¨Rock n´ roll ain´t noise pollution,¨ dengus Brian Johnson kepada Angus Young yang sedang sibuk berkata-kata. ¨Apahal pulak?¨ Pemuda bernama Dave Evans mencelah.
****
Agaknya pemuda ini telah lama bertapa seperti Ashabul Kahfi sehingga tak sedar Bombay dikejutkan dengan bom dan Haiti digemparkan berkali-kali sehingga ratusan ribu maut. Masih pemuda itu tidak diendahkan, Pak Tam terus menyibuk dengan kasut-kasutnya walaupun itu rutinnya setiap hari. Tak kaya-kaya juga. Habis diceritakannya kepada orang kampung dengan impian beli kereta BMW X6 lah, rumah banglolah, berbini mudalah. Setiap hari pula tu. Penat orang kampung mendengar bebelan beliau. Hanya seorang pemuda berani menampilkan diri untuk berborak lebih dengan Pak Tam.
Asal dari kampung, pernah mengikuti program Hai-O dengan bermodal dari pinjaman duit persaraan ibu bapa, hidup pemuda ini masih tak berubah. Mungkin hati dan jiwa raganya sama macam Pak Tam. Nak kata malang, cabutan bertuah selalu dapat walaupun dalam majlis orang. Entahlah.
¨Ekau ni sojak bilo layan ACDC? Eden tengok radio den jugak yang ekau rembat buek dongar lagu dio,¨ Pak Tam menggetus dengan nada sedikit emo. Pemuda itu lagak seperti sudah biasa kena perli dek orang kampung akibat tohmahan selalu memenangi cabutan bertuah kenduri kahwin. Hanya kampung ini sahaja masih mengekalkan tradisi membuat cabutan bertuah seperti Jom Heboh anjuran TV3. ¨Apalah Pak Tam, tak kemano do radio tu. Eden bukan ambik terus pun. Pinjam jo. Laipun, eden dongar kek rumah ekau jugak.¨
Pak Tam terus membara. ¨Memangla ekau pinjam, tapi ekau ni selalu lepak rumah aku. Somak otak den tiap-tiap hari pasang lagu tu.¨ Nadanya agak bengang. Sudahlah kena pau 2 ringgit tempoh hari, setiap hari perlu pula menghadap mamat ni dengan lagu menyemak.
Pemuda tersebut terus terduduk malu. Bukan malu sebenarnya. Letih mata sebab menyaksikan Pak Tam sibuk dengan rutinnya. Diambilnya sebuah beg galas, ¨den nak balik dah Pak Tam. Lopaih ni, Pak Tam takkan jumpo eden selagi den tak berjayo. Tunggulah ekau! Den berlagak nanti jangan ekau marah pulak.¨
****
Pak Tam masih lagi sibuk mencari kasut-kasutnya. Dah tengah malam pun tak reti bahasa nak berhenti. Memang Pak Tam tak pandai mengurus masa. Entah berapa banyak entah kasut yang beliau ada. Setiap hari ada saja kasut untuk diberi makan. Pak Tam ni pun satu, sibuk dengan kasutnya sehingga tiada masa untuk mengetahui perkembangan semasa. Almaklumlah, rumah Pak Tam tiada ASTRO. Ketidak-kemaskinian Pak Tam terhadap isu semasa sehingga beliau tertanya-tanya, ¨Bilo maso menatang ni buleh kenal dengan orang yang kito tak konal? Menatang apo tu internet? Apo bondo komputer tu? Buleh bagi kasi lipan ni makan ko?¨
Sedang asyik dia mengemas, matanya terpukau melihat kelibat seorang manusia. Rupanya seakan-akan jelmaan syaitan. Rambut panjang mengurai seperti pontianak sehingga menutup muka, berbaju putih seperti kain kapan, tangan berkudis. Memang sah!
Tiba-tiba, satu suara nyaring berkumandang. Pak Tam semacam adaptasi dengan ngilaian ini. Dia biasa dengar 12 tahun yang lalu. Zaman sekarang tidak seseram 12 tahun lalu. Lampu jalan telah dipacakkan oleh TNB. Jalanraya pun sudah bertukar menjadi tar daripada jalan tanah merah. Sekarang pun sudah ada paip. Tak sesusah dulu. Orang kampung menimba air di perigi Hang Tuah dan terpaksa berjalan kaki 12km semata-mata sebaldi mandian. Sejak itu, tiada lagi ngilaian ini berkumandang akibat kemajuan kampung yang pesat. Orang kampung pun dah mula pandang serong pada tok bomoh. Tok bomoh pula terpaksa mengisi borang UPU untuk sambung belajar bidang perubatan. Kanak-kanak pun sudah mula meragui kepercayaan syaitan berkeliaran waktu Maghrib. Memang ramai yang masih bermain walaupun sudah senja. Mat rempit tak payah cerita. Dari orang pergi solat Isyak di surau sehingga habis solat Subuh, mereka masih lagi terpacak. Nak jadi Batman katanya.
Menggeletar tidak, menggigil apatah lagi. Begitulah Pak Tam mungkin disebabkan oleh ilmu di dadanya. Tenang sahaja dibuatnya walaupun mukanya berkerut-kerut menahan air kencing. ¨Mungkin Children Of Bodom lebih mengerikan,¨ getus hati beliau.
¨Radio tu ada lagi tak? Den nak pinjam sokojap. Ado kaset album ACDC baru ni.¨ Pemuda yang rapat dengan Pak Tam itu membuktikan bahawa beliau berjaya pulang dengan album baru.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan