Setelah penat berkaraoke di tempat yang agak berkelas tinggi tetapi murah, aku mula merasai nikmat berkawan kembali. Selama ini aku hanya ber´kenalan´ sahaja walaupun aku tahu ianya melibatkan rakan-rakan seperjuangan. Nikmat yang aku maksudkan:
1) Menghabiskan waktu-waktu qiamullail dengan melepak. Aku sudah lama menghentikan aktiviti ini. Baru-baru ini sahaja aku terjebak semula. Pillow talk tak termasuk ya.
2) Melepak di kawasan high class tanpa mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil makanan/minuman seperti Starbucks. Hanya sekadar melepak kosong dan menyemakkan kerusi kedai tersebut sambil menghembus asap rokok.
3) Mempunyai perancangan jangka masa pendek yang sebenarnya tanpa hala tuju. Ya aku faham, semuanya terlalu matang untuk tidak berhala tuju. Sekali sekala apa salahnya.
4) Menghabiskan wang ringgit yang baru diperoleh (gaji, mak bapak kasi, pinjam daripada kawan, dll) dengan rakusnya tanpa memperlihatkan ciri fizikal ke mana duit itu dihabiskan.
5) Berborak kisah silam semasa menjadi rakan seangkatan sekolah, matrikulasi ataupun universiti dan bercerita tentang harapan masing-masing yang aku tahu kesudahannya tak akan ke mana.
6) Minum segelas teh-o ais selama 4 jam. Menyaksikan perlawanan bola sepak tidak termasuk.
7) Rokok adalah untuk semua tidak kira tuan empunya. Si tuan empunya mestilah mempunyai ciri-ciri; kedekut dan rokok aku adalah rokok aku, rokok kau adalah rokok kita bersama. Kalau yang tidak berkira, tidak termasuk ya.
8) Segala perancangan yang dilakukan mesti melibatkan semua ahli. Tidak ada yang terkecuali walaupun tiada kaitan dengan kamu. Alasan untuk tidak sertai program mestilah sangat kukuh seperti terpaksa menolong ayah dan ibu yang sedang terlantar di hospital contohnya.
9) Mula menunjukkan nafsu binatang masing-masing dalam apa-apa bidang sekalipun termasuk rumah dan kerja bergaji besar. Perempuan dan kereta tak payah cerita.

p/s: Mungkin aku belum matang. Tercetus sekelumit rasa rindu ke zaman itu. Entahlah.
p/s2: Ini entri untuk hari Ahad lepas. Disebabkan Arsenal lebih penting, aku tangguhkan hajat itu dahulu sampai aku terlupa sehingga hari ini.

1 ulasan:
ye la pan
Catat Ulasan