
Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku bahawa
Frank Sinatra merupakan seorang pelakon selain penyanyi. Yang lebih memeranjatkan, cerita
Ocean´s Eleven (2001) merupakan filem buatan semula
(remake) dari filem
Ocean´s Eleven (1960).
Danny Ocean yang dilakonkan semula oleh
George Clooney sebenarnya disandang oleh
Frank Sinatra! Wow! Hebat betul mamat ni. Tak sangka beliau berbakat besar dalam bidang seni. Sudahlah pandai menyanyi, pandai berlakon pula. Mungkin jalan cerita sama kot. Entahlah. Aku baca dalam wikipedia, dia orang cakap tahun 1960 ceritanya berkisar tentang rancangan rompakan 5 kasino yang berbeza manakala pada tahun 2001 pula hanya 1 kasino yang terlibat. Mungkin mereka masih mengekalkan kasino sebagai mercu tanda
(trademark) filem sebelumnya.
Sekual filem
Ocean´s Eleven hanya muncul selepas keberkesanan menarik para penonton pada tahun 2001 sahaja. Kemunculan
Ocean´s Twelve dan
Ocean´s Thirteen bukanlah satu filem
remake.
Steven Soderbergh melihat impak
Ocean´s Eleven merupakan satu penanda aras untuk memaparkan aksi sekual dalam bentuk filem. Jadi, kedua-dua filem sekuel ini tidak ada langsung dengan filem 1960-an tersebut. Siapa sangka filem ber
-genre penipuan dan pencurian
(heist & con-film) mampu menarik ramai penonton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan