Isnin, 8 Februari 2010

Aku Poseur

Wehu! Chelsea menang 2-0 siot. Cikai gila Arsengal.


---------------------------------


Mohamed Affan Abdul Rahman
37, Jalan BPP 1/1,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan
8hb Februari 2010
______________________________________________________________________________________
Mohd Adzlan Azmi
M01-4-20,
Dessasiswa Restu,
Universiti Sains Malaysia
11800, Pulau Pinang

Tuan,


PENUBUHAN KELAB ´POSER´ SEMALAYSIA DAN PERLANTIKAN TUAN SEBAGAI YANG DIPERTUA


Saya seperti nama yang tertera di alamat merujuk kepada perkara di atas.


2) Seperti yang pihak tuan sedia maklum, kekerapan pasukan Chelsea mendahului puncak liga baru-baru ini amat memberansangkan. Sehubungan itu, telah ramai peminat pasukan lain telah mula beralih arah kepada penyokongan Roman Abramovich. Walaupun saya merupakan bekas peminat Arsenal, saya telah jatuh hati kepada persembahan pasukan Chelsea yang tidak berapa nak best itu tetapi sentiasa menang. Baru-baru ini, Carlo Ancelotti berjaya menjinakkan pasukan Arsene Wenger dengan membolosi gawang lawan sebanyak 2 gol.


3) Walaupun pasukan Manchester United kini diambang keghairahan dengan kemantapan Wayne Rooney baru-baru ini, saya yakin bahawa pasukan ´Red Devils´ ini tidak mampu bertahan lama kerana hutang-piutang yang semakin bertambah. Arakian itulah saya menyeru pihak tuan mempertimbang permintaan kecil saya ini.


4) Nampak gayanya Liverpool juga telah mengorak langkah untuk sentiasa bergerak seiringan setaraf pasukan 4 teratas. Namun begitu, prestasi mereka yang terumbang ambing seperti ombak membuatkan lebih ramai yang cenderung untuk memihak kepada Chelsea. Tambahan lagi, mereka merupakan satu-satunya pasukan EPL yang tersingkir pada Liga Juara-Juara Eropah pada peringkat awal. Dengan rekod dan prestasi yang agak buruk itu, saya yakin peminat Liverpool, peminat Lucas Leiva secara khususnya yang bernama Nik Ashri juga menyokong draf perancangan ini.


5) Saya sertakan beberapa memorandum yang mengandungi tandatangan penyokong penubuhan kelab ini sebagai bukti bahawa tuan tidak berseorangan. Justeru itu, saya berharap pihak tuan dapat menaungi kami yang masih terumbang ambing kerana kebolehan tuan sebagai seorang ketua telah ditonjolkan semasa penubuhan organisasi SAMPAH seketika dahulu.


6) Segala jasa baik pihak tuan amatlah dihargai. Saya merayu pihak tuan agar mempertimbangkan cadangan ini supaya lebih ramai lagi dapat menjadi ahli rasmi kelab ini di bawah naungan pihak tuan.


Sekian, terima kasih.



MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.





Yang benar,

.................................
(Mohamed Affan Abdul Rahman)
Setiausaha,
Kelab ´Poser´ SeMalaysia


*Cetakan berkomputer ini tidak memerlukan tandatangan.

---------------------------------------------------------

p/s: Mintak tolong siapa yang berminat tinggalkan komen. Biar bule terharu beliau tidak keseorangan.

4 ulasan:

Alexia Aqram berkata...

dulu Bule nak buat LOSER SOCIETY. sekarang dah ada Kelab Poser Se-Malaysia.

Gua rasa nak terpancut mcm mat anasss..

takpe bule, gua layan je. mikel pun setuju, kan mikel???

eswandyasre berkata...

Bule dah sedia maklum ..bule apa pun buleh

NA berkata...

saya dgn ini menurunkan statement berani mengatakan kelab peminat lucas leiva semalaysia sudah berkubur. saya sbg bendahari kelab secara rasminya ngin merebut jawatan bendagari kelap poser tuan
----
saya yang menurut perintah,

..........
RAFA BENITEZ,
Pengurus,
Liverpool FC.

Apan berkata...

@karem:mikel mmg true chelsea.kami mencari poser shj

@wandi:jom ah.liverpool tu da tak bley blah

@nik:sila buat surat bertulis kat yang dipertua, bule