Pak Tam tegas.

Seteguk air teh o panas menggeletek lidah pemuda tersebut. Ada ke patut minum air panas tengah hari buta macam ni desus hati pemuda itu. ¨Lamo da pakcik buek mendo ni. Dah setahun dah.¨


Pak Tam kagum. ¨Habis, apasal aku tengok ekau ni monyok semacam jo?¨

Pemuda itu terdiam. Mahu diluah malu, ibarat diluah mati emak, ditelannya mati bapak. Keheningan suasana ibarat malaikat lalu. ¨Eden tongah rugi ni.¨

5 minit berselang, ¨Lamo den tunggu,¨ sambung pemuda tersebut. Pemuda itu nekad meluahkan segalanya kepada Pak Tam. ¨Bilo nak hujung bulan jo, selalu sangat jadi macam ni. Ponek otak den pikir.¨

¨Pak Tam, pinjam sepuluh.¨

p/s: Maaf. Tajuk dah hilang.

Tiada ulasan: