Isnin, 29 Mac 2010

Defendor, The Last Royal Bloodline After Batman

Pick ini memang legend. Baru pakai dua kali dah boleh hilang. Dah tu boleh keluar kaler-kaler dalam gelap. John Petrucci pun tak berani main gitar dalam gelap takut tak nampak fret.


Semalam Pak Tam mimpi ular. Takut juga. Dah dua kali masuk kali ni dia mimpi macam ni. Dengan sepantas kilat beliau bingkas bangun dari tidur untuk google tafsiran ini. Wow! Mengejutkan. Banyak yang tidak disangka-sangka. Mungkin ini satu peluang baik untuk masa hadapan Pak Tam. Agak-agak lepas ni boleh masuk meminang Evan Rachel Wood.


Punyalah best sampai dah tak ingat dunia. Rasa macam nak pergi syurga. Eleh, alasanlah tu nak masuk tidur balik. Agak-agak lepas layan Eli Stone, rokok Dunhill 2 batang sambil pekena air sirap, bolehlah sambung tidur balik. Mesti kali ini Pak Tam dapat mimpi jadi Superman. Kalau orang mimpi terbang-terbang macam ni, memang cerahlah masa depan. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Internet pun bukan betul sangat. Telefon bimbit boleh jadi macam X-Ray pun ada bersepah dalam internet, apa cerita?


Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Habis kain jemuran. Mungkin orang tua-tua dulu ada pesan, jangan seronok sangat. Kan dah kena. Itulah, terbayang-bayang sangat dengan minah barat tu. Tahulah dia tu seksi. Hang ini orang melayu, lelaki pula tu. Memang takda kuning langsat punya. Macam coklat Beryll´s adalah. Warna kulit sahaja ya. Tidak termasuk sekali dengan manis. Kalau nak kira manis, air Sungai Klang jauh lebih menyelerakan.


****

Lepas Maghrib, abang Pak Tam ada minta tolong dia pergi beli rokok dengan fotostat IC. 5 keping katanya. Habis Pak Tam solat Maghrib, beliau terus bergegas ke kereta untuk melaksanakan misi yang diamanahkan. Lain macam Pak Tam ni. Selalunya malas nauzubillah. Rokok tak boleh putus supply kot jadi pemangkin.


Singgah di kedai serbaneka 24 jam dan berhawa dingin, beliau singgah untuk menunaikan misi yang pertama. Rokok tetap menjadi prioriti. Dihulurnya nota wang berwarna hijau kebiruan yang terpampang gambar Agung Malaysia yang pertama. Saiz nota itu yang kedua terbesar dalam banyak-banyak nota Ringgit Malaysia. Dengan yakinnya, beliau melangkah kaki keluar dari kedai serbaneka tersebut dengan menggenggam baki dan 2 kotak azimat hidup. Misi kedua terus menjadi tumpuan.


Sampai di kedai alat tulis, beliau cuba menghulurkan IC abangnya ke kaunter. Setelah siap IC itu difotostat berkeping-keping, jeng jeng jeng.

¨Macha, kasi kiro¨

¨Dua ringgit setengah semua satu kali.¨

¨Kojap aa macha. Dompet den tinggal dalam kereto.¨


*****

Dengan muka sebak, Pak Tam terus menuju ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Dalam laporan itu Pak Tam ada menyebut dompetnya diseluk dan bukan hilang atas kecuaian sendiri bagi mengelakkan kompaun dikenakan semasa membuat IC baru. Sedih juga waktu itu. Almaklumlah, tak sampai setahun, dompet hilang lagi. Macam-macam ayat beliau baca. Kononnya boleh jadi terang sikit hati tu. Manalah tahu kot kot beliau boleh jumpa balik.


Terbang juga akhirnya 2 ringgit yang dipinjam daripada abangnya tadi buat kali kedua. Dahlah duit baki hilang, kena pinjam lagi RM4.50 nak bayar salinan repot polis dengan fotostat tadi. Malang sungguh nasib beliau ini malam.


*****

¨Nah! Ambik kau. Ni apo dio?¨

¨Mano ekau jumpo? Tadi den cari tak jumpo pun.¨

¨Cari pakai hidung mano nak jumpo. Ado den jumpo kek sobolah seat driver tadi ha. Ado torsolit kek bawah kerusi.¨

Puaslah Pak Tam selongkar kedai serbaneka 24 jam tadi. Haram tak jumpa pun. Kereta tadi pun dah habis diselongkarnya macam polis nak cari dadah tersorok dalam kereta. Pun tak jumpa juga. Apa punya ilmu entah abang dia pakai. Barulah beliau sedar bahawa repot polis tadi dah tiada guna. Apa nak buat dengan kertas ni? Takkan nak buat starter arang barbeque kot? Baru Pak Tam terbayang-bayang dompet baru. Alih-alih, kena tangguh hajat.


p/s: Menggelabah gila aku semalam. Nasib baik pick of legend masih selamat dijumpai.

Tiada ulasan: